Cuti Hari Krismas, kebetulan mak datang ke rumah kami. Jadi, walaupun excident sekali lagi kami tetap usahakan untuk bawa mak jalan-jalan dan makan-makan. Mula-mula plan untuk ke IOI Mall, siap punya segak dah, pakai foundation semua dah nak melawa ;), , tapi sampai jer di IOI Mall Ummi masih rasa nak makan steamboat. Asalnya malam sebekum tu ada cari di facebook, lokasi terdekat di Beranang. Tunjuk kedai dekat suami, katanya macam tak best. Ehm, penting peniaga buat kedai lawa-lawa dan presentation cantik tau, tengok ada customers yang melihat sahaja dah boleh decide nak makan atau tak di kedai anda. Jadi, bila dah sampai IOI Mall, Ummi rasa nak ke Bakar-bakar Steamboat di Bangi.

Bakar-bakar Steamboat di Bangi.

Search di google, blog Cik Lily Putih yang ada cerita tentang Bakar-bakar Steamboat di Bangi ini. Tapi hati tak sedap juga bila hasil carian google kata tutup hari Isnin. Tapi dah u-turn daripada IOI Mall ke Bangi, macamana ni? Ehm, redha jer la. Tetap menghala ke Bakar-bakar Steamboat di Bangi.

Akhirnya, tak sampai 15 minit kami sampai. Cuma sunyi sepi, jam menunjukkan pukul 1130pagi. Alahai, ada rezeki ke tidak nih?? Terus suruh Along turun survey dulu, buka ke buka restoran ini. Along cakap tutup! Tapi, ada lori hantar barang mentah. Hish tak puas hati ini. Sebab pekerja yang hantar bahan mentah tu tolak pintu restoran dan masuk. Maknanya, pintu terbuka. Jadi, Ummi sendiri turun dan pergi kedalam kedai. Bila baca di papan tanda luar, wah berita gembira, restoran Bakar-bakar Steamboat di Bangi ini buka daripada jam 11.00pagi.

Cuma tak puas hati, masuk dan tanya pekerja sendiri. “En, dah beroperasi ke belum?” “Dah Puan”.  Okay, maknanya kami adalah pelanggan pertama hari tersebut (26 Dec 2017). Syukru rezeki kami sekeluarga dan yang penting dapat bawa mak makan juga.

Harga Ikut Pakej :

Harga makanan disini ikut pakej :

Dewasa =RM42.00+ , Senior Citizen : RM33.00+ , Kanak-kanak RM21.00+, Bawah 6 tahun PERCUMA. So, kalau pergi satu keluarga bajet dalam RM150.00 dah cukup. Ini kalau anak kecil macam Ummi la. Kami seisi keluarga dengan mak baru RM138.00+. Terlupa harga sebenar, tapi ini harga yang tidak tepat pada sen-sen tu.

Bakar-bakar Steamboat di Bangi

Kalau rasa nak cuba boleh pergi sini. Berbaloi dan selesa sebab ruang makan ada air-cond. Ada juga ruang solat di tingkat atas. Kiranya kalau makan dan ambil masa lepak lama pun untuk bersama keluarga tidak jadi masalah. Yang penting waktu solat tinggalkan meja dan solat dahulu. Bilik air juga selesa. Tapi, TIDAK MESRA OKU, sebab toilet di tingkat satu. Lagi jika bawa nenek ke atok yang sakit lulut itu sikit isu. Pergi cari toilet sebelum masuk restoran ini. Lain-lain kemudahan termasuk parking sangat selesa. Lepas makan balik sahaja anak-anak semua terlena dengan nyenyaknya. 

Maklumat lanjut layari facebook  : Bakar Bakar Steamboat & Grill House Bangi

Setakat ini dahulu entry kali ini untuk memori masa akan datang. Jumpa lagi bye. Assalamualaikum .

7 thoughts on “Bakar-bakar Steamboat di Bangi Lokasi Pilihan Keluarga”
  1. biasa makan steamboat waktu dinner jer. Baru tahu ada juga kedai buka untuk makan lunch. Cambest plak baca review UN, nak try la makan kat sini

  2. wah..boleh cuba ni. Insyallah kalo pergi umah ipar.Boleh terus singgah sini pula.TERimakasih Un share tempat best

  3. Aduh.. Lapar pulak baca review UN dan tengok makanan tu.. Kak Ti tak minat sangat steamboat tapi InsyaAllah kalau ada kesempatan nak juga cuba makan steamboat kat restoran ni.. Tergoda baca review UN..

  4. Akak memang suka steamboat ni. Tapi setakat ni belum jumpa yang menepati citarasa. Nanti boleh cuba yang ni pulak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *