Semalam rezeki kami dapat jemputan ke media preview di Dorsett Putrajaya Buffet Ramadhan 2020 ; yang bertemakan #Bismillah Bazar. Salah satu perkara yang UN perasan masa datang kat sini, masa nak shoot gambar adalah – preparation. Exactly, mereka sangat bersedia untuk Buffet Ramadhan kali ini.
Cuba perhatikan gambar kat atas. Bekas hidangan di alas dengan kain hitam sangat membangkitkan suasana yang romantik dan suram. Kiranya nak makan pun penuh ketelitian tau. Bila shoot gambar tu, lawa owh pengcahayaan dan juga gambar makanan jadi lawa..dah la rasa pun sedap!
Menu di Dorsett Putrajaya Buffet Ramadhan 2020
Hidangan yang disediakan antaranya adalah Nasi Kerabu, Laksa dan Laksam Kelantan dan pelbagai lagi menu menarik.
Hidangan tempoyak dan asam pedas :
Dua-dua makanan yang UN paling suka adalah asam pedas dan juga tempoyak. Berulang juga meratah kuah asam pedas.
Korang boleh pilih ikan yang diminati untuk dimakan. Samada nak berkuahkan asam pedas atau kuah tempoyak.
Istimewa disini adalah nasi lemak delima. Sedap kalau makan dengan rendang dan juga boleh tambah dengan makanan sampingan seperi udang greng dan lain-lain hidangan. 🙂
Ayam dan Kambing Golek
Kat sini ada ayam golek dan juga kambing golek. Menariknya disini, sambil nak ambil makanan boleh menjamu mata dengan suasana indah di petang hari sekitar Putrajaya.
Menu lain selain menu utama :
Eh belum raya lagi..tapi menu kebiasaan makan masa musim raya ada disini. Ada disediakan lemang ketupat dan nasi impit.
Selesai menjamah makanan karbo, boleh menikmati ubi goreng dan buah-buahan juga. 🙂
Tak sah jika berbuka puasa tanpa bubur lambuk. Ehm… un bukan kempunan bukan juga mengidam, tapi pergi 2 buffet ramadhan preview un rasa kedua-dua bubur lambuk memang sedap. Pekat dan penuh perincian daging dan juga rasa rempah membuatkan selera terus terasa.
Ada juga pelbagai menu lain seperti pencuci mulut seperti manisan, kuih muih dan juga aneka kuih-kuih Melayu.
Untuk pengetahuan, 1000 belian terawal akan layak mendapat vouchers priced bernilai RM88.00 Net (dewasa). Early bird promo mulai sekarang sehingga 26 April 2020.
Baca juga : Dorsett Grand Subang ; Buffet Ramadhan 2020
Harga biasa :
RM108.00 net (dewasa). Senior Citizen RM88.00 PerNett dan Kanak-kanak 6-12 tahun RM68.00 nett.
#Bismillah Bazar Bermula paa 27 April 2020 – 21 Mei 2020. Tempahan adalah 3 hari sebelum tarikh.
Special Promotion : Pakej bilik bermula RM400.00 Nett Per Room termasuk Iftar dan Sahur untuk 2 orang. Booking bermula sekarang sehingga 20th May 2020.
Sebarang pertanyaan :
No tel : 03-8892 8388 atau emails ke reservations@[email protected]
Alahai..semua menu sedap2 belaka..nasinkerabu tu..peberet akak..
ya mmg best..sedap… un pun suka
aduhai kak semua menu dia mabeles, macam-macam ada… nasibla dah lunch kalau tak meleleh air liur nengok gambar akak ni
kambing golek menu wajib kalo kat hotel2 sempena bulan puasa…
iols konon nak jaga makan tahun ni.. tapi bila tengok dessert tu.. kalah sey
Macam macam ada. Kalau berbuka ni tak tahu nak makan mana satu ni. Semua nampak sedap!
Appreciate an exciting day of swimming and unwinding by benefiting the Oslob accommodation of Aj’s Resort Place.