Umminani

Impian mengerjakan UMRAH bersama keluarga tercinta.

Salam hujung minggu. Apa khabar? UN baik-baik sahaja cuma ini ha baru balik dari tugas di Ecoventure di Semenyih. IPD ada program. UN tengok kawalan lalulintas sahaja. Dan apa yang UN nak share adalah perasaan terharu apabila menerima kiriman gambar UN daripada seorang sahabat. Ya, inilah salah satu impian UN iaitu Impian mengerjakan UMRAH bersama keluarga tercinta.

Beberapa bulan lepas, lebih mudah tahun lepas, ikutkan memang ada ura-ura yang Juara Travel nak bawa blogger ke sana. Namun, mungkin ada beberapa isu, ditangguhkan. Pada masa itu, memang UN pun belum 100% bersedia. Cuma masa Ben Ashaari call tu, terkejut sebab itu antara hajat dan niat utama UN nak capai.

Minggu lepas UN pergi kenduri kesyukuran sahabat UN akan berangkat ke Umrah bersama Juara Travel. Dan dia dah pun kesana pada 20/4/2019. Yang terharunya pagi ini UN buka wassap terima image kiriman daripada beliau yang membuatkan hati UN tersentuh. Ianya seakan panggilan daripada Allah swt untuk membawa UN dan suami serta mungkin keluarga UN kesana.

Dalam dreamboard UN memang ada senarai untuk kesana. Kalau dulu susah nak pikir siapa mahu jaga anak dsbnya. Tapi sekarang UN lebih lapang dada, dan meletakkan keyakinan serta urusan kepada Allah swt. Harapnya, tahun 2019 atau 2020 ini ianya akan dipermudahkan segala urusan UN. Doakan ye, walaupun UN tahu dalam tahun ini UN mungkin akan terikat dengan “belajar” tapi jika Allah swt dah aturkan harapnya impian UN untuk menunaikan UMRAH akan tercapai jua.

Syarikat Umrah Travel apakah pilihan UN?

UN fikir macam ni, masa mula-mula kami dapat offer adalah dengan Juara Travel. Namun atas sebab tertentu, kami tak dapat pergi dengan mereka. Tapi sahabat UN terus daftar dan pergi dengan syarkat ini. Tambahan lagi daripada pengalaman rakan-rakan UN yang menulis dan pergi dengan mereka semuanya positif review. So, insyaAllah ada rezeki UN kan daftar dan pergi. Kawan-kawan UN yang baca pos ini, doakan UN ya. Cepat atau lambat semuanya dengan ketentuan Allah swt. DIA maha ketahui, Cuma kita ini berusaha sahaja. Doakan masa tu sampai dan hajat terbesar UN dapat bawa mak un kesana juga. Amin

https://www.instagram.com/p/BwjnJDMFpE1h8cgo2oDM5wRCmkENuVH_lY6F9Y0/

Terima kasih Mummy Ju, kiriman ini amatlah bermakna. Bukan ku pinta, tetapi Allah swt yang gerakkan hati Mummy untuk bertindak demikian untuk kami. Allah terharu sangat. Thank mummy dan Tuan. Love You!

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *