Meow..owh..meow

Jom layan Mustaqim bermain dengan kucingnya bernama “DOLMAT”…  Dolmat dengan Mustaqim sama-sama suka main. Elok sangatla tu kan..hehehe tengok Dolmat ini teringat kucing masa kecik..saya , abg cik n abg long bela “Lang”… itu pun manja juga…
Jom LAYAN.. 

Pelihara kucing kerana kucing binatang kesukaan Rasullullah  s.a.w
Wassalam.. 

MUZIUM SETEM MELAKA

Mesti ramai yang tidak pernah terfikir untuk masuk ke dalam muzium Setem kan.. Lokasi masih di Bandar Hilir, Melaka. Ehm, jom layan gambar2 kat bawah ini. Sebelum tu, dalam muzium ni terdapat pelbagai setem   keluaran khas dalam Malaysia. Peti surat lama pun ada..tengok la nant mustaqim bergambar dengan peti surat besi..berat ini..tapi itu la kualiti barangan dahulu..cantik dan antik gitu. 

* Anak dan abah yang tak terlepas peluang bergambar dalam muzium Setem*

*Pakaian POSMEN dahulu..hehehe ingat juga la sikit2..rasa masa kecik dulu masa sekolah rendah pakcik posmen datang rumah dengan baju mcm ni lagi..*

* Tengok ni..ini adalah almari setem khas bagi tahun 1984/1985..hehehe ummi lahir tahun 1985..abah tahun 1984…satu almari..*

*Ayah pun x lepaskan peluang tengok setem masa zaman ayah muda2 dulu..kata ayah, dulu kami beli sekupang je..tu pun kira mahal dah setem masa tuh…*

*Pengkaji sejarah Setem*

*Model Setem…*

*Tahun kelahiran paksu mustaqim la nih…senyum kambing..hehehe*

*Setem JOHOR*

*Setem negeri kami – PERLIS*
Walaupun  muzium ini kecil sahaja tatapi berbaloi untuk masuk dan tengok keistimewaan Setem yang makin dilupakan kini. Sebagai rakyat dan generasi baru, kita seharusnya prihatin terhadap sejarah dan keindahan Setem ini…
Wassalam

JALAN-JALAN MELAKA 2012

Pada hujung bulan April lepas saya kena bertugas ke luar daerah..sempena Crime Awareness Carnival yang diadakan di Melaka. Maka, dalam kesempatan itu semapt juga bawa mak, ayah dan semua adik2 jalan-jalan kebetulan dapat sewa apartment yang cantik dan besar dengan keluasan yang sangat besar dan selesa. Seronok sesekali bawa mak ayah jalan2…kalau dulu kecil-kecil mak dgn ayah dah puas bawa kami adik beradik jalan2..kini masanya dah tiba untuk anak-anak pula bawa mak dan ayah melancong w/pun hanya dalam negara.
*Gambar di Taman Buaya Melaka*

*Semua ahli keluarga kami…opppss..Mustaqim panjat atas kepala pakcik dia…*

Arabian Night

~ ARABIAN NIGHT ~
 ~Bergambar bersama suami tercinta dan kakitangan awam (Fariha)~
Sempena Malam Jasamu dikenang, Trafik Bukit Aman mengenakan tema Arabian pada majlis tersebut. Majlis diadakan bagi beramah mesra dan malam jasamu dikenang bagi pegawai yang berpindah dan bersara serta anggota dan pegawai yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang. Majlis diadakan di Tropicana Golf Resort..BEST..
Sempat lagi bergambar bersama dengan sebahagian yang hadir ke majlis tersebut. Majlis yang diadakan cukup sedrhana , namun tetap meriah. 

Bergambar kenangan bersama Datin Wan Maziah dan lain-lain tetamu yang hadir bersama memeriahkan majlis. Dalam majlis yang serba ringkas beberapa lagu turut disumbangkan oleh pegawai dan anggota. Dato serta Datin juga menyumbangkan lagu pada malam tersebut.
Semoga tahun akan datang, majlis yang sama dapat diadakan bagi meraikan semua pegawai dan anggota yang cemerlang..
Wassalam

PERKEP-MELAWAT KELIP-KELIP, KAMPUNG KUANTAN, KUALA SELANGOR

Semalam 30.3.2012 saya dan suami menyertai PERKEP ke Kampung Kuantan , Kuala Selangor melawat KELIP-KELIP..hehehe ni gambar-gambar sepanjang lawatan kami. Lawatan ini adalah anjuran TNB..heheeh TNB dan PDRM kan akrab..heheehe 😉
 Bergambar bersama Datin Wan Marziah
 Tengah tunggu mee rebus/mee jawa…hehehe TNB belanja. Terima Kasih.
 Seronok sungguh depa ini.
 Bergambar depan kedai cenderahati bersama kak su dan kak izan.
 Suami bersama Dato’ Aziz dan keluarga. Dato’ dan suami sama-sama dari Tampoi.
 Pegawai kanan bersama pasangan masing-masing. 
 Dua jejaka PERKEP
 Antara cenderahati yang dijual
Suami dengan Sarjan Fahmi (LATAR)
Tengah bergebang cerita pengalaman naik bot tgk kelip-kelip agaknya.
Terima kasih kepada TNB atas sambutan yang sangat baik. Ingat masa tahun 2004 pergi sini, masih lagi kosong. Tidak ada bangunan mahupun kedai cenderahati. Alhamdulillah dengan adanya pembangunan sebegini, taraf kehidupan rakyat dikawasan ini pun meningkat. 
Semoga CSR antara TNB dan PDRM akan sentiasa utuh dan begitu juga dengan lain-lain jabatan. 
Wassalam.

Baucer Buku 1 Malaysia

Entry kali ini nak bercerita ttg baucer buku 1 Malaysia. Ummi dgn abah mustaqim dapat baucer ini memandangkan kami adalah pelajar dewasa (PJJ). Rasa banyakkan RM400, ye la gabungan 2 org punya voucher.Jadi kami guna voucher tu untuk beli buku-buku seperti di bawah. Kami shopping buku di Popular JUSCO Cheras Selatan.(17/2/2012).
Alkisah masa beli buku-buku ini kan, punya la budget nak cukupkan RM250, siap kira dulu. Best beli di Popular sebab ada diskaun 10% ..kira punya kira jumlah adal baru RM228. Hold dulu bayaran, pergi cari lagi barang/buku..Jumlah bertambah RM247..ops ada lagi RM3 nak cukupkan RM250. Hold lagi pergi cari pen..hehehe dapat la pen 3 batang. Jadi jumlah semua RM250.15, kena tambah RM0.15. Jadi okayla kan. 😉
Ada guna juga  voucher ini, ada lagi beli rujukan untuk adik nazih dan anak sedara (Along Nabila), sbb nak exam UPSR dan SPM. hehe Yang lain ada 1 buku untuk Irsyad, sepupu Mustaqim juga di Johor dan Momey buku jahitan manik.
Ada lagi balance RM 150, plan nak beli buku “Biografi Agung Rasulullah”. Buku ni baru RM52. Yang lain kena budget nak beli apa lagi. Alang-alang ada duit lebih ni boleh la berbelanja untuk buku-buku yang bermanfaat. Owh kami beli banyak buku Mustaqim sebabnya, Mustaqim tak layan sangat mainan. Jadi kalau buku tu ada gak dia main-main..walaupun dia campak-campak nanti dah pandai bermanfaat juga kan. Alhamdulillah sebab Mustaqim kalau pergi kedai mainan, dia macm tak minat sangat, tapi kalau p kedai buku, mak ai, bagai nak rak dia nak memunggah buku. 
Baru ingat masa nak bayar, casher beria-ia tanya, no i/c ini betul ke kak? dah cakap, betul la..2-3 kali cakap macam x percaya, sebabnya kami tulis no. i/c polis.heheh agaknya adik casher ini tak pernah tgk no i/c polis agaknya. 
Itu lah cerita kami berbelanja Buacer Buku 1 Malaysia.
Wassalam
Pada 15/2/2012-16/2/2012 dalam perjalanan nak balik KL kami singgah di rumah abg long di Kuala Khubu. Bukan apa alang-alang cuti ni sempat la nak jenguk anak-anak sedara, rindu depa semua dah lama tak jumpa.   Anak-anak sedara ini adalah secara tak langsung kakak-kakak sepupu Mustaqim. Yang sulung nama Nabila (along), Nafisa (angah), Najia (adik). Semua perempuan(tak termasuk Daniel anak abg chik dan kak zah) Kiranya mustaqim ini kalau xdak Daniel, diapit oleh kakak-kakak (girls)..hehehe kena la juga Mustaqim mmg suka kawan dengan gegirl. hehehe mungkin dia minta gegirl yang lawa kot.

Seronok tengok gelagat depa semua ini. Owh indahnya zaman kanak-kanak kan..Kena pula semuanya mmg suka bergambar..ehm mmg padan. Along je dah anak dara ni malu-malu nak bergambar..hehehe
Dah seharian / satu malam di Kuarters Bomba KKB , kami balik rumah. Kena pula nak siap sedia suami kena outstation lagi..Bosannya..balik-balik tgk muka Mustaqim je.heheh Marah Mustaqim kat ummi dia kalau dia tau ni..eheheh. 
Wassalam.

Birthday abah- 54 thn

Assalamualaikum, semalam 17 feb 2012 birthday bapa mertua(abah) yang ke – 54 tahun. Tak ada apa sambutan sebagai ucapan terima kasih kerana menjadi abah kepada suami tercinta dan membesarkan suami sehingga dewasa. “Terima kasih abah”.
Sebagai ucapan terima kasih, kami anak-beranak yang ada di Cheras pergi makan-makan Pizza Hut je di JUSCO Cheras Selatan. Kat atas tu ada sikit gambar sebagai kenangan. Semoga usia abah dipanjangkan untuk abah menjadi khalifah di dunia ini dan menjadi hamba yang taat kepada Allah s.w.t. Amin
Wassalam.