Hi, ada yang kaki makan tak ? Heheheh Ummi last week pergi ke Majlis Perkahwinan Anggota Ummi di Taman Fasa 2A , Sri Manjung. Nak cerita hari Sabtu masa on the way pergi, turun jer Tol Sungkai nampak kedai makan tertulis Nasi Bamboo Sg Klah. Masa tu dalam jam 1000 pagi. Kawasan letak kereta pun kosong jer. Terdetik di hati, hari balik nanti nak singgah.
I iols memang tak tahu yang kedai makan Nasi Bamboo Sg Klah ni pernah viral. Jadi perasaan teruja nak singgah tu tak ada sangat. Sehinggalah hari sampai disini, hari Ahad 2 April jam 1215 tengahari. “Mak ai! Ramainya orang”. Husband ” Jom la balik, kalau ramai-ramai ini makanan dah tak sedap!” Cewah!
Dah la parking sesak. Motor banyak kot! Ramai geng motor. Anak-anak suka lah. Tapi nak jadi cerita, Ummi tetap nak cuba. Sebab dah aim dari hari Sabtu masa pergi kot nak singgah. Sedap atau tak lain hal. Rezeki kami, mudah jer dapat parking. Ummi dah ajar anak-anak hafal ayat seribu dinar, jadi kalau dalam apa juga keadaan kena baca ayat ni. InsyaAllah mudah jer dapat parking yang selamat.
Nasi Bamboo Sg Klah
Ini pemandangan depan kedai makan. Banyak sangat motor dan parking sangat terhad. Kena datang awal ke Nasi Bamboo Sg Kalh ini.
Ummi dan family kecil Ummi memang ada rezeki baik. Kami masuk je ke kedai, dapat lokasi meja yang sangat strategik untuk anak-anak selesa dan duduk serta makan dengan aman damai. Sambil tu anak-anak boleh tengok geng motor dengan helmet yang warna warni. Kalau nak lebih selesa ada dewan aircond RM10.00 untuk 8 orang.
Aneka juadah dan lauk pauk tersedia. Pilih yang mana nak dan lepas ambil terus bayar. Sistem layan diri. Makanan yang diambil dah siap ada set harga.
Harga ikan dan ayam bakar dari RM6.40 – RM24.00. Ikut jenis dan juga saiz ikan .
Ummi ambil kerabu pegaga dan kerabu kacang botol semangkuk. Harga mangkuk kecil RM4.00 dan semangkuk besar RM6.00
Ini set yang diberi sekali dengan nasi Bamboo dan juga nasi panggang.
Ini Ayam Kampung Bunian – RM6.40 – RM10.00 , Rasanya sedap, manis-manis macam ayam madu. Rasa dan bau arang tu yang buat lebih berselera makan. Puas hati makan, walaupun namanya pelik.
Gulai Kawah Batang Pisang dan Kambing – Semangkuk RM8.20 Ummi beli semangkuk untuk Mr Suami dan Along. Kedua depa suka yang amat dengan kambing.
Ikan Talapia Bakar -RM21.00 – Komen suami ” Sedap ikan bakar ini. Sambal dia macam letak kerisik. Tak berapa masam dan memang puas hati makan.”
Komen Ummi :
Keseluruhan makan disini sangat berbaloi. Total juadah kami RM55.00 termasuk air teh o ais satu jag RM6.00. Kiranya ini pun dah terlebih makan. Kalau bawa family makan beramai-ramai tentu lagi best. Memang masakan di Nasi Bamboo Sg Klah tak ada cacat cela. Semua rasa sedap sangat. Kalau ada yang minat kambign bakar ada juga di jual RM10.00 sepinggan.
Ada kios-kios lain yang jual coconut shake, kuih muih dan ada juga gerai kerepak. Kiranya kalau nak balik ke Utara atau nak ke KL boleh singgah , berbaloi dengan harga di bayar. Ada juga kedai cenderamata, opss ada jual barangan marchandise Upin Ipin. Nak selamat jangan bawa nak-anak masuk. Jimat duit Ummi . Singgah lah, kalau nak cuba. 🙂
[su_lightbox_content id=”Maklumat lanjut” padding=”75″ background=”#cafe6c”]Dibuka setiap hari kecuali JUMAAT Waktu operasi : Jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang [/su_lightbox_content]
wah bestnya.. kena try ni kalau otw balik kampung
Aduh.. Aduh… Menyelerakan.. Nak lunch time terbaca bab makan.. LAPAR!!!!!
Macam- macam pilihan lauk ada ni…nampak sedap la…tapi jauh sangat utk SA ke sana..kalau pi sana nanti boleh terjah
Fuhhh terliur tengok semua lauk pauk, wajib cuba ni!