Roti Jala Gergasi di Belimbing Cafe Corner 

Lokasi makan-makan adalah perkara penting apabila bercuti di negeri orang. Sebagai orang Islam kita wajib mencari makanan yang bersih dan halal. Percutian kami kali ini di sekitar Batu Feringgi amat menyeronokkan. Jika kita bercuti secara bajet, lokasi homestay sekitar kawasan Teluk Bahang boleh dijadikan pilihan. Kali ini Ummi nak kongsi cerita sarapan pagi kami di sini. Antara yang menarik adalah Roti Jala Gergasi di Belimbing Cafe Corner.

picsart_10-25-08-59-22

Lokasi ini terletak betul-betul di jalan masuk ke Toy Museum Penang. Jika dari Feringgi Night Market, ianya hanya ambil masa dalam 5 minit ke sini. Jika dari Batu Feringgi, kita akan jumpa roundabout menghala ke Taman Negara. Kedai ini betul-betul berada di jam 7 ikut putaran jam. (faham ke?) .

Jpeg
Cara penyediaan roti jala gergasi memang menakjubkan. Ummi dengan Along terpegun tengok. Kenapa gergasi? Sebab roti jala ini di tebar besar diatas kuali yang besar.

belimbing-cafe-teluk-bahang
Kami sekeluarga memilih untuk bersarapan roti canai dan mestilah roti jala gergasi. Roti canai kegemaran Malaysia ini antara kesukaan Angah. Bestnya roti canai di Belimbing Cafe Corner adalah torinya tidak berminyak. Ummi bagi 4/5  bintang. Rasa makanan disini original masakan melayu. Selain roti jala gergasi ada juga nasi berlauk untuk mereka yang suka makan nasi pada waktu pagi.

belimbing-cafe

 

Komen Ummi Sarapan di Belimbing Cafe Corner  :

Kami juga memesan roti jala gergasi. Nak tahu berapa keping? 4 keping roti jala gergasi. Memang mengenyangkan bagi seorang makan. Along melayan roti jalan ini  hampir 2 keping. Sedap sangat katanya. Mr Suami pula buat roti jala gergasi banjir. Makan dengan kuah yang sedap memang puas hati. Antara  2 kuah yang diberikan , Mr Suami suka sangat dengan kuah dhal. Susah nak jumpa kuah dhal yang sedap dan  kami semua bagi 5/5 bintang untuk kuah dhal ini.

Harga Yang Sangat Berbaloi

Jumlah sarapan pagi kami adalah 4 biji roti canai, 3 keping roti jala, 4 air teh tarik, nasi kosong dan bendi semuanya Rm12.00 sahaja. Bagi Ummi murah dan berbaloi sangat dengan rasa masakan yang sedap taraf sarapan pagi di hotel-hotel besar. Memang nak datang lagi ke sini satu hari nanti. Rasa syok pula duduk di Penang ini. Pelbagai pilihan makanan ada selain makanan di nasi kandar.

Lokasi Belimbing Cafe :

Sebelah jalan masuk ke Toy Museum Penang, berdekatan roundabout. Dekat kawasan ini ada Escape Penang.Tak menyesal melawat dan bercuti pendek di Penang. ☺ Boleh waze : Toy Museum . Selepas sarapan Ummi cadangkan  anda boleh pula menghala ke 3D Trick Art Museum. 

Update : 14 Feb 2017 Tetiba nampak Belimbing Corner mendapat liputan di Hyyp Tv

4 thoughts on “Belimbing Cafe Corner Teluk Bahang Lokasi Makan Menarik”
  1. Dah lama tak jalan-jalan ke Penang.. Tengok Boria.. Pergi makan dekat tempat-tempat menarik… Bilalah agaknya dapat ke sana lagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *