Umminani /Lifestyles

Ikan mahal mana mampu nak makan sedap! Tapi akhirnya…

Pastinya ramai yang alami isu ini kan. Asyik makan ayam je mana tahan. Jemu naik ke kepala kalau kata orang Perlis. Kami pun sama je, ikan mahal mana mampu kami nak makan sedpa setiap hari. Dan sebelum ini beli kat Kedai Paklong area Beranang. Tapi bila pikirkan semula, harga pun mahal juga. Ikan siapa cecah RM25.00 sekilo. Jadi kami berubah angin untuk dapatkan barangan keperluan rumah di Pasar Chow Kit pula.

Beli ikan murah di Pasar Chow Kit Kuala Lumpur.

Dulu pernah sekali kami beli ikan disini, masa tu kami stay kat Hotel untuk satu malam, sambut birthday Along 2019. Tapi lepas tu macam malas la pula nak ulang alik kesana. Tapi bila sekali tu dalam bulan lepas, beli ikan kat kedai Acheh area rumah ini, tengok macam harga tak logic akal. Ikan pelaling sekilo RM17.00, Ikan Kerisi RM22.00 sekilo. Huish takkanlah ikan naik harga mendadak.

Jadi, last 2 week la tanpa perancangan ajak suami pergi ke Pasar Chow Kit , Kuala Lumpur. Fuh, terkejut tau, harga ikan lebih murah. Ada paling murah RM4.50 sekilo bagi ikan pelaling. Cuma jika nak yang besar sikit boleh beli yang mana harga ditawarkan RM7.00- RM9.00 , itu kiranya yang saiz sederhana lah. Dan terkejut ikan kerisi sekilo baru RM8-9 sekilo. Betul-betul buat duit tau kedai kecil-kecil di kawasan perumahan ini.

Ikan siakap Rm15×3 ekor = RM45   (saiz besar)

Ikan siakap Rm13x4 ekor = Rm42 (saiz kecil)

Daging 1.8kg = Rm31.00

Kembung Rm7x5 Rm35

Petai Rm10 Sayur Rm9.50

Tempe Rm1.5×2

Limau Rm2 ( hati hati ya..ramai yang jual sekilo Rm5. Dan yang paling murah adalah sekilo Rm3.5 sahaja.

Selepas 2 minggu, stok ikan yang dibeli pun abis. Semalam kami sekali lagi pergi membeli belah disana. Dan kalau nak tengok apa kami beli, boleh tengok di Toutube kami ya. Suasana hujung minggu di Pasar Chow Kit Kuala Lumpur. Tapi, orang dah tak ramai macam suatu ketika dahulu. Lagipula waktu operasi telah disingkatkan sehingga jam 2 petang sahaja.

Kalau anda memang duduk kat area KL , Selangor ini kalau ada masa rasanya berbaloi kalau membeli belah barangan basah disini. Tambahan jika ada keluarga besar. Oleh sebab tiu juga kami ini memilih untuk beli Freezer untuk barangan basah dan sejuk beku. At least 3 minggu barangan basah tak perlu lagi dibeli. Hanya sejuk beku sahaja, insyaAllah kesegaran ikan, ayam dan daging masih terpelihara.

Owh , hasil daripada Sales 7.7 di Shopee kami beli MIDEA 188L Upright Freezer MUF-208SD. Hasil daripada kajian rambang, upright freezer membuatkan barangan yang tersimpan lebih tersusun dan lebih effisen. Nanti saya story panjang, barang masih belum sampai.

So, kalau masih mencari lokasi untuk membeli barangan dapur dengan harga murah dan berbaloi, boleh la ke Chow Kit, tapi kena jalan dan ronda-ronda. Lain-lain peniaga lain harga, BELANJA ikut senarai yang diperlukan dan keperluan rumah kita. Jangan over buy, nanti bukan jimat jadinya tetapi merugikan.

Itu sahaja sekian untuk hari ini. Psst : lepas kami beli belah barangan dapur, kami singgah makan di restoran Kudu Bin Abdullah.

One Comment

  • Siti Norhidanah Mohd Miswan

    barang di pasar chowkit memang sangat murah cuma itulah nak ke sana kene dengan motor kalau bawa kereta payah sikit nak cari parking. Sebelum ini pernah la minta suami beli kat sana tapi dia pulak yang tak berapa selesa dan rajin membeli di pasar basah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge