Ini nota untuk bacaan ; tidak boleh dibuat rujukan untuk sebarang tujuan kajian. Isu : Seorang wanita ditemui mati akibat jatuh dari bangunan tinggi dalam keadaan berbogel. Hasil ujian kimia, dari spesimen yang diambil semasa bedah siasat mendapati darah beliau menmgandungi 160mg/dl etil alcohol. Maka boleh disimpulkan, kemungkinan cara kematian wanita tersebut adalah disebabkan oleh pengambilan alcohol yang berlebihan. Dalam spesimen darah beliau mendapati terdapat 160mg/dl etil alcohol.
Etil alcohol boleh menyebabkan mabuk apabila diminum berlebihan. Alkohol bertindak sebagai depresan bahagian serebrum otak, iaitu memberi kesan anestetik iaitu keadaan menghalang rasa sakit . Alkohol mengalami metabolisme dalam badan dan arasnya dalam darah berkurangan secara purata dengan kadar 15 mg / 100 ml / jam.
Terdapat 3 aras yang boleh membezakan tahap pengambilan alcohol pada seorang individu.
Bil | Aras Alkohol | Kesan |
Aras /stage 1 Tanda awal | Kepekatan alkohol melebihi 80-100mg/100ml alkohol dalam darah | seseorang itu bercakap berlebih-lebihan, kadang kala bersifat agresif ataupun sangat baik. Muka dan matanya kelihatan merah, manakala anak matanya membesar. |
2 Tahap sederhana | Kepekatan alkohol melebihi 100-200mg/100ml alcohol dalam darah | seseorang akan menjadi mabuk,muntah, ototnya tak berkoordinasi sempurna, percakapannya menjadi lambat dan ingatannya hilang. Pernafasan ada bau alkohol |
3 Tahap mabuk dan koma | Kepekatan alkohol melebihi 180-200mg/100ml alcohol dalam darah | seseorang itu mencapai tahap mabuk atau koma, percakapannya sudah tidak tentu arah tindak balas pergerakkan turut lemah , tidak dapat tidur lena dan mengalami sakit kepala Kematian boleh berlaku pada stage 3 ini kerana asphyxia atau tidak dapat bernafas/lemas. |
Kemungkinan-kemungkinan yang berlaku adalah mungkin wanita ini mengalami kecederaan akibat mabuk dan dia terjatuh daripada bangunan/ dia terjun daripada bangunan. Dan boleh jadi wanita ini juga mati akibat daripada kegagalan pernafasan. Kematian boleh berlaku akibat kegagalan sistem pernafasan dan saraf pusat yang teruk, 350mg / dl. Individu yang tidak toleran boleh mati dari tahap serendah 150mg / dl hingga 300mg / dl. Namun, tahap lebih rendah boleh berlaku jika asphyxia / atau kelemasan akibat tidak cukup oksigen / gangguan pernafasan berlaku atau ada kombinasi dengan ubat lain.
Kemungkinan ke-2 :
Oleh kerana wanita itu dalam keadaan bogel , maka boleh jadi dia telah dirogol sebelum dibunuh dan mayatnya dibuang dari bangunan tinggi. Kemungkinan yang boleh terjadi dalam kes ini adalah, dia telah diberi minum sehingga mabuk , iaitu 160mg/dl etil alcohol, dan selepas dalam keadaan itu, iaitu seperti mana dalam stage 2 100-200mg/dl boleh menyebabkan mabuk, pening dan hilang pertimbangan serta menyebabkan kelemahan otot dia telah dirogol. Dalam keadaan mayat dijumpai dalam keadaan begini,forensic yang menjumpai mayat mesti melihat kepada jumlah darah semasa mayat ditemui. Jika darah banyak, kemungkinan dia masih hidup ketika jatuh. Tetapi jika tiada banyak darah, kemungkinan adalah dia telah dibunuh di tempat lain dan dibuang dari bangunan tinggi. Maka, post morterm menyeluruh perlu untuk tahu samada dia dibunuh, atau kemalangan jatuh dari bangunan tinggi, semula jadi atau responsive iaitu tidak dapat kenal pasti cara kematian.
Nota: exam 🙂 Sem 3 ;Patolgy
Seramnya dengan kes kematian macam ni. Banyak kemungkinan sebabnya boleh berlaku.
banyak kemungkinan perlu diambik kira kan? kisah macam ni kalau terungkai memang rasa tak sangka semua tu berlaku
Omg… this is so scary, maybe its alcohol or rape case, hopefully the police will investigate and find out the real reason.
scary nya pengaruh alkohol ke atas tubuh badan dan mental manusia…
Macam-macam efek alcohol tapi masih ada yang tak ada kesedaran akan bahayanya alcohol.