Peraduan Aspirasi Bina Bisnes Berjaya Capai 1 Juta Pertama

Tidak ada perniagaan akan kekal di medan perangnya, tanpa pemasaran. Kalau biasa kita lihat company besar-besar tak pernah tinggalkan pemasaran mereka walaupun dah kukuh di pasaran. Ini sebabnya mereka ingin produk dan service mereka sentiasa diingati.

Jadi nak menarik lebih ramai usahawan berjaya dalam business, maka RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks International) akan terus memperkasakan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutama yang memerlukan bantuan ekoran terkesan dengan pandemik ketika ini.

Pihak mereka sangat memahami isu yang dihadapi oleh ramai usahawan dan PKS yang terpaksa mencari jalan untuk memastikan bisnes dilakukan dapat bertahan. Maka, Richworks membawakan program Zero Kos Marketing (ZKM) – Edisi Khas Bina Bisnes Berjaya yang mana memfokuskan soal pemasaran.

Kalau kita tahu, pemasaran merupakan salah satu aspek terpenting bagi sesebuah bisnes dapat terus bertahan malah berkembang ke tahap lebih tinggi dengan ilmu pemasaran yang tepat.

Seminar cara virtual ini akan memberikan panduan ilmu pemasaran tanpa kos secara percuma pada hujung bulan ini iaitu 28 hingga 30 Mei. Tentunya pihak Richworks berharap program ini dapat membantu dan digunakan sepenuhnya kebanyakan usahawan di negara ini dan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika pandemik ini berlaku.

RichWorks julung kalinya meraikan usahawan dan wakil persatuan PKS bersama media sempena pelancaran program ZKM bagi terus mengeratkan hubungan antara satu sama lain di samping mengetahui dengan lebih mendalam isu atau masalah sedang dihadapi.  RichWorks yang begitu dekat dengan PKS sejak 2008 telah membimbing lebih 1.1 juta orang dengan 400,000 orang dilatih secara virtual ketika bermulanya pandemik pada tahun lalu.

Program Zero Kos Marketing (ZKM) – Edisi Khas Bina Bisnes Berjaya

Hasil daripada pelancaran program Zero Kos Marketing (ZKM) sebelum ini, ini antara mereka yang dah berjaya buktikan bahawa boleh berjaya dalam berniaga dengan ilmu yang betul. Owh ya, antara lain mereka yang dah berjaya belajar dengan Richworks adalah Puan Rafidah , founder kepada Sellection.com dan juga Tuan Haji Saiful ,CEO Kedai Emas Hajjah Halijah.

MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman kata hidup berkembang atau mati terkubur sesebuah perniagaan adalah bergantung kepadda marketing. Katanya lagi, pemasaran itu ialah oksigen bagi seseorang usahawan.“Tanpa oksigen, seseorang itu tidak dapat bernafas dan akan mati. Begitu juga bagi sesebuah bisnes, jika tidak ada atau salah pemasarannya maka tunggu saja masa untuk tutup,” jelasnya.

Matlamat Program Zero Kos Marketing

Matlamat utama mereka adalah untuk membantu usahawan yang sedang ‘struggle’ dalam suasana pandemik ini. Jadi dengan ilmu dalam program ini diharap dapat menaikkan semula semangat juang usahawan atau pengusaha perniagaan samada perniagaan kecil mahupun IKS.

Dengan pelancaran Program ini -diharap dapat membantu usahawan untuk berjaya memasarkan produk mereka. Malah dengan ilmu ini diharap ada antara usahawan yang terkesan akibat pandemik Covid19 dapat ilham dan idea untuk bangkit berjuang.

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks Encik Radz pula berkata, program itu nanti akan kongsikan panduan dan tip penting bagi usahawan memanfaatkan ‘Zero Kos Marketing’ agar bisnes mereka dapat terus bertahan malah meningkat lagi. Semua orang boleh berjaya yang penting ada ilmu amal dan lakukan tindakan. Tanpa tindakan ilmu segunung pun takkan dapat memberikan hasil kepada usahawan.

Antara yang dah berjaya setelah mereka belajar dengan Richworks adalah :

Puan Nor Dalilah adalah usahawan Wedding Planner. Beliau bangkit berniaga dengan ilmu yang dipelajari daripada Richworks. Katanya dulu, tanpa ilmu beliau dan suami merasakan pendapatan yang diperolehi sudah memuaskan. Namun dengan berkat ilmu yang dipelajari, setelah diuji dengan Pandemik Covid19 ini, mereka telah memulakan perniagaan baharu iaitu Dodol Tok Nenek. Pada awalnya mereka tidak percaya dodol boleh pergi jauh di pasaran, dengan berkat ilmu dan usaha, dengan hanya menjual dodol sahaja berjaya mendapat puluhan ribu ringgit dalam tempoh 2 bulan.

Peraduan Aspirasi Bina Bisnes Berjaya Capai 1 Juta Pertama

Dalam pada itu, Radz turut mengumumkan pemenang pertama Peraduan Aspirasi Bina Bisnes Berjaya Capai 1 Juta Pertama iaitu Puan Erdayu Rosli merupakan ejen Chocodaps yang mendapatkan tajaan permentoran Spire selama 12 bulan bernilai RM25,000 secara percuma. “Pemenang ini akan dibimbing dalam empat teras utama iaitu jualan & pemasaran; kepimpinan; pematuhan dan operasi yang perlu bagi membina sebuah bisnes berjaya agar mampu capai jualan RM1 juta pertama dalam tempoh 6 bulan ke 1 tahun.

Program Zero Kos Marketing (ZKM) – Edisi Khas Bina Bisnes Berjaya
Tahniah Erdayu, member sekolah di Perlis satu ketika dahulu.

Daftar program Zero Kos Marketing (ZKM) – Edisi Khas Bina Bisnes Berjaya

program Zero Kos Marketing (ZKM) – Edisi Khas Bina Bisnes Berjaya

Mak Limah Raya Sakan

Kenapa Mak Limah raya sakan? Dulu mak limah berhenti kerja, dan dia mulakan kerja baru dengan berniaga. Tanpa ilmu pendapatan dia dapat pun sikit, tapi dengan ILMU pemasaran program ini, dia berjaya membuat keuntungan yang berlipat kali ganda. Mana tak raya sakannya, dah untung mestilah seronok,itu yang jadinya Mak Limah Raya Sakan. Mak Limah belajar dan berjaya.. jadi kita semua ada peluang, jom belajar dan “raya sakan” macam Mak Limah.

Puan Erdayu dah selangkah kedepan, dan untuk pengetahuan anda Pihak Richworks masih mencari 9 orang lagi usahawan yang memenuhi kriteria diatas. Apa lagi, jika berminat terus hubungi pihak Richworks tau. Untuk keterangan lanjut mengenai program ZKM dan peraduan Aspirasi.

Bagi yang nak tahu lanjut tentang pemasaran atau Program Zero Kos Marketing ini anda boleh melayari www.BinaBisnesBerjaya.com. All the best!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *