Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu

Roda kehidupan, ada masa kat atas, ada masa di bawah!

Posted on 08/03/201708/03/2017 by umminani

Assalamualaikum, apa khabar? Korang pernah rasa down tak? Dan pernah rasa benci yang amat dengan satu-satu situasi? Huh! Yes, sedang alami. Tapi tak adalah stress  ke apa. Cuma kadang pikirkan roda kehidupan ini macam-maca ragam manusia. Dan bila hati tengah tak sedap ini, cuma pikir mesti ada hikmah atas setiap sesuatu.

First, beberapa hari lalu dah merancang banyak perkara. Best la, na buat makan-makan la pada hujung bulan nanti. Nak ajak family datang, makan dan berseronok. Call mak banyak kali, excited nak ajak mak mai KL. Kebetulan mak mertua adik nak mai KL juga, jadi boleh la tumpang sekaki.

Mak tak bagi keputusan lagi, cuma kalau anak-anak tak balik kampung, mak boleh jer mai sini. Dan beraya ramai-ramai. Tapi, malam beberapa hari lepas mak call, ada abang nak balik. Yang tak selalu balik pun. Katanya sebab cuti sekolah nak lama. Bukan nak merajuk tapi kecewa la.. rasa macam dah “booking” mak je!

Kalau kami, anak sekolah juga, dan kalau perlu nak balik kampung bila-bila masa anak ambil jer la cuti, bukan ada had masa. Ponteng sekolah sehari dua hari bukan isu, tapi itu Ummi la. Maybe tak sama dengan parents lain. Kena juga cuti masa cuti sekolah. Kecewa, bila pikir apa jer hajat kadang tak capai. Ada jer yang potong di corner! Pikir balik , biarlah hari ini masa dia, esok lusa masa kita.

Mak pula kalau cakap…argh malas la nak cakap! Biar tersemat di hati! Tapi lama-lama membara juga nih! Fuh! Ya ALLAH biarlah apa berlaku aku Ikhlas! (Sambil tarik nafas!)

Next, hujung minggu ini nak ke Melaka. Event yang dirancang dah sekian lama. Majlis kahwin kawan sekolah Mr Suami di Hatten Hotel Melaka. Majlis ini sangat terhad dan majlis tertutup. Jadi , mak ayah sahaja yang dibenarkan masuk. Owh no! anak? Itu masalahnya, call sedara  mara di Melaka, semua sibuk. Okay! Thankyou! Dan beberapa ketika, satu wassap masuk “Nani, adik aku boleh tolong, dia mengasuh anak juga… “. Syukur! Tapi, tangan yang bantu itu dari luar, bukan dari yang terdekat.

See… betapa kadang kita kena hargai orang sekeliling. Bair ramai kawan jangan ramai musuh. Hujung minggu yes, masa bersama keluarga. Dan hujung minggu masa nak berehat, kita pun begitu. Tapi biasa kalau orang minta tolong, akan cuba sedaya upaya. Hope, kita jadi orang yang sentiasa boleh bantu orang lain, kalau tak dapat beri tenaga, at least bagi la penyelesaian. Kan??

Beberapa perkara berlaku, dan ini yang buatkan hati ni tiba-tiba rasa macam .. urghh! Apalah! Okay… smeua benda tak baik. Tapi , pikirkan semula, Allah  swt nak jauhkan kita dengan sesuatu , mungkin ada sebab dan aturan terbaik. Bersangka baik, sebab Allah swt kan lebih tahu. Pasti ada hikmah atas sesuatu yang berlaku.

Dan Ummi malas nak panjang cerita, once hati ni dah kenal perangai masing-masing, setakat tu jer la.. sorry yer kalau ada apa-apa urusan  mungkin nanti orang yang pernah lukakan hati Ummi, kena usaha lebih untuk menawan hati ni kembali. Hahahaha, maaf yer sessi luahan hati.Bila dah tulis rasa feel dia lain.! Terima kasih sebab baca. Ingat,  ringan kan tangan membantu orang lain, asa depan kita tak tahu siapa akan batu kita. Keep doa dan bertawakal kepada Allah swt.

 

1 thought on “Roda kehidupan, ada masa kat atas, ada masa di bawah!”

  1. lisak says:
    08/03/2017 at 6:02 pm

    pernah.. kadang rasa betul betul down..lepas tu teringat dengan ayat ” Nikmat mana yang engkau dustakan ” .. terus rasa bersalah mcm tak reti bersyukur.. ckp dengan hati lisa sendiri… aku bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan … tapi tu la ,,manusia kan.. normal ada rasa mcm tu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Sambal ikan bilis belimbing buluh
    Published on 2023-09-26 By Ana Jingga
  • 9 Kelebihan Celtic Sea Salt (Lebih Baik Daripada Himalayan Salt!)
    Published on 2023-09-26 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Siaran Langsung JDT vs PDRM Live Streaming 27 September 2023 LS22
    Published on 2023-09-26 By Azhafizah MN
  • Bila ada anak dan rumah sentiasa bersepah
    Published on 2023-09-26 By cikguzim
  • Restoran Baharu Kawkki Korean Flaming Chicken Dibuka di IOI Mall Puchong
    Published on 2023-09-25 By Bro Framestone
  • Style with Waist Trainers – The Perfect Solution for Workouts
    Published on 2023-09-25 By Ana Suhana
  • Travelog Thailand 7 : Cerita Sambung Konvoi Kelab Aruzr ke Hatyai
    Published on 2023-09-25 By Marina Bashah
August 2017
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
« Jul   Sep »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
August 2017
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
« Jul   Sep »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme