Cabaran ini saya alami sepanjang belajar selepas bekerja
UMCCED

Cabaran ini saya alami sepanjang belajar selepas bekerja

Belajar pada usia tua dah la satu cabaran, dan setelah 10-11 tahun meninggalkan alam sekolah, kini dah berkeluarga pun cabaran juga. Cabaran ini saya alami sepanjang belajar selepas bekerja.

Perkara pertama mestilah masa. Ya, masa amat mencemburui apabila belajar begini dengan komitmen keluarga dan juga komitmen belajar, semuanya kena seimbang.

Anak ini, macamana sekalipun mereka perlukan mak dan ayah. Dan mak ni , memang diperlukan pada setiap masa. Cuma kekangan aku sendiri, jadi aku banyak dibantu oleh suami.

Syukur, hari biasa adik pergi ke rumah pengasuh, kakak dan angah tadika dan Along sekolah. Jadi selepas jam 6petang tu adalah waktu kritikal bagi aku dan anak-anak.

Kita penat seharian, mereka pun penat..semua bercampur aduk. Bukan mudah nak urus emosi. Cuma kena banyak sabar dan berserah kepada Allah swt.

Lagi satu, habis sahaja kelas di UMCCED aku terus balik ke maktab Polis Cheras dengan bas. Kadang tu berkejaran nak balik kerumah, bukan sebab tak ada makanan, tetapi ada anak yang harus diuruskan termasuklah kelas malam mereka. Seriusly, pengorbanan adalah elemen penting untuk belajar dalam situasi begini.

Samada benar-benar nak atau tidak, jika benar nak berjaya,kena hadapai dengan penuh percaya pada kuasa Allah swt. Allah takkan beri peluang kalau dia tahu kita tak mampu. dan bila Allah swt beri peluang, maknanya dia tahu aku mampu.

Main point, malam lepas makan, anak-anak kena belajar sekejap dan jam 10.00 malam wajib tidur. Kalau sekiranya hujung minggu bagi emper time untuk main, ehmm lagi kecoh rumah. Jadi penyelesaian terbaik adlaah tidur awal.

Selepas itu, Ummi mereka ni tak ada pilihan lain selain tidur awal juga dan bangun study awal pagi. Saat ini paling berharga dan inilah yang kena betul-betul struggle untuk berjaya.

Ini kalau ada kerja masing-masing memang tertiblah, tapi kalau tak ada mini library kat rumah dan sekiranya masing-masing lalai…rumah jadi haru biru..sebab tak ada kerja fokus nak dibuat.

Realitynya belajar dalam situasi begini yang perlu, iaitu sabar, tawakal dan fokus. Selepas itu, semua akan smooth je.. itulah kadang selalu cakap dengan kawan-kawan yang memang fully stay kat asrama, kalau mereka tak dapat tumpukan lagi pelajaran amatlah rugi. Sedangkan aku dengan kaum ibu yang balik hari-hari atau yang stay sesekali ini sangat mencabar perjalanan kami belajar dan berkeluarga.

Korang yang baca entry ini, doakan aku berjaya lakukannya. 1 tahun setengah sekejap sahaja berlalu.

Ini aku punya dreamboard khas untuk merealisasikan niat dan impian aku…tolong doakan aku ya. Aku harap akulah yang akan berada di stage single yang mana di nobatkan sebagai pelajar / graduan terbaik 2019/2021 Diploma Eksekutif ini. Nanti aku ada masa, aku share kenapa aku ambil 2x diploma.. :).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge