Hi semua, semalam adalah kali pertama bagi UN dan keluarga menyambut dan memberikan sokongan kepada Earth Hour 2019 Hotel Royal Kuala Lumpur. Kami dan bersiap awal dan bergerak ke Hotel Royal Kuala Lumpur dalam jam 6.00 pm. Kami sampai pun dalam jam 645pm, jadi masih sempat jalan-jalan ke LOT 10.
Earth Hour 2019 Hotel Royal Kuala Lumpur, Malaysia
Hotel Royal Kuala Lumpur dengan inisiatif mereka sendiri telah menganjurkan sessi makan malam dengan pengunjung hotel pada masa Earth Hour 2019. Kami semua di berikan gelang “Glow in the dark”, bagi menampakkan kemeriahan sambutan. Pada masa yang sama, pada majlis ini kami semua di hiburkan dengan nyanyian oleh staff Hotel Royal Kuala Lumpur.
UN dapat lihat sendiri keakraban serta kerjasama antara staff disini dalam memastikan hotel mereka berada pada tahap yang memberansangkan serta menjadi hotel pilihan pengunjung ke KL.
Menu yang disajikan adalah nasi goreng, spaghetti cobonara serta pelbagai jenis roti, kuih dan juga kek sebagai manisan. Syukur kami dapat sama-sama memberikan sokongan kepada program ini. Malahan daripada pandangan UN, pengunjung yang hadir juga turut sama memberikan sokongan kepada hotel Royal atas inisiatif ini .
Support kempen sebegini demi bumi kita di Hotel Royal Kuala Lumpur . Sayangi bumi kita. 😍😍.
*Nikmat Masa, Allah beri untuk bersama keluarga. 😃 Alangkah bahagianya dapat bersama anak-anak tanpa ada tanggungan lain yang harus dipikul, kerana mereka adalah saham yang pasti memberikan pulangan terbaik.
Tujuan kempen :
Earth Hour 2019- merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim.
Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007,[1] dan mendapat sokongan dunia pada 2008. Earth Hour 2019 – telah diadakan malam tadi ; hari Sabtu, 27 Mac 2010 jam 8:30 malam, waktu tempatan.
Inisiatif yg bagus. Tu mesti bdk bdk suka dpt pakai gelang glow in the dark tu kan
aah kak memang teruja depa