Kami mula mendaftar pada 14/9/2019 – pejam celik, kejar sana sini, berlari antara rumah dan asrama…akhirnya Sem 1 sampai ke penghujungnya. Kini selesai sudah 20minggu kelas. Siang malam berperang dengan diri sendiri dan juga kelas. Sakit demam, terlelap dalam kelas dah bagaikan satu lumrah sebagai pelajar. Redah dan buat..yang mana sikit ada kekalutan tu belajar untuk redha dan belajar lagi betulkan kesilapan.

Thanks Puan Asilatul Hanna. Pensyarah Pengajian MALAYSIA. Even bukan subjek teras, tapi ianya membantu menaikkan markah ketika peperiksaan nanti. CGPA sikit sebanyak bantu juga. Thanks Puan HANAA, yang sentiasa ceria bantu kami dalam kelas..setiap Khamis kami menunggu Puan tau..heheh sebab inilah satu-satunya cikgu yang lawa dan sweet 16 gitu.

Puan Dr Izura, terima kasih buka minda kami tentang cyber. Dalam kelas undang-undang jenayah, aku minat sebab banyak yang kena dengan pengetahuan blogging. Sangat membantu aku, dan daripada pengetahuan ini, aku boleh gunakan dalam kehidupan aku di media sosial. Sebab ada ilmu yang dipelajari, tanpa niat tapi jika mendatangkan ketidak tenteraman jiwa kepada orang lain, kita yang menulis boleh dikenakan tindakan. Kena lebih berhati-hati, dan jangan meroyan di fb/ media sosial..bahaya.

Prof Dato Johan, dekan fakulti undang-undang. Kelas beliau, tiada buku teks.Tapi kena aplikasi 3 perkara, V.A.K , visual, auditory dan kinestastik. Sebab apa Prof cakap kena tulis dan faham. Aku suka cara ni, cuma bila sakit dan demam, seksa la. Sikap Prof yang cool jadi kegemaran pelajar, cuma aku rasa ‘weird’ sebab ianya boleh jadi sampai orang hilang kewarasan… ergghh! pelik tapi benar, niat sebenar aku tak dapat buktikan…hahahaha

Sambung belajar diusia tua prof sabitha marican
Prof Datin Sabitha lecturer Method

Ini antara lecturer yang ajar kami this sem. Semua bagus dan buat kami happy. Thanks semua, sekarang masa untuk usaha study bersungguh-sungguh demi impian untuk dapatkan pointer terbaik.

Doakan UN ya.

6 thoughts on “UMCCED -terima kasih lecturer ;selesai sem 1”
  1. Tahniah! buat UN
    Mrs. A pun dulu study UMCCED grad Julai 2011.
    Class every Sunday pagi hingga petang every weekend mereput kat class huhuhu… tapi pejam celik pejam celik tetiba dah grade sekejap je pulak rasa.

    1. ya ka.. kalau org yg pergi weekends sahaja mmg kuat semangat. kami yg full day ni pun lelah rasanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *