Saya dan keluarga

Mendidik Anak Melalui Psikologi

Mendidik Anak Melalui Psikologi, Ummi juga masih belajar.

Impian seorang ibu adalah melihat anaknya berjaya. Itulah juga impian ummi terhadap anak-anak. Ummi banyak bercakap dengan mereka. Dan nak melatih anak banyak bercakap ummi bagi mereka makanan berkhasiat Namun begitu dalam dunia serba moden ini, masyaAllah banyak sungguh cabaran. Ummi nak anak-anak ummi jadi anak yang berkualiti, nak jadi insan yang berkualiti. Oleh sebab tu, apa juga yang Ummi buat kepentingan anak di tangga pertama. Ummi masih berguru dan sikit sebanyak Ummi belajar untuk mendidik anak melalui Psikologi.

mendidik anak melalui Psikologi.

Membentuk anak-anak memerlukan kesabaran dan mendidik anak melalui Psikologi perlukan teknik dan caranya. Bukan mudah , mesti ada jerit pekit tapi itu suasana yang mewarnai sebuah rumah tangga. Percayalah itu yang terbaik. Dan nak membentuk Cik Sarah dengan Abang-abang dan adik Ummi terapkan  4 R . Ummi selalu ingatkan mereka terutama lepas solat.

Jpeg

4 R itu adalah:

Rasa Selamat

Biarpun anak-anak Ummi setiap hari berada di rumah pengasuh, Ummi akan pastikan mereka sentiasa rasa selamat. Ini amat penting bagi memastikan mereka ada tahap keyakinan yang tinggi.

Rasa Sayang

Bukan mudah untuk membentuk anak-anak seramai 4 orang sekali gus. Mereka perlukan kasih sayang yang sama rata. Tiada pilih kasih dan juga kasih syaang berbeza. Mereka semua lahir daripada rahim yang sama. Jadi bagaimana nak bagi rasa itu sampai? Maka, setiap kami Ummi dengan abah cakap dialognya begini :

“Ummi sayang anak-anak Ummi. Ummi dengan abah nak semua anak-anak Ummi sayang satu sama lain. Along sayang Angah, Angah sayang kakak(Cik Sarah), dan sayang adik. Semua kita kena saling sayang, sebab kemana pun nanti kita jer yang susah senang sama-sama”.

Rasa Ceria

Ummi akui kadang kala balik daripada kerja, perasaan ceria itu sedikit pudar. Sebab kit aletih kan. Namun begitu , nak pastikan rasa itu ada, dah set ini mind dan pasak awal-awal dalam minda supaya anak-anak pun ceria bila jumpa Ummi. Maka, suasana rumah pun akan baik sehingga keesokkan paginya. Begitulah rutin Ummi sehingga hari ini. Bila anak-anak ceria, gembira dan senang hati percayalah Ummi dengan abah pun kuranglah mengamuk.

Gembiranya melihat kemesraan mereka anak-beranak.
Gembiranya melihat kemesraan mereka anak-beranak.

Rasa Dihargai

Ini penting sangat dalam membesarkan anak-anak. Kita sebagai ibu bapa mesti tanam rasa ini dalam jiwa anak-anak supaya mereka membesar sebagai seorang yang berkeyakinan tinggi dan mereka boleh jadi orang yang berdikari. Antara teknik Ummi gunakan adalah ketika berhadapan satu-satu situasi Ummi akan cakap begini :

“Bagusnya Angah, tolong angkat bekas Sarah. Terima kasih Angah” – walaupun Angah masih belum angkat pun, sebab Angah ini lain sikit sikap dia.

Lepas tu ” Bagus Angah tolong Sarah, mesti sebab Along yang selalu nasihat Angah dan Along selalu tunjuk kat Angah kan?? Betul Angah?

Bila cakap macam ni , yang malas pun jadi rajin. Kalau tak percaya cuba lakukan. Ummi pun disikit-sikit masih belajar nak kurangkan baran. Sebab merekalah rezeki Ummi dan amanah paling besar Ummi kena jaga. Okay lah, itu saja perkongsian Ummi. Nak didik anak sekarang ibu ayah yang kena pandai Psikologi. Heheh Bye.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *