Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu
mangkuk tingkat ke pejabat

Seimbang antara kerja dan keluarga ; kami doakan kita semua berjaya laluinya

Posted on 03/10/202103/10/2021 by umminani

Alhamdulillah, hari ini 2nd day masuk kerja selepas bercuti belajar. Syukur ditempatkan di tempat sekarang. Cuma masih membiasakan diri untuk uruskan keluarga dan jadual kerja. Semuanya perlu seimbang, selalu minta doa supaya Allah swt mudahkan urusan kerja dan juga keluarga. Fokus dan tujuan akhir UN adalah untuk seimbang antara kerja dan keluarga. Dan dengan izin Allah , pastinya keluarga tujuan utama dan fokus pada akhirat. InsyaALLAH.

Seimbang antara kerja

Untuk menu hari ketiga, UN masak sambal tumis ikan. Ini untuk bekalan untuk ke pejabat dan juga bekalan anak-anak cuti esok dirumah sempena israk mijraj. Cukup satu lauk, dan nasi. Untuk sayur hanya gantikan dengan buah yang abah depa dah belikan.

Seimbang antara kerja  masakan isteri juag yang terbaik

Ini pula ikan yang dah siap di goreng. Dan esok pagi sebelum kerja, hanya sirakan dengan sambal tumis. InsyaAllah akan bertahan sehingga petang.

Seimbang antara kerja dan keluarga ;

Dalam keluarga, tanggungjawab bukan sahaja isteri. Tetapi kena ada kerjasama suami isteri. InsyaAllah segala yang susah jadi senang dan yang sukar dipermudahkan. InsyaAllah. Jadi niat dalam rumah tangga kena betul dan juga pada masa yang sama kena heart to heart talk. InsyaAllah suami akan faham dan satu keluarga akan jadi baik.

Seimbang antara kerja  suami tulang belakang untuk bantu keluarga
Seimbang antara kerja  dan kelaurga isteri dan suami patut ambil tanggungjawab
Masa akan berlalu, tapi kena fokus apa nak buat. 🙂

Selepas balik kerja, masuk rumah terus meluru kedapur. Heheeh its okay, buat perkara penting, kukus apa yang patut, panaskan kuah, rendam ikan dll. Bila barang masakan dah reasy , siap sedia setlekan diri dan lepas tu boleh masak dengan cepat dan aman. Cewah gitu. 🙂

Aktiviti Malam

Usai maghrib, anak-anak UN baca alquran dan 815 malam mula kelas tuisyen mereka dengan Fly High Training Centre. Alhamdulillah, actually bila anak-anak dipenuhi dengan aktiviti, mereka lebih mudah dikawal dan masa terluang lebih terisi. Alhamdulillah , syukur kami ditemukan dengan Fly High Training Centre ini.

Seimbang antara kerja

Untuk kelas tahun 5, Along ada kelas Matematik setiap hari Rabu. Jadual darjah 5, setiap malam kecuali hari Khamis. Alhamdulillah, pada masa sama along belajar pelbagai teknik yang baharu dan juga kelas dengan Cikgu Fly High Training Centre banyak buka minda Along dalam pembelajaran. Sekurangnya Along belajar dan dia tahu ada ramai pelajar bijak diluar sana. Secara tidak langsung menaikkan semangat anak-anak untuk terus berusaha gigih untuk berjaya. InsyaALLAH.

Seimbang antara kerja

Bagi kelas basic pula, Angah dan Sarah kelas setiap Selasa, Rabu dan Sabtu pagi dan petang. Ini pun UN rasa bertuah dapat hantar anak-anak di kelas Tuisyen ini. Sebab ianya membuka peluang anak ulangkaji dan belajar dengan lebih teratur.

Syukur alhamdulillah penat-penat kerja pun, kalau balik rumah aman dan tenang , semuanya okay. Dan yang pada masa yang sama, Un pun belajar untuk visualize perkara baik-baik sebelum balik kerja. Ini pun hasil ilmu belajar dalam kelas PMC+6 dengan bonda Prof Muhaya. Alhamdulillah , kami masih cuba belajar untuk baiki kesilapan lalu dan terus berusaha mewujudkan sebuah keluarga sakinah. InsyaAllah. Doakan kami ya.

Sekian, catatan diari untuk day-2 kerja.

4 thoughts on “Seimbang antara kerja dan keluarga ; kami doakan kita semua berjaya laluinya”

  1. Dorsett Pink says:
    03/11/2021 at 11:23 am

    Work balance life. Inshallah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua

    Reply
  2. Aisya Ismail says:
    03/15/2021 at 11:15 am

    Padat jadual sis dalam sehari.

    Reply
  3. Saidila Abdul Rahman says:
    03/19/2021 at 12:00 am

    Itulah yang sebaiknya , semua kena seimbang dan bersederhana . Apapun akak respek dengan UN sebab akak tahu bukan mudah nak jadi seorang Umminani…semoga berjaya dunia akhirat

    Reply
    1. umminani says:
      03/21/2021 at 10:48 am

      AMIN..tq kak doakan UN

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Negeri Sembilan Piala Malaysia 2023 (QF-2)
    Published on 2023-09-21 By Azhafizah MN
  • East Coast Trip (KB, KT, Ktn) - Day 2 Breakfast di NASI DAGANG ATAS TOL
    Published on 2023-09-21 By Azian Elias
  • Amazfit Balance Bawa Keharmonian dan Kesimbangan Dalam Kehidupan
    Published on 2023-09-21 By Bro Framestone
  • Ini 6 Alternatif TERBAIK Gantikan Susu Lembu!
    Published on 2023-09-21 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Aiskrim tempatan rasa nostalgia , Pal Litt dari Langkawi
    Published on 2023-09-20 By Ana Jingga
March 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Feb   Apr »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
March 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Feb   Apr »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme