Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu

Freezer bertingkat Midea 188L Upright Freezer MUF-208SD ; beli masa PKP

Posted on 10/20/202001/08/2021 by umminani

Bismilillahirrahmanirrahim. Ini perkongsian bagi mereka yang mungkin ada masalah sama macam UN. Iaitu tak cukup ruang untuk beli barang basah dan perlukan lebih space untuk simpan barang dapur seperti ikan, ayam dan lain-lain keperluan. Maka dengan persetujuan suami, dia pun belikan UN freezer bertingkat Midea 188L Upright Freezer MUF-208SD masa PKP.

Semasa PKP, memang sangat limited nak keluar beli barang basah dan juga masa tu UN pun belajar. Jadi bila bincang dengan suami, kami perlukan freezer untuk simpan barang basah. Sekurangnya keluar 2 minggu sekali atau sebulan sekali. Sejak dah guna freezer ini, kami borong barang basah di Chow Kit sebulan sekali, barang kekal fresh je. Baca padalink biru, kenapa kami beli di Chow Kit. Korang akan faham situasi sebenar.

Semasa PKP kami beli freezer bertingkat Midea 188L Upright Freezer MUF-208SD dengan harga seperti berikut :

Dengan kos RM899.00, shipping RM68.00 dan ada voucher daripada kedai RM5.00 dan total UN bayar adalah RM962.90.

Sesuai ke untuk digunakan dirumah?

Ya, untuk yang masih mencari freezer, ini yang paling sesuai untuk kegunaan household. Kenapa dicadangkan beli Midea 188L Upright Freezer MUF-208SD ?

1) Sangat praktikal dan mudah diurus.

2) Ikan, sotong dan udang tidak bertindih, boleh diletakkan diruangan berasingan.

3) Kotak luas dan boleh muatkan barang dengan banyak.

4) Kurang Risiko barang basah busuk, ini kerana semua barang yang dimasukkan dalam freezer ini mudah untuk dilihat dan dikemas.

5) Mudah untuk bersihkan. Ini kerana jika hanya kotak level2 sahaja kotor-maka yang itu sahaja di cuci. Tidak ada risiko ais membeku sehingga freezer busuk dan kotor.

6) Tiada risiko bau bercampur.

Gambaran lebih jelas ; Midea 188L Upright Freezer MUF-208SD

Setiap level , boleh asingkan ikan, sotong, udang, daging dll. Ikut keperluan dan bajet keluarga. Setiap kotak, luas dan boleh muat seperti mana dalam gambar yang UN masukkan kotak ais cream. Melalui gambar ini korang boleh bayangkan keluasan kotak bagi setiap level.

Atas sekali UN gunakan untuk isi chocolate dan barang yang berharga.

Ini level bawah sekali, UN gunakan untuk letak frozen food seperti karipap dan donut. Risiko untuk bau bercampur dengan ikan tiada. Kualiti makanan terjaga dan kebersihan terjamin.

Bagaimana pula dengan saiz freezer ini ?

Freezer bertingkat Midea
Freezer bertingkat Midea

Ini gambaran saiz freezer bertingkat ini. Saiznya lebih kecil daripada peti ais 500L. Walaupun begitu cukup untuk isi barang untuk 1 bulan bagi sebuah keluarga kecil seperti UN.

Pemasangan Midea 188L Upright Freezer

Freezer bertingkat Midea

Bagi pemasangan freezer ini mudah, boleh dilakukan seorang sahaja. Masa ini suami buat seorang, sebab UN outstation. Along yang tolong snap gambar. 🙂

Freezer bertingkat Midea
Freezer bertingkat Midea

Oleh kerana freezer nak masuk maka, rak diubah kehadapan peti ais hitam. 🙂

Kelebihan lain –

  1. pintu freezer ini boleh letak ikut kesesuaian tempat letak dirumah masing-masing. Boleh pilih untuk pasang di kanan atau kiri. So, sangat praktikal.
  2. Boleh digunakan oleh ibu yang nak simpan stok susu badan yang telah dipam. Sangat mudah. Recomended!

Pendapat peribadi UN:

Masa UN nak beli tak berapa yakin, tak ramai orang guna dan buat review freezer bertingkat ini. Harap entry UN membantu lebih ramai orang yang hadapi isu macam UN dalam nak memilih freezer. Kita bukan kedai makan atau restoran yang nak letak ayam sekor-sekor, so bagi UN inilah yang terbaik, walaupun agak mahal kalau bandingkan dengan harga freezer biasa tetapi bagi UN berbaloi. Berbaloi sebab memudahkan urusan ambil dan susun barangan basah.

Semoga membantu bagi mereka yang mencari-cari freezer yang sesuai untuk kegunaan dirumah. Jika bermanfaat share entry ini ya. terima kasih kerana membaca.

18 thoughts on “Freezer bertingkat Midea 188L Upright Freezer MUF-208SD ; beli masa PKP”

  1. Yaya Azura says:
    10/21/2020 at 7:59 am

    Lawa..nampak kemas..Yaya pakai deep freezer. Tapi itulah mmg kena susun barang elok-elok dalam tu..baru senang nak capai. Upright door ni nampak lebih praktikal.

    Reply
  2. Shafyqah Azahar says:
    10/21/2020 at 7:52 pm

    uish taktahu pulak ada freezer mcm ni! nanti ada rumah sendiri nak beli ni la

    Reply
    1. umminani says:
      10/21/2020 at 8:33 pm

      Ya ada.. amin kak nani doakan shafyqah dpt.sebiji nnt.

      Reply
  3. saidila says:
    10/22/2020 at 1:43 am

    best jugak ada freezer camni sebab dapat divide siap2 nak letak mana beza dengan yang freezer normal …nantilah nak beli jugak sebiji …

    Reply
    1. umminani says:
      10/22/2020 at 1:29 pm

      amin, nani doakan kak dpt juga sebiji satu hari nanti..tapi dah ada tu guna je dulu, jgn bazir..kami xdak tu yg terpaksa beli

      Reply
  4. Ai says:
    10/23/2020 at 3:42 pm

    Freezer macam ni lebih praktikal sebab senang nak amik barang.

    Reply
  5. Hafiz Rahim says:
    10/28/2020 at 11:00 am

    Thanks info. Pasni leh cari sebijik letak kat dapur

    Reply
    1. umminani says:
      11/17/2020 at 8:31 am

      ya cikgu apiz, beli 1 letak dirumah senang kerja nak guna n nak simpan barang basah

      Reply
  6. Ng says:
    11/15/2020 at 2:31 am

    Adakah freezer ini manual atau auto defrost?

    Reply
    1. umminani says:
      11/16/2020 at 9:00 am

      Hi, kalau nak dfrost, pusingkan suhu dia bgi low. tapi apa maksud cik auto defrost tu.. kat belakang freezer tak der tangki air tau, so selamat, tak ada risko nyamuk dll.

      Reply
  7. Mimi says:
    03/16/2021 at 10:38 am

    Sis..nak tau kwn bgtau kt saya bli yg no frost sbb xkan ade over ice yg mlekat pd mknn kita ataupun dfreezer ni sndiri..apa pendapat sis?since sy tgk dlm entri sis ni mmg ade ice yg mlekat kt ats tu..bila dh tebal ia myukarkan utk kluarkan brg dlm freezee ni x?

    Reply
    1. umminani says:
      03/18/2021 at 8:51 pm

      SEPANJANG SAYA GUN AOKAY JE.. KALAU DAH OVER SANGAT ICE TU, SAYA TUTUP SUIZ SEHARIAN, BAGI CLEAR ICE TU, THEN ON SEMULA MCM BIASA. SO FAR SAYA GUNA HAMPIR SETAHUN , ALHAMDULILLAH SEMUA OKAY.

      Reply
  8. Amirul Yusuf says:
    03/30/2021 at 3:14 pm

    Electric consumption dia mcm mana puan? lepas guna freezer ni tinggi tak peningkatan bill bulanan?

    Reply
    1. umminani says:
      04/12/2021 at 3:24 pm

      SETAKAT saya guna sama je bil elekrik di rumah . tiada penambahan.

      Reply
  9. Tati Mansur says:
    05/20/2021 at 7:56 pm

    Macam bestlah pulak tengok Freezer bertingkat ni.. Kebetulan tempt simpan lauk kami memang memanjang je penuh..terus cik abang mintak suh tengok kat Shopee.. Beli tak beli belakang cita la kan..

    Reply
  10. NASIPA mijan says:
    05/24/2021 at 7:26 pm

    Pintu frezer senang tak nk buka??

    Reply
    1. umminani says:
      05/26/2021 at 10:20 am

      senang cik, pintu tu boleh ubah kiri atau kanan, maknanya masa first nak pasang tu , kita boleh adjust ikut kesesuaian tempat nak letak .

      Reply
  11. Zura says:
    03/18/2022 at 7:25 pm

    Tumpang tanya.. freezer ni memang xde lampu ke.. sebab saya punya bilaa buka pintu xde lampu yg menyala.. tu jadi kompius skit sebenarnya lampu risak atau memang azali dia tak berlampu…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

UMMINANI

INSTAGRAM

ummi_nani

SELAMAT HARI GURU #selamathariguru2022 #SelamatHa SELAMAT HARI GURU

#selamathariguru2022 #SelamatHariGuru #kbba9 #raudhahislamicschool
SESSI Bersama CIKGU BOB di bengkel PKSK/UKKM anjur SESSI Bersama CIKGU BOB di bengkel PKSK/UKKM anjuran Flyhigh Training Centre . Seronok anak² dpt jumpa Cikgu Bob secara live. 

Tak habis² Along cerita best ya belajar bersemuka dengan Cikgu Bob. Terima kasih cikgu sebab  share tips & ilmu yang bermanfaat.

#bengkelpkskukkm #MRSM #sekolahberasrama 
#flyhighteducationcentre
#anakanakumminani #kbba9
DAY - 2 , bagi semangat untuk bangkit dan networki DAY - 2 , bagi semangat untuk bangkit dan networking dengan sahabat yang luar drp lingkungan sekolah. 

Belajar hari ini pun, ada saingannya. Nak ke MRSM , nak ikut jejak Umi? Nanti Umi pikirkan, yang mana sesuai. Tetapi untuk masa sekarang, grab sahaja ilmu dan peluang yang ada. 

Kita hanya usaha, tetapi Allah yang menentukan.
Load More... Follow on Instagram

BLOG KAWAN MAYA

  • Selamat Hari Guru 2022
    Published on 2022-05-16 By Azhafizah MN
  • Kari Kambing Tanpa Santan ? Sedap Ker ?
    Published on 2022-05-15 By Saidila Abdul Rahman
  • Muat Turun Aplikasi Marry Brown dan dapatkan tawaran menarik serta diskaun.
    Published on 2022-05-14 By Sue Izza
October 2020
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Sep   Nov »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Recent Comments

  • Farah Wahida on Permohonan ke MRSM 2023
  • Nina Mirza on Permohonan ke MRSM 2023
  • Darcy James on Beli emas online di Kedai Emas Hajjah Halijah ; Halijah Jewels
  • azni on EM Drink + apa khasiat dan kebaikkan?
  • Nina Mirza on EM Drink + apa khasiat dan kebaikkan?
  • Syasya on Crystal Skin by Rish Beauty – kulit sihat dan cantik
  • anne on Sambung belajar untuk penjawat awam, berapa kos perlu?

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Mingguan Wanita Disember 2020

Sambungan – Singapura

Mingguan Wanita OKT 2016

Harian Metro 4 Ogos 2019

team tarik tali ipd kajang

Harian Metro 11 Mac 2018


pemantauan udara pdrm

TUMIT TINGGI – RTM TV 1

https://youtu.be/ZQxjM9u91lc

NONA TV3

https://youtu.be/uX_GaKd3G-g

Jemputan ke TV Al Hijrah

https://www.youtube.com/watch?v=qx8TFD-bWSo

MHI – MC0 2020

https://youtu.be/2jP1sn9rMGc
October 2020
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Sep   Nov »

Carian

Arkib

© 2022 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme