study week semester 1 umcced
UMCCED

Study week UMCCED – makan ke belajar ehh?

Peperiksaan akhir telah tiba, tapi sebelum tu apa yang kami nak share adalah usaha yang telah dilakukan. Study week UMCCED bagi semester satu bermula pada 21-29 Disember 2019. Kami dah mula study pada hari Isnin 23/12/2019 dengan subjek pertama adalah Perlembagaan Malaysia.

Meraikan kawan-kawan yang sambut Krismas

Memandangkan pada 25/12/2019 adalah Krismas, kami dah plan untuk buat makan-makan meraikan sahabat group Success yang meraikannya. Dalam group aku ada 3 orang yang meraikan Krismas, kak Cat Tenn dan Tuan Mike. Jadi Tenn yang paling seronok, dia semangat buat makan-makan. Menu kami adalah steamboat.

Mereka bertiga bersendirian menyambut perayaan di Maktab. Sedangkan keluarga di Sarawak.

Study week UMCCED kali ini… merapatkan kami..macam adik beradik

study week umcced study group penting

Seminggu kami di maktab, jadual belajar kami bermula jam 5.00 petang sehingga selesai topik yang perlu dibincangkan. Ya ALLAH , bila dah matang, nikmat rasanya study week ini. Sebab masa belajar memang masing-masing belajar, bukan main-main. Kelas paling lewat habis adalah hari kami bincang Undang-undang Jenayah dan juga kelas Ulangkaji Methodology. Seronok sangat bincang, sampai tak mau terlepas setiap bicara kawan-kawan.

study week umcced 2
study week umcced 1
Hari yang sama 24/12/2019 – kak cat belanja LAKSA SARAWAK.

Group study ini sangat awesome, saling membantu dalam memberikan jawapan yang terbaik kepada setiap persoalan. Syukur sangat ada kelompok dan kumpulan belajar yang supportive. Sepanjang study week ini juga, kami langsung tak hadkan kepada mana-mana orang, siapa pun dalam kelas kami yang ada, kami alu-alukan. Ilmu kan hak Allah swt, kita kongsi, selebihnya ALLAH swt punya pengaturan.

Setelah seminggu kami berkampung, sepanjang study week, hari ini adalah permulaan perjuangan kami menghadapi paper pertama final Exam. Doakan kami diberikan ketenangan dan dipermudahkan segalanya.

study week umcced

InsyaAllah.Ilmu milik Allah, berkongsi tak sedikit pun mengurangkannya. thanks sahabat. Semoga setiap orang daripada kita yang memberi dan berkongsi ilmu dapat memberikan manfaat kepada rakan-rakan. Kita doakan semua antara kita berjaya dunia dan akhirat dan dapat keputusan cemerlang nanti. InsyaAllah. Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan kami. Amin

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge