Kelas bacaan bacalah anakku

Bismillahirrahmanirrahim. Masih ingat lagi Kelas Bacaan Bacalah Anakku yang saya selalu share di sini. Ya kelas ini untuk anak-anak yang belum boleh membaca. Mereka menggunakan modul bacalah anakku. Yang best UN nak share kali ini adalah , special tahun 2021, Cikgu anak banyak guna kaedah hands on. Buat sambil sebut.

Sofar, adik okay je ikut kelas macam ni, dia happy. Tapi kan, mak nya pula letih. hehehe yer la nak kena jadi cikgu. Cabaran bila mak ajar, “Ummi nak ni, Ummi nak tu.. Ummi ni..”.. huhu jenuh aih. Sabar je kena tebal tau!

Apapun untuk basic class ni , cikgu ani memang terbaik Alhamdulillah ni anak yang ke-4 dan tak ada lagi dah lepas ni. Ini yang last kelas membaca dengan cikgu ani. Alhamdulillah dengan izinnya, semua anak-anak UN boleh membaca sebelum masuk darjah 1. Syukur alhamdulillah.

Sebenarnya anak-anak hebat, cuma mak ayah kena lebihkan fokus dan usaha untuk mereka berjaya dunia dan akhirat. Kita sama-sama usaha untuk mereka senang kemudian hari. InsyaAllah , Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 87 yang bermaksud “Jangan kamu berputus asa dalam mencacri nikmat dan rahmat Allah kerana hanya orang kafir sahajalah yang akan berputus asa daripada rahmat Allah”.

Doakan kejayaan anak-anak kita, semoga jalan kejayaan terbuka luas untuk mereka. Owh ya, kalau anak-anak yang dah darjah 1 – 6 atau ada yang nak kelas UPKK boleh join kelas online dengan Fly High Training Centre. Ini pun memang banyak membantu UN dalam proses mendidik anak-anak mencintai ilmu dan berusaha untuk menjadi orang yang berjaya. InsyaAllah.

Maklumat lanjut : Kelas Membaca Cikgu Ani No tel : 019-2165646

3 thoughts on “Kelas bacaan bacalah anakku untuk yang tak boleh membaca”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *