Masakan arnab pilihan Ummi
Balik kampung last week balik kg, kami singgah sat rumah bonda kami di Bandar Bahru. Bonda ini kami kenal masa pergi ke Sabah 2012, silaturahim tu sampai la ni. Bonda dengan suami sekarang usahawan arnab berjaya di Bandar Bharu, Syok tengok depa, pencen penuh kebahagiaan. Ini gambar Mr Suami dengan ayahanda di Bandar Bharu.
https://www.instagram.com/p/BMBHgQ5A0uv/?taken-by=muazamnawawi
Lama tak menyinggah sini, tau-depa depa dah usahakan pertenakkan arnab. Daripada 30 ekor asalnya , sekarang dah hampir 100 ekor. Maaf gambar tak ada sebab masa sampai kat villa bonda, bateri kong. Jadi, tak dapat nak ambil gambar. Arnab yang bonda paksu bela seakan dalam gambar. Kalau tengok rasa kesian sangat nak sembelih.
Kredit Gambar : Google
Bila dah potong inilah rupa si arnab yang comel tu. Berat walaupun nampak kecil dan gebu. Mula-mula nak pegang memang rasa geli. Nak makan kena beranikan diri untuk pegang dan siang si rabbit yang cantik ini.
BBQ Arnab yang super best
Ummi hanya buat bbq sahaja. Perapkan dengan sos lada hitam dan masak. Sebab kat rumah ada set grill boleh la buat macam ini. Fuh meleleh air liur bila dok bakar ini. Along dengan Angah yang beria nak grill. Bila Ummi tegah si Along cakap “Ummi masa kat kedai tu boleh jer!” Alahai anak oii, Ummi lupa yang kita pergi makan kat kedai tu uols masak sendiri juga…hahah kan dah kena!
Inilah hasil bbq kami yang dah siap dimasak. Menyelerakan betul, Ummi buat kuah black paper. Nak snap gambar Ummi tak dapatlah sebab dalam rumah malas nak pergi ambil tudung semata-mata nak pose! Tengok isi yang dah siap dimasak pun dah cukup selera .
Depa dua orang ini yang beria masak dan makan. Kata Along dengan Angah sedap daging si rabbit ini. Untung depa Opah dengan Atok Bandar Bharu boleh bela dan bagi cucu makan. Kalau nak beli sekilo harga pasaran antara RM35-RM40. Harganya mengalahkan daging lembu. Namun begitu, pak su anak bonda bagi tahu yang daging arnab ini bagus untuk mereka yang alami sakit sendi. Daging arnab dapat melegakan. Khasiat lain kena google okay. Itu jer nak cerita, siapa nak tahu di mana nak dapat daging order arnab segar Ummi boleh bagi nombor telefon. Wassap Ummi dulu okay 012 4430338 .