Tenang, sayup jer udara segar di RHR Hotel @ UNITEN. Melangkah masuk ke sini bagi Buffet  Ramadhan di RHR Hotel @UNITEN terasa nyaman jer.

Owh ya, RHR Hotel ini terletak di Universiti Tenaga Nasional (RHR Hotel @ UNITEN) yang berdekatan dengan kawasan strategik di antara Putrajaya, Kajang, Bangi dan Sepang menyediakan lebih daripada 200 pilihan makanan serta lebih 21 gerai istimewa.

Sajian Utama Buffet  Ramadhan di RHR Hotel @UNITEN

Jupiter Coffee House biasanya menjadi tumpuan pada bulan ramadhan. Sajian istimewa disini antaranya :

Kambing panggang
Kambing dan daging gulai kawah
Laksa buyung
Mee Ketam
Telur itik masak lemak
Sup Gearbox
Serawa Durian
Aneka Kerabu
Bubur Lambuk
Onde-onde coklat dan pelbagai lagi juadah istimewa.

Buffet ramadhan di bangi, putrajaya dan seri kembangan
Pelbagai jenis cicah-cicah disediakan bagi pengunjung menikmati.
Iftar dan buffet ramadhan di uniten bangi
Kebab antara makanan paling disukai kanak-kanak. Rasa kebab disini sangat istimewa mungkin kerana adunan sos yang sebati dan kena dengan selera Ummi. Sos yang diadun tidak terlalu pedas dan masam. Ummi bagi 4bintang bagi resepi kebab kebabom ini.
Kerabu udang antara pilihan Ummi. Sedap, dan terasa seperti masakan ibu. Setiap kunyahan terasa bagaikan air tangan ibu yang mengopek udang dan menggaul setiap perician bahan kerabu udang ini. Rindu!

Selain itu disediakan Nasi Briani Roket. Tahun 2018, RHR Hotel membawa kelainan dalam menu mereka dengan membawakan menu Roti Awang yang dicipta khas oleh Chef Suhaimi.

menu buffet ramadhan di Rhr hotel @ Uniten
Boleh memilih pelbagai jenis kuih muih. Ada juga tapai pulut, pulut manis, karipap, pulut panggang disediakan. Pilih apa sahaja untuk dinikmati.

RHR Hotel juga menyediakan pelbagai jenis kuih muhi serta hidangan kesukaan kanak-kanak seperti spagetti, gula-gula dan pelbagai lain makanan ringan kegemaran anak-anak.

Keunikkan berbuka puasa di Buffet  Ramadhan di RHR Hotel @UNITEN

Lazimnya, ketika di RHR Hotel @ Uniten, tetamu akan menunaikan solat maghrib terlebuh dahulu di surau hotel atau masjid UNITEN Yang terletak bersebelahan.

Rehatkan minda bersama keluarga disekitar tasik. Jika dalam gambar ini, boleh nampak kawasan buffet ramadhan. Jadi, jika sampai awal, bolehlah bersama dengan keluarga nikmati pemandangan yang cantik ini.

Harga Pakej Buffet  Ramadhan di RHR Hotel @UNITEN

Segala keunikkan rasa dan juga keselesaan berbuka disini Ummi telah pun kongsikan. Jadi, jika sesuai dengan bajet, bolehlah berbuka disini. 😀

Dewasa : RM69.00 nett
Kanak-kanak : Rm35.00 nett

Istimewanya disini, RHR Hotel menyantuni tetamu berusia 60tahun keatas dengan diskaun harga 30% sepanjang Semarak Ramadhan tahun ini.

Tempahan :

No telefon : (603) 8922 2088 / 8013 atau email kepada [email protected].

Website : www.rhrhotel.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *