Pemeriksaan Mata Percuma 2019 ; Eye Pro Vision ke Tempat Anda
Review Produk Dan "Event"

Pemeriksaan Mata Percuma 2019 ; Eye Pro Vision ke Tempat Anda

Apa khabar mata? Sihat ke mata kita dan mata kawan-kawan sekeliling kita? Bestkan kalau apa sahaja yang kitra nak boleh dapat PERCUMA. Un nak share tentang satu program yang sangat bagus. Ianya adalah program Pemeriksaan Mata Percuma 2019;  Eye Pro Vision ke tempat anda. Ya betul, boleh mereka ke tempat anda dan ianya PERCUMA. Kita boleh periksa mata, kawan-kawan kita pun boleh juga.

Kita menggunakan mata setiap masa. Sekarang ni dengan penggunaan gajet dalam urusan seharian juga salah satu faktor mata cepat rosak. Itu belum lagi kita kira berapa jam sehari mata digunakan untuk merenung gajet seperti telefon dan juga computer. Atas dasar tersebut, dengan ke prihatinan pihak Kelab E1, mereka menganjurkan program Pemeriksaan Mata Percuma kepada semua warga E1 di Wisma Widuri.  

Pemeriksaan mata ini adalah percuma bagi warga kerja di E1. Antara faktor rabun dalam kalangan warga kerja  adalah penggunaan mata dengan kerap bagi urusan harian termasuk gajet terlalu lama, membaca atau melakukan kerja dalam keadaan tidak cukup cahaya. Bukan sahaja warga polis , tetapi kakitangan awam juga diberikan peluang untuk membuat pemeriksaan mata percuma ini.

Pihak pengurusan E1 amat prihatin bagi memastikan warganya mempunyai keupayaan penglihatan yang baik bagi memastikan hasil tugas mereka adalah sempurna.  Tugas di bahagian Special Branch juga memerlukan warga kerja yang sangat teliti. Oleh yang demikian, inisiatif dan kerjasama SB, PDRM dengan Eye Pro Vision untuk memberikan pemeriksaan mata ini secara percuma telah banyak membantu mereka.

Inisiatif ini secara tidak langsung :

Pemeriksaan Mata Percuma 2019 EYE PRO VISION
Ceriakan staff kita dengan memberikan perkhidmatan percuma dan memudahkan mereka. Staff bahagia, organisasi ceria, mutu kerja meningkat.
  • Menjimatkan masa
  • Menjimatkan kos untuk pergi ke kedai mata
  • Boleh dijadikan pemeriksaan berkala bagi menjaga kesihatan mata
  • Boleh kenal pasti isu rabun yang mungkin menghantui warga kerja
  • Mudah dan selesa untuk warga kerja SB

Hari bertemu pelanggan ditukar kepada memberikan khidmat kepada warga kerja. Inisiatif yang diambil harus dipuji. Jika kebiasaannya sekolah sahaja yang memanggil pihak berkenaan untuk melakukan pemeriksaan gigi dan mata. Kini kita semua boleh menggorak langkah, membawa insiatif dan kerjasama antara jabatan dan badan swasta untuk membawakan perkhidmatan seperti ini kepada staff. Mudahkan, malah ini adalah langkah terbaik yang harus menjadi salah satu program tahunan di jabatan kita. J

Walaupun dengan pandangan mata kasar, kita rasakan mata kita okay. Namun, bila kita melangkah untuk membuat pemeriksaan, kita boleh bantu selesaikan apa sahaja yang tersurat. Mungkin sebelum ini ada antara kita yang mengalami mata kering dan silau, tetapi kerana kekangan masa tak sempat untuk buat pemeriksaan. Akibat daripada terbantut untuk pergi membuat pemeriksaan. Lebih menyedihkan jika lambat ,mengambil tindakan dan ianya menyebabkan mungkin ada kenalan sepejabat yang alami kemalangan dan trauma akibat mata. Sedihkan.

Tips & Amalan Senaman Untuk Mata

  1. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur melihat pula objek yang lebih jauh, sejauh yang mungkin. Selepas itu lihat semula objek yang berdekatan anda. Ulangi proses ini beberapa kali.
  2. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin, berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah. Ulangi proses ini beberapa kali.
  3. Setelah 1 hingga 2 jam berada di hadapan komputer, berhenti sekejap, lihat objek berwarna hijau di luar rumah atau pejabat anda, seperti pokok dan sebagainya. Warna hijau akan dapat menenangkan dan merehatkan mata anda.

Jangan tunggu lagi, plan daripada sekarang cuba bawakan program seperti yang dilakukan oleh SB ini ke tempat anda. Ya PERCUMA dan dapat buat pek baru dengan harga diskaun dengan kerjasama daripada pihak kedai Spek Viral ;  Eye Pro Vision.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *