Umminani

Kesan tidur tak cukup ; ini pun punca!

Ya Allah sepanjang PKP ni aku okay je, ni lepas raya yang aku tetiba tak menentu. Hari-hari rasa nak marah. Sebenarnya badan aku letih agaknya… lagi pula mungkin kesan tak cukup tidur juga buat aku stress.

Lepas aku share yang kelas online dah mula, sebenarnya rutin harian aku berakhir pada jam 1130malam atau 12 malam. Bukan apa, bila nak tidur, si adik pula macam-macam nak. Nak peluk dan macam-macam lah.. huhuu.. nak tidur ambil masa setengah jam sebelum terlelap. Sabar jer hati,w al hal air mata dah bertakung sebab mengantuk sangat.

Kekurangan tidur juga ada risiko menyebabkan serangan jantung. Jadi, aku ridau juga sebenarnya. Malah paling merisaukan aku, blood pressure aku naik sebab pernah ada sejarah masa pregnant. Tapi sampai la ni aku skip pergi jumpa doktor.

Paling pantang pada aku, adalah bila aku dah bagi tahu pada isi rumah aku nak rehat, tetapi ada yang buat bising. Memang boleh buat jiwa aku sekali lagi dup dap dup dap! Marah + tidur tak lena. So, aku pantang orang bising bila aku dah bagi signal mau rehat. Masa aku limited nak rehat. Kejam ke terlalu OCD macam ni.. huhuuu

So adakah punca sebenar aku stress sebab tak cukup tidur??? 🙁

3 Comments

  • Siti Norhidanah Mohd Miswan

    bila hujung minggu kene rehat dan tidur lama sikit kak, dana pun kadang macamtu… lagilah sejak dah mula kerja seperti biasa ni setiap pagi kene bangun seawal 5 pagi sebab nak masak sarapan dan tenghari buat aiyan dan paksu. Hujung minggu lepas subuh dana amik masa tidur lagi selalunya heheheh…

  • Tqa London

    Kadang boleh jadi punca juga. Bila badan dah penat campur pula dengan mengantuk, pastu ditambah pula dengan bingit isi rumah, kita boleh jadi baran. Kalau sikit2 boleh simpan, lama2 meletup juga.

    Saya pun yang takde anak boleh rasa nak marah bila tak cukup rehat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge