Semalam adalah hari yang sangat pilu. Ummi bukan sahaja yang keletihan biasa, tetapi disahkan high blood pressure oleh Doktor. Seharian hanya terlentang di pembaringan tanpa dapat bangun walau seketika. Terasa seperti badan dihempap batu besar dan kepala berat seakan ada bebanan yang amat berat.
Setelah didiagnos oleh doktor, maka perjalanan sebulan kehadapan bermula semalam adalah hari-hari yang bakal dilalui tanpa gagal mengambil sebutir penawar. Redha, bukan kerana tidak menjaga kesihatan. Tetapi mungkin kerana faktor genetic juga. Doakan Ummi kembali sihat seperti sediakala.
Kakak dan Longkang
Semalam apabila kesakitan kepala terasa seperti reda sedikit. Kami memenuhi hajat ayahanda bekas Supt Roslan untuk memberikan kami dan cucuanda kek batik Sarawak. Ikutkan hujung minggu lalu dah set up untuk berjumpa. Namun kerana kekangan kesihatan tidak dapat kami bertemu.
Semalam, selepas solat isyak wasap ayahanda dan mama. Kebetulan kami cuti, jadi boleh la berjalan malam. Seronok bukan main mereka menerima kunjungan kami sekeluarga. Kami sampai kira-kira 10malam. Sembang punya sembang tanpa sedar jam hampir pukul 11malam.
Sebelum cerita tentang kami bakal kehilangan kakak, ayahanda dan mama ada pesan, “Kerja jangan ikut arus sangat. Orang nak pakai kereta besar, motor besar nak melabur untuk pangkat biarkan mereka. Kita ini kerja, jaga gaji kita. Kita esok susah tak ada orang nak tolong.”
Kami tersentap seketika. Ya la, gaji besar..kerja pegawaaaiiii.. pakai Myvi! Hahaha orang kerja keperal jeeeeee, pakai HOnda😂. Takpa…husnuzon, depa gaji besar. Dan untung dulu masa mula-mula kahwin depa simpan duit banyakkkk sebab anak masa tu mak, mertua jaga🤣🤣🤣. Astafirullah..
Yang penting pesan mama semalam, “Kita kerja, jangan sampai tak menyimpan. Simpan la dimana pun, buat investment.”
Kat rumah semalam, cucu-cucu la seronok. Tok lan belanja sate, nasi impit dengan keropok leko. Memang makan jer la depa walaulun tengah malam. ehmm…seronok punya pasai.
Masa nak balik…..
Tragedi! Kami orang dewasa sibuk nak salam. Anak-anak yang naik kereta. Tiba-tiba….
“Ummi, kakak……….” Along menjerit..
Mana kakak? (Masa tu nampak tong sampah sahaja belakang kereta)..
Dengar suara, menangis..
Ya Allah, dalam longkang.. Dah la lubang tu sempit. Muat-muat body kakak jer.. Terus hulur tangan, angkat kakak naik. Menagis dia…. suasana kalut seketika. Atok Lan, ambil air yassin kot sapu kat kakak. Kami pun terkejut juga.
Tapi rezeki tu, Allah jaga. Tak ada luka, tak ada patah tergeliat. Dan air pun tak ada dalam longkang tu. Kalau ada air pasti tak sempay tarik dan dah lemas agaknya kakak. Itu belum lagi terpikir ada batang tajam atau benda bahaya yang mungkin boleh menyebabkab tersangkut pada muka atau dagu. ehmmm…semuanya dalam sekelip mata jika nak berlaku sesuatu.
Jadi, kita yang ada anak-anak ni kena lebihhh prihatin. Kami pun belajaq sesuatu malam tadi. Anak ini tak boleh leka walau sesaat! Alhamdulillah kami masih ada kesempatan menyayangi kakak sehingga hari ini. Allah masih sayangkan dia dan keluarga kami.
Syukur. Setakat ini sahaja memori pahit semalam. Banyak Allah ajar kami secara terus dan sebaliknya. Syukur. Tq Allah.