Saya dan keluarga

Salam Ramadhan 2019 – Semoga mendapat barakah

Niat puasa Ramadan : Jom kita ulangkaji

Salam Ramadan 2019 daripada UN dan keluarga. Semoga kita semua mendapat berkah dan rahmat daripada ALLAH swt. Dan pada bulan mulia ini juga harapnya kita semua bersedia untuk menghadapi hari-hari sepanjang ramadhan ini dengan sebaiknya.

Bulan puasa bulan untuk kembali perbetulkan fitrah diri

Bagi UN, bulan ramadhan adalah madrasah yang mana UN terpaksa kembali kepada fitrah. Ya, tak dapat dinafikan pada bulan sebelumnya, memang ada tertangguh juga nak bangun tahajjud. Jadi waktu sahur yang di wajibkan bagi bulan ramadhan adalah madrasah untuk UN dan kepada kita semua untuk kembali kepada fitrah.

Puasa mengajar untuk kita istiqamah dalam menunaikan ibadah.

Bulan ramadhan bukan sekadar berpuasa dan menahan lapar serta dahaga. Tetapi ianya mengajar untuk kita istiqamah dalam menunaikan ibadah. Harapnya ramadhan tahun ini akan menjadi permulaan untuk istiqamah dalam menunaikan witir dan juga tahajjud seperti tahun sebelumhya. Jika mungkin beberapa bulan lepas, ada khilaf dan kekurangan diri dalam mencapai target menjadi muslim sejati, harapnya tahun ini dengan niat menjadi muslim sejati, Allah swt akan permudahkan segala urusan.

Perkara-perkara yang membatalkan Puasa

Terawikh dan hukum solat sendirian

Kat bawah Un share Hukum solat terawikh secara sendirian. Kadang sebagai ibu kita ada tanggungjawab lain yang haris dipikul. Jadi, tiada isu jika tak berpeluang ke masjid, kita masih ada ruang mendapat pahala dengan solat sendirian di rumah.

Akhirnya, selamat berpuasa daripada kami sekeluarga. Jaga niat dan ibadah kita semoga ALLAH swt sentiasa memberikan rahmat kepada kita dan seluruh muslimin dan muslimat. Selamat perpuasa dan menunaikan ibadah sepanjang bulan penuh barakah ini.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *