Korang…cheesse😁. Stop, nak tanya, bilakah kali terakhir awak check gigi? Bila pula last awak scalling gigi? YaAllah, biar pun sado dan macho, namun percayalah bila sebut Doktor gigi, kecut perut. Hahahah, siapa seangkatan UN, yang dadanya dup dap dup dap laju nak jumpa doktor gigi? Tapi, oleh sebab ramai rekemen Klinik Pergigian Erfa best, UN rendahkan level off ketakutan dan keegoan. Maka, hari yang dijanjikan pun tiba.
Jujurnya, Un ada check gigi last year. Keadaan gigi baik dan tak perlukan rawatan khas. Tapi masa tu, tak buat scalling gigi. Yer la, yakin dengan diri kononnya.
Namun begitu, ingat sebelum masuk interview pada 15/7/2019 nak pergi. Tujuannya memastikan diri bersih terutamanya gigi. Akibat kekangan masa, pada hari Sabtu lepas gagahkan diri memandu sejauh 50km untuk buat pemeriksaan di Klinik Pergigian Erfa. Thanks sayang, muahhh muahh muahh jagakan anak untuk i. Dan yang pastinya inilah saat di nantikan , Me Time 😍🥰 .
Selangkah masuk ke Klinik Pergigian Erfa, Ya Allah ini klinik ke? Terdetik di hati. Menapak masuk ke dalam klinik, seolah masuk ke lobi hotel. No wonder, memang ramai suka ke sini. Hospitality terbaik. Tak ku sangka, ada jutawan Melayu yang berjaya begini. Ini jugalah klinik gigi pertama Un masuk yang ada 5 orang doktor sekali. Faham ke faham? 😁. Patutlah servis kat klinik gigi di sini cepat.Tak perlu menunggu lama.
“Puan Nooraini, bilik 3 ya, sila masuk”
Aduh namaku diseru. Masa nak.masuk, terserempak dengan kak Nina yang baru selesai jumpa Dr Erfa. Baru nak soal siasat, tapi tak kesampaian. Yer la, memang staff suruh masuk terus, tak.mahu Dr Erfa ternanti-nanti pula.
Adoii, laju debaran di dada. Rasa macam baru lepas lari pecut 100meter.
“Bismillahirrahmanirrahim….., assalamualaikum Dr.. “.
Nampak Dr Erfa melemparkan senyuman dan menyapa Un. “Selamat datang Puan. Letak beg kat situ ya… (sambil tunjukkan kerusi panjang di sebelah Un).”
Terus Un di minta duduk. di kerusi untuk rawatan. “Cool Nooraini, cool Nooraini… relaxxx…..!”- pujuk diri sendiri. Hahaha badan sado hati kecik. Hish kalau bab gigi rasanya memang gini kot. Rasa ketat terus dada!.
“Puan, kita nak buat scalling gigi hari ini. Jangan risau tak sakit… puan relax.je okay.” – hanya mengangguk tanda faham.
Cuba relaxkan diri, dan Dr Erfa check satu-satu kondisi gigi. dan Dr Erfa bagitahu gigi UN tak ada masalah. Cuma kena buat scalling at least 6 bulan atau setahun sekali.
Memulakan proses, Ya Allah, lembutnya Dr Erfa menyantuni patient dia. Boleh didengari, Dr berbisik dengan bismillah dan zikir memulakan proses scalling. Reda debaran yang tadi memuncak. Terus, satu-persatu proses dilakukan.
UN siap minta Dr snap sebelum dan selepas proses. Dengan itu baru Un boleh tengok perbezaan sebelum buat scalling dan hasilnya. Hehehe nak buat macamana Un kan orang visual, jadi setiap perbuatan mesti dengan visual. Baru rasa satisfaction tu 200%.
Sungguh proses scalling tak lama. Bila duduk atas kerusi ini, sejam tu rasa sekejap sahaja. Jam didinding rasa berlalu pantas.
Begitulah akhirnya,selepas sejam…selesai. Siap Dr buat polishing lagi. Fuh…terasa licin gigi. Nak kenyih sampai telinga pun best sekarang ni tau.
Klinik Pergigian Erfa – Apa yang special?
1) Klinik dah macam hotel. (Selesa tahap maximum).
2) Fasility memang top. Siap ada mesin x-ray gigi.
3) Apa juga masalah berkaitan gigi, sini ada jalan penyelesaian. Kos bergantung pada kondisi gigi. Tak sama untuk setiap orang.
4) Gigi yang kuning boleh di putihkan sehingga 8 hingga 14x putih. Ada mesin khas lagi.
5) Mesra O.K.U – ada kerusi tolak untuk OKU , dan katil rawatan juga mesra O.K.U
6) Mesra kanak-kanak dan mesra bagi mereka yang fobia. Tapi make sure maklum pada kaunter tau, Dr akan sembunyikan alatan berkaitan sebelum patient masuk. (gambar di bawah).
Parking:
7) Parking kat sini banyak, datang la bila-bila masa, tak risau bab parking.
8) Entry – depan belakang boleh masuk. Senangkan?
9) Pastinya semua Dr kat sini adalah Dr yang bertauliah. Boleh tengok certificate pada wall Klinik.
10) Akhirnya – review daripada mereka yang pernah kesini semuanya positif. Majoriti suka dengan hospitality dan service yang ditawarkan. Boleh baca review di wall klinik mahupun media sosial Klinik Pergigian Erfa.
So, kalau lepas ni korang cari Klinik Gigi, pastikan sini antara dalam list yang wajib di kunjungi. Jangan takut, tak ada lagi Dr gigi yang makan orang okay. Biarkan senyuman manis kita terus meninggalkan kesan pada mereka yang melihat. Senyum dengan penuh yakin.
Boleh layari facebook :
Klinik Pergigian Erfa
Instagram – Klinik_Pergigian_Erfa
Okay… Un dah share exprience UN, korang kalau baca entry ini, nanti dah pergi jangan lupa komen dan share experience korang dengan UN okay.Bye…
Cheeseeeee 😁😁
Alhamdulillah…
Kak nina dah kali ke-dua dapatkan rawatan gigi kat sini. Memang berpuashati dengan sentuhan Doktor Erfa.
kami laki bini kalau part gigi ni seram skit,kalau kena ke klinik gigi,pucat gak la hahahha….tak tau napa ngilu dia lain machiammm haahha,tapi eddy la teruk lagi,kak sue ok skit hehehe….boleh try la kat klinik macam.besttt je…
As salam…Kalau nak buat gg 2 batang berapa harga ya…
Cik, saya pun ke sana untuk cuci gigi dsbnya, jadi the best advice kena hubungi klinik ya.