Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu

AYAH

Posted on 07/31/201504/19/2016 by umminani
Coretan dr seorg insan….

RUMAH JAGA SEPARUH DARI HIDUP KAMI
(Sekadar satu renungan)

Saya persembahkan satu lagi pengalaman sedih saya semasa menjadi pegawai pelajaran daerah utk tatapan kerana lebih ramai orang suka membaca pengalaman dari tulisan berbentuk ilmu semata. Ambillah iktibar. Bukakan hatimu.

Malam itu saya bersama pemandu membuat semakan ke sekolah-sekolah untuk menyelia kerja pengawal keselamatan sekolah. Beberapa sekolah disinggahi. Akhirnya saya sampai di satu sekolah kebangsaan yg dipinggir bandar.

Bila kenderaan kami berhenti di pintu pagar sekolah,saya turun. Seorang lelaki tua berunifom jaga, yg saya jangka 60 an menegur saya.

Saya cepat memperkenal diri dan minta memeriksa beberapa perkara. Dia seperti keberatan untuk membenarkan saya masuk ke pondok pengawal, tetapi bila diminta dia beralah.

Saya menolak pintu bilik pengawal untuk masuk. Pintu yg ditolak tertampan sesuatu, lalu saya menjengok ke dalam.
Ya Allah, seorang remaja perempun belasan tahun sedang tidur beralas tikar rumput di lantai, berbantal lipatan kain. Tidurnya mengiring kerana kakinya kena di bengkok disebabkan bilik yg sempit.

Begitu nyenyak dia hingga tidak sedar kakinya tertampan pintu. Kasut sekolah,beg dan unifom sekolah menengah diletak ditepinya.

Saya tidak menerus hajat untuk masuk dan mengajak orang tua itu berbual di luar.

Dalam nada yg sedikit terketar, mungkin rasa bersalah,dia berkata, “Minta maaf encik, anak saya, menumpang tidur di pondok ini”

Dia terhenti. Tutur kata perlahan dan tertib dan seperti menahan sebak.

“Tak ada siapa dirumah, mak dia dah meninggal, anak-anak dah kawin dan pindah. Saya tinggal dua beranak.

“Saya kena kerja untuk belanja kami berdua dan cari duit sekolah anak perempuan bongsu saya tu. Kerja lain dah tak larat, kerja jaga ni bolehlah. Saya bimbang nak tinggalkan dia seorang dirumah. Minta maaf encik, minta maaf.”

Air matanya mula tergenang di sinar lampu yg berbalam.Bahunya saya gosok utk menenangkannya.
Saya pula yg serbasalah dan sedih.

Dia terus merintih,”Hidup waktu malam kami di sinilah telah setahun lebih bila kerana saya kerja syif malam sebab rakan ada masalah nak kerja malam.

“Rumah jaga ni separuh dari hidup kami dua beranak. Esok pagi anak saya akan kesekolah menengah dgn basikal, dia menumpang mandi di sekolah ini.

“Encik, tolong, jangan repot kat toke saya dan gurubesar, saya takut kena buang kerja. Macam mana kami hidup.”

Disini dia dah teresak dan mengesat air mata dgn lengannya. Saya menepuk bahunya, menyuruhnya bersabar dan menjengok sekali lagi ke dalam pondok.

Tangan anak itu saya lihat menampar nyamuk di pipi. Ya Allah, anak semuda ini telah diuji dgn kepayahan hidup.

Sesungguhnya lelaki ini seorang yg tabah, hanya ini jalan hidup yg ada baginya. Saya dah tak sanggup mendengar kata-kata pak cik ini..

Bila saya menaiki kenderaan, pemandu nampak kehairanan kerana beberapa sekolah yg dilalui saya bersungut itu ini, tapi kali ini diam dan mengesat air mata, tetapi dia tidak berani bersuara.

Pengorbanan seorang bapa hingga penghujung usianya, selagi kudrat masih ada, keringat diperah demi menyambung hidup anak.

Bila isterinya dijemput Allah, apa pilihan lagi yg ada padanya demi sesuap nasi dan keselamatan anak dara suntinya.

Jika anda pernah bersungut teruknya bekerja, susahnya hidup, ukurlah dgn orang tua ini.

Jika anak anda bersungut tilam nipis, lama,katil kecil, bilik panas tak ada aircond, ukurlah dgn anak dara orang tua ini yg bermalam ditikat rumput dilantai simen rumah jaga yg kakinya pun tidak boleh berlunjur.

Jika anak anda bersungut bilik air tak selesa,sarapan tidak sedap, ukurlah dgn anak ini yg mandi di tandas sekolah, sarapan dimana yg sempat.

Jika nak marah anak murid lewat ke sekolah, mengantuk dalam kelas, pakaian lusuh tidak diseterika, penampilan yg comot, mulut jangan cepat mengungkap kata yg tidak elok, ambil tahulah kisah hidup yg dilalui mereka

Jika jd ketua, ambil tahu sedikit kisah hidup orang bawah, jangan tahu mengarah shj.

Pejamkan mata, hayati keperitan hidup pak cik ini dan menangislah k.erana banyak menangis melembutkan hati.

2.9513337101.830365

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Siaran Langsung PSM MAKASSAR vs SABAH Live Streaming Score Piala AFC 2023
    Published on 2023-10-04 By Azhafizah MN
  • Murah-murahnya petai kat Sungkai
    Published on 2023-10-04 By Ana Jingga
  • 8 Khasiat Butterhead Lettuce Ramai Tak Tahu
    Published on 2023-10-04 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Mencari Prebiotik ? Aku syorkan Manna dan Tayebat !
    Published on 2023-10-04 By Ben Ashaari
  • Kejohanan Golf Amal RMHC Malaysia Ke-30: RM500,000 untuk Kanak-Kanak Kurang Berkemampuan
    Published on 2023-10-04 By azni
  • KEJOHANAN GOLF AMAL RMHC MALAYSIA KE-30 BERJAYA MENGUTIP DANA RM500,000
    Published on 2023-10-04 By Nadia Johari
  • Kenapa Pilih Fly High Education Centre Untuk Tuisyen Online
    Published on 2023-10-03 By Lya Imtiyaz
  • Prudence Foundation Lancar SAFE STEPS Kids Climate Change
    Published on 2023-10-03 By Bro Framestone
  • Percuma!!! Permainan Memasak Kanak-kanak Dalam Talian
    Published on 2023-10-02 By Mohaz Sue
July 2015
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« May   Aug »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
July 2015
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« May   Aug »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme