“Jom kita buat makan-makan, ala santai gitu. Nak tak?” Dulu selalu tanya dengan suami, tapi masalah kami adalah tak ada tempat yang sesuai. Pusing-pusing balik baut di kampung. Sebab mudah dan selesa. Survey lokasi untuk event di KL ini, harga boleh tahan. Itu yang selalu hold jer. Kini bila dah tahu Restoran Nelayan Ampang, memang awesome bila cahaya malam tu berlatarkan belakang KLCC lagi. Hebat!
Ruang dan kemudahan:
Bukan sekadar hebahan, tetapi memang selesa. Kipas angin di setiap tiang ada. Boleh rasa angin sepoi-sepoi bahasa lagi. Memang nyaman dan bebas seketika di tingkat 1 Restoran ini.
Surau:
Surau juga disediakan untuk kita menunaikan solat maghrib seandainya kita buat majlis di malam hari.
Parking:
Kemudahan parking lot juga mencukupi untuk sebarang majlis keraian yang bakal diadakan. Kami yang hadir pada malam pelancaran minggu lepas pun boleh parking dengan selesa dan selamat. Jadi, tiada masalah untuk parking.
Sajian Makanan di Restoran Nelayan Ampang
Pelbagai pilihan makanan disediakan di Restoran Nelayan Ampang.
Boleh pilih daripada steamboat, western food, nasi ala carte dan yang paling best seafood lambak (shell out). Pilihan ini semua memang awesome.
“Kak kuah tuuuu, woww ini memang best! Boleh hirup kuah guna sudu daripada kulit kerang tau”.
Rasa nak menambah lagi jer ini. Dah la harga sangat berbaloi, satu kepala hanya RM20.00 sahaja untuk sajian Seafood Lambak. Mana nak cari di Kl harga macam ini.
Steamboat :
Harga promosi sekarang RM20 sahaja. Selepas ini harga akan kembali normal iaitu R28.00 satu kepala. Dan jika bawa anak-anak harga pula baru RM15.00 .
Berbaloi kan? Kuah yang disediakan ada kuah sup dan juga kuah tomyam. Rasa jangan tanya lah, tetapi wajib cuba okay!
Pelbagai pilihan untuk menyediakan steamboat disediakan. Cara penyimpanan pun buatkan hati rasa tenang melihat makanan di tutup rapi.
Makanan tengahari disini paling murah rasanya di abad ini. Harga boleh dapat dengan RM3.50 bagi nasi putih + ayam dan sayur. Tag line di Restoran Nelayan Gombak adalah “Makan sampai kenyang!”.
Kerjasama dengan Mykad Shopper :
Jika datang makan disini, boleh menggunakan MyKad. Hanya dftar sebagai pengguna My Kad Shopper.
Majlis Pelancaran Restoran Nelayan Ampang
Hari Sabtu lalu 3 Ma 2018 diadakan majlis pelancaran dan perasmian Restoran Nelayan Ampang.
Suasana meriah dengan kehadiran ramai tetamu jemputan dan juga tetamu VIP. Turut hadir pada malam tersebut seluruh ahli keluarga dan sahabat handai. Turut hadir Salma, beliau menyampaikan sebuah lagu sebagai hiburan pada malam tersebut.
Tahniah kepada pemilik Restoran Nelayan Ampang kerana telah berjaya membuka cawangan yang kedua ini , setelah meraih kejayaan dengan Restoran Nelayan di Gombak.
Bagi yang ingin membuat sebarang tempahan boleh hubungi mereka di talian : 011-3960 6966
Facebook: Restoran Nelayan Ampang
Restoran Nelayan Gombak
atau email kepada : [email protected]
Best makan makan & lepak santai kat situ, selesa.
Shellout nampak sedap!
Dah rasa! Paling suka seafood lambak dia : kuah Green Curry. Mabeles!