Hi semua, sibuk dengan kerja pejabat hari ini? Samalah kita tak sempat nak buat kerja lain melainkan kerja hakiki. Adeh, minggu ini super sibuk di tambah dengan minggu lepas pun sibuk. Dan minggu lepas hari Sabtu , Ummi dapat task ke Kelantan. Last minute punya hal, maka minta bantuan Abg Ben Ashaari untuk booking HOTEL PERDANA. Hotel Perdana ini katanya 5 star disini.
Booking mudah sangat, dan ikutkan boleh masuk dalam tengahari jam 12. Tapi , flight dari KL pun dh 640 petang, makanya memang tak masuk awallah. Bila sampai jer Kota Bharu Airport, Cik Nor kawan blogger dari KBBA9 yang jemput. Dan Ummi ajak Cik Nor stay sama kat Hotel Perdana ini, adalah juga teman dan nak kata kami nak sembang memang tak sempat.
Sampai je KB, kami buat keputusan nak ke Wakaf Che Yeh terus. Yerla, kalau terus masuk hotel nanti dah tak larat nak keluar semula.
Wow, serius teruja masuk bilik Hotel Perdana.

Ummi dengan Cik Nor sampai hotel dalam jam 12 malam. Huh, yer la mana tidaknya jalan kat Wakaf Che Yeh pun lama, tak ada la memborong cuma beli mana yang perlu sahaja. Tu pun tak jaan habis semua tempat. Huh! Mata ni syaik pandang tudung bawal jer, lawa-lawa sunguh!
Hotel Perdana sangat Islamic friendly. Dah la ada kiblat yang jelas lagi terang, dan bilik juga tak kurang apa-apa. Selesa yang amat nak bermalam disini.




Tengoklah bila stay kat Hotel Perdana, tak ada apa nak dirisaukan. Ada iron yang steam iron lagi. Mana ada hotel yang sediaka selengkapnya sebegini. Kita ini memang awesome gitu. Ummi bagi pujian sebab mereka amat menintikberatkan keperluan sebagai seorang Muslim sejati.


Tak terkecuali ada sejadah yang diletakkan kemas dan dalam keadaan amat bersih dan tersusun. Ummi bangga stay di hotel macam ni. Tak sudah payah Ummi nak pikirkan apa keperluan perlu dibawa selain baju dan seluar.

Pagi tu , Ummi dengan Cik Nor bersarapan dulu. Dan yang menarik Ummi dapat la merasa Nasi Air Dingin di sini.Malah yang buat rasa geram tu, harga di KL RM6.00 tau! Di Kelantan hanya RM3.50 sahaja. Fuh harga nasi di KL mahal la gitu.
Terletak dalam jarak 10 minit pemanduan dari Pasar Siti Khadijah, Hotel Perdana Kota Bharu mempunyai 5 pilihan tempat menjamu selera, sebuah kolam renang luaran, pusat kecergasan dan kedai mudah beli di lokasi. Hotel bertaraf 5 bintang yang mewah ini juga menyediakan tempat letak kenderaan percuma dan akses Wifi percuma di semua kawasan.
Dihias elegan dengan lantai berkarpet, bilik-bilik berhawa dingin ini menawarkan peti keselamatan peribadi, TV satelit skrin rata, ruang duduk yang selesa dan kemudahan menyeterika. Cerek elektrik dan bar mini juga disediakan. Bilik mandi en suite dilengkapi dengan tab mandi, bidet, pancuran mandi air panas dan peralatan mandian percuma.
Hotel Perdana Kota Bharu ini mempunyai sebuah pusat perniagaan dan menawarkan kemudahan mesyuarat/jamuan atas permintaan. Tetamu boleh mengatur aktiviti bersiar-siar dan perjalanan di meja tempahan lawatan. Perkhidmatan dobi, sewaan kereta dan ulang-alik disediakan dengan bayaran tambahan.
Hotel Perdana, the first premier hotel in Kota Bharu has undergone a major transformation into a luxury 5 star hotel. Stands in the heart of the city centre,within walking distance to Stadium Sultan Muhammad ke-IV, strategically located within a commercial district, goverment offices, shopping areas, hospitaland local attraction. The hotel is hotel 15 minutes drive from the Sultan Ismail Petra Airport Kota Bharu. Blending with a touch of modern luxury in a classic decor, spreading over 2 wings and offering 272 well-appointed guest rooms & suites. Suitable for any business traveller or holiday maker, Hotel Perdana is set to be the new landmark and preferred choise of accommodation in Kota Bharu.
Nak tahu, Ummi ada Wacana KIK bermula jam 8pagi sehingga 5petang, jadi kenalah check out pagi-pagi tu juga..huhuuhuuuuu sedih nak keluar bilik tau! Bilik 322 dalam kenangan, sebab best yang amat! Sediah tak boleh feeling romantik dalam tu , dalam keadaan tenang lama-lama. Tuntutan masa dan kerja, maka akur la kena check out awal.



Sepanjang Ummi di Kelantan 2 hari 1 malam, Cik Nor banyak bantu dan bawa jalan-jalan. Thank you Cik Nor. Serius memang tak puas, nak pergi lagi la nanti. Tapi kena planning awal, sebab nak booking kereta dan juga hotel. Pastinya akan kembali kat Hotel Perdana pada masa akan datang. So, kalau nak mai Kelantan, cepat-cepat booking hotel, pastikan Hotel Perdana pilihan di Kelantan tau!
harga nasi air dingin bila dh smp kl jd mhl sbb bw thru flight or bas hehe
aah kan, gila harga kat sini..huh!
wow..good review..nnt jgan lupa dtg lagi..hihi