Tanpa Bibik kami bahagia

Keriangan Anak-anak itulah yang membahagiakan Ummi

picsart_10-21-07-20-34

Melihat anak membesar depan mata adalah satu nikmat. Ummi pernah pakai bibik selama 3 tahun. Tapi tahun ke 4 bibik balik bercuti dan tak datang semula ke Malaysia.

Hakikat apabila anak dibesarkan oleh bibik

Pada mulanya agak susah untuk terima hakikat bibik tak ada, dalam menghadapi cabaran untuk membesarkan anak-anak sebagai seorang wanita bekerja. Namun begitu, rupanya aturan Allah swt itu terbaik. Bibik tak datang semula ke sini adalah satu nikmat.

picsart_10-21-07-40-15

Anak berada dalam pandangan Ummi dengan abah. Makan minum waima cuci pakaian dan kebersihan diri anak-anak Ummi dengan abah yang wajib ambil tahu.

Dulu semuanya di serahkan pada bibik. Sebab masa itu pikir, “Bibik kan ada!” Kesannya sampai hari ini bila anak-anak membesar dengan bibik, mereka amat manja dan semua urusan nak kita turuti. Ini sikap Angah. 2 faktor utama, satu bibik terlalu manjakan Angah. Kedua, Angah terlalu bergantung harap pada orang lain dan bersikap bossy. Dan antara faktor lain mungkin sebab Angah anak ke-dua. Bila cakap bab anak kedua, teringat baca blog Abang Ben Ashaari. Dia juga selalu cerita sikap anak nombor 2.

Kadang pikir, salah anak nombor 2 ke, atau salah Ummi yang dari awal biarkan Angah dengan bibik!..😁💕

Kini, kami bahagia tanpa bibik. Tapi kami rindu.

Ummi sentiasa doa anak-anak Ummi seronok dengan Ummi dan abah sepanjang mereka membesar dengan kami. Bukan apa, ikut perancangan usia 9 tahun masing-masing akan masuk ke asrama tahfiz. Jadi, asas keluarga mesti Ummi kukuhkan daripada sekarang.

picsart_10-21-07-43-22Bab Angah, Ummi doa supaya Angah matang apabila sampai usia. Sikap berubah menjadi lebih baik. Doa ibu mustajab, sebab tu Ummi doakan anak-anak Ummi semua berjaya dunia dan akhirat.

Masa kecik mereka, Ummi nak lihat mereka riang sebagai anak kecil. Dapat mainan yang dihajati, dapat makan makanan mereka berkehendakkan supaya bila mereka membesar mereka rasa semua keperluan mereka di lengkapi. Bila melihat mereka riang, suka dan gembira, itulah kebahagiaan sebenar Ummi dan Abah.

Ummi nak mereka adik beradik menjadi adik beradik yang saling berkasih sayang. Kasih sayang demi Allah swt, sehingga ke syurga. Ummi doakan ibu ayah yang baca juga, akan dapat anak-anak yang menyejukkan hati.Amin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge