KPJ Damansara menyediakan facilities yang cukup hebat untuk pemeriksaan kanser.

Setiap hari kita terdedah dengan radiasi walaupun berada di rumah. Dan kalau tahu, dalam makanan kita juga ada pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kita ter “kena” kanser. Baru-baru ini Ummi dapat tahu yang KPJ Damansara menawarkan Pemeriksaan Kanser .

Dr Raja Badrul Hisham Raja Zezeman Shah, General Surgery, Colorectal Surgery, Laparoscopic Surgery adalah pakar di KPJ Damansara. Beliau adalah antara pakar yang penting untuk pemeriksaan dan memberikan nasihat kepada pesakit dan juga client KPJ Damansara terutama mereka yang menghadapi masalah kanser.

Pemeriksaan Kanser di KPJ Damansara

Pemeriksaan kanser di KPJ Damansara boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja samada lelaki atau wanita. Tapi, sebelum pemeriksaan di lakukan kita kenalah isi borang dahulu. Dalam borang ini, kita akan isi beberapa maklumat penting termasuk kebenaran untuk ambil darah dan juga X-ray.

pemeriksaan darah
Selepas mengisi borang dan berikan kebenaran client akan di berikan nasihat pemakanan oleh Dietary . Makanan yang baik adalah untuk tubuh badan yang sihat. Selepas itu, client akan di minta masuk ke bilik rawatan untu di ambil darah bagi pemeriksaan kanser melalui ujian darah.

Langkah-langkah Pemeriksaan Kanser atau Pengesanan Awal Kanser

Selepas sessi kaunseling kesihatan oleh dietary, client akan dibawak ke Jab. Pengimejan Diagnostik untuk buat X-Ray. Disini juga client perlu mengisi beberapa borang dan kebenara. Proses ini tidak ambil masa lama.

Client akan di bawa ke Jabt. Pengimejan Diagnostik untuk X-Ray. Ummi juga baru tahu ujian ini penting bagi pemeriksaan kanser dan mengesan masalah dalam tubuh badan kita.

Di KPJ Damansara ada facalities yang sangat moden dan terbaik. En Zul menerangkan proses yang perlu dilakukan oleh client di Radiologi suite. Yang Ummi sedang lakukan di bawah adalah proses peimejan yang mana En Zul memberi tahu bahawa ” Ini adalah bagi mengesan masalah kanser pesakit. Contohnya, mold ini dalah mengikut saiz muka client. Tempat yang dikesan akan ditandakan pada mold ini”.

Perasaan takut tetap ada, tapi perasaan ingin mencuba lebih lagi dalam diri Ummi. Bagi Ummi kita sentiasa sihat, dan kita perlu juga merasai atau cuba merasa bagaimana perasaan pesakit atau client lain yang menghadapi proses ini.

Ini hanya simulator

[su_service title=”Antara kemudahan yang disediakan:” icon=”icon: check-square”] Radiologi Suite X-ray facilities Day Care Chemotheraphy Facilities Mammogram & Cancer Screening Programme[/su_service]

Mammogram Pakej Di KPJ Damansara : 

Mammogram ini hanya untuk 40 tahun keatas atau khas kepada client yang ada masalah keturunan. Bagi 40 tahun kebawah tidak digalakkan. Jadi Ummi tak dapatlah buat ujian Mammogram ini.

Kanser Screening  @ Pemeriksaan Kanser : 

Pemeriksaan Kanser di KPJ Damansara:

Bermula 1 Mac sehingga 31 Mei 2017 *5 test disediakan dengan hanya RM159.00

*Rujuk Photo

Keputusan Pemeriksaan UmmiNani:

Keputusan Ujian PEMERIKSAAN KANSER DI KPJ DAMANSARA

pemeriksaan kanser

Ini keputusan pemeriksaan Knser yang  Ummi buat. Ummi dapat kesan ada Minor Sciolosis. Tapi bila Ummi tahu ini, ianya tak beri kesan negatif melainkan ianya major. Tanda awal penyakit ini adalah bahu tinggi sebelah atau berdiri senget sebelah. Ini biasa dialami oleh wanita 7 tahun ke atas. So, Ummi tak risau selagi ianya minor.

Sekurangnya Ummi berhati-hati dan jika dah tahu maybe Ummi boleh prepare dan tak buat kerja terlalu renyah. Apapun pemeriksaan di KPJ DAMANSARA terbaik. Bawa mak, kakak dan suami buat pemeriksaan ya. Semoga kita semua sihat sejahtera sehingga akhir usia. Amin

2 thoughts on “Pemeriksaan Kanser & Mengesan Tanda Awal Kanser Di KPJ Damansara”
  1. bagus juga dapat buat pemeriksaan awal kanser ni… Sekurang-kurangnya kalau dapat tahu tanda-tanda awal, boleh lakukan langkah-langkah pencegahan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *