PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur menampilkan kelainan untuk berbuka puasa pada tahun ini dengan membawa suasana meriah bazar Ramadan. Memperkenalkan tema Bazar Perdana, Restoran 10 Binjai yang berkonsepkan suasana santai telah diubah menjadi bazar. Buffet Ramadhan di PNB Perdana Hotel Kuala Lumpur RM98.00
Buffet Ramadhan di PNB Perdana Hotel Kuala Lumpur
Restoran 10 Binjai menampilkan gerai-gerai bazar Ramadan yang unik buat para pengunjung bagi merasai suasana seperti berada di bazar Ramadan yang sebenar. Menurut Pengurus Besar PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur, Encik Taha Zainal, tema Bazar Perdana dipilih untuk tahun ini kerana ia merupakan salah satu simbolik perpaduan masyarakat Malaysia.
Seperti yang sedia maklum, bazar Ramadan menjadi medan tarikan pengunjung untuk membeli juadah berbuka puasa tanpa mengira kaum. Sehubungan itu, kami di hotel ini menjanjikan satu pengalaman bazar Ramadan yang menarik dengan tawaran pelbagai menu istimewa.
Sebagai menyambut kedatangan bulan suci Ramadan untuk tahun ini, Eksekutif Chef PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur, Chef Amran Adnan telah menyediakan sajian bufet beraneka citarasa dengan variasi sebanyak 188 hidangan masakan tempatan yang menjanjikan pengalaman berbeza untuk semua tetamu istimewa di hotel kami.
Restoran 10 Binjai turut menampilkan beberapa jenis signature dish
Selain dari suasana bazar yang meriah dan menarik, Restoran 10 Binjai turut menampilkan beberapa jenis signature dish sempena Bazar Perdana ini terdiri daripada Sup Berempah Binjai, Kambing Golek, Apam Balik, Satay, Aiskrim Goyang, Ais Batu Campur (ABC) dan juga Murtabak Cheese yang merupakan salah satu menu istimewa semasa berbuka di Restoran 10 Binjai.
Menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur di Restoran 39
Selain mempunyai bufet Ramadan yang lazat di Restoran 10 Binjai, para pengunjung juga dapat merasai signature dish yang mewah sambil menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur di Restoran 39.
Dengan dihiburkan dengan bunyi muzik menenangkan, pengunjung dijemput untuk menerokai pengalaman berbeza dengan merasai hidangan yang ditampilkan di Restoran 39 sempena bulan Ramadan ini iaitu Kari Kepala Ikan yang menyelerakan dan Sup Gear Box yang pasti menggamit selera.
Buffet Ramadhan di PNB Perdana Hotel Kuala Lumpur berkonsepkan syariah islam
PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur yang berkonsepkan syariah islam sememangnya telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007 lagi. Jadi sudah pastinya status halal itu merupakan satu perkara yang tidak perlu dicurigai kerana kami merupakan salah satu Hotel yang menerima pensijilan syariah sepenuhnya daripada JAKIM. Disamping itu, kemudahan untuk solat maghrib dan tarawih juga disediakan di tingkat 5.
Dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) sejak dibuka pada Jun 2000, PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur yang menempatkan 338 bilik ini merupakan lokasi strategik dan ideal kerana berhampiran dengan pusat membeli-belah Suria KLCC, Pavillion, Lot 10, Bukit Bintang dan Plaza Sungei Wang.
Syukur kami dapat berbuka di PNB Hotel KL ini. Dan jika masih mencari lokasi menarik, disini boleh dijadikan salah satu pilihan untk berbuka.
Harga promosi :RM80.00, Harga Asal RM98.00. Jom tempah sekarang .
Cantiknya pemandangan Kuala Lumpur yang boleh dilihat dari Restoran 39 tu. Nampaknya dah tau dah dekat mana nak berbuka puasa hujung minggu ini. Suka sangan konsep bazar yang diketengahkan. Nampak lebih santai.