Allah memberi kepada setiap umat dan juga ciptaannya tanpa mengira apa juga darjat. Tapi DIA beri lebih kepada ummatnya yang meletakkan keyakinan kepada Allah swt dan doa yang ikhlas untuk setiap pekerjaan yang dilakukan. Allah ini maha adil. Waima cacing dalam tanah dia dah bagi rezeki, uols setuju?
Persepsi yang salah dan membelakangkan Allah swt
Pernah dulu, Ummi juga salah persepsi dan tidak meletakkan Allah swt di tempat pertama dalam pekerjaan. Contohnya, masa dulu Ummi tak belajar dan tidak mencari ilmu. Apa yang Ummi tanamkan dalam minda adalah ” Aku nak berjaya mesti jadi macam orang lain. Mesti tinggal di bandar besar, mesti pandai bodek boss dan mesrti bijak ambil hati boss dan leader!” Uols pernah ada perasaan macam ini ke?
Keyakinan kepada Allah swt yang harus aku pegang
Tapi bila mula belajar dan mencari ilmu. Ya Allah, berdosanya aku. Aku meletakkan Engkau Ya Allah di tempat yang tidak sepatutnya. Aku berdosa Ya Allah, aku berdosa. Kenapa aku letakkan keyakinan aku pada manusia ya Allah. Bukankah engkau yang ciptakan manusia dan dia juga mengharapkan mu!” Ampuni aku Ya Allah..ampuni aku! Aku nak keyakinan kepada ALLAH adalah yang utama dalam hidup aku , kini dan selamanya.
Doa Yang Ikhlas
Mula-mula cari ilmu adalah untuk senang dan kaya. Nampak tak silap tu! Betul nak kaya, tapi niat kerana Allah swt tu tak ada! Mana Allah swt nak bagi rezeki. Sehinggalah kesedaran timbul dalam satu kelas yang dihadiri , aku sedar aku mesti ubah niat dari semasa ke semasa. Niat aku mestilah kerana Allah swt~Setiap hari aku berdoa. Sehingga ikhlas itu datang sendiri. Begitu juga dengan dhuha dan sedekah. Buat dulu, lama-lama ikhlas akan datang sendiri.
Kisah Allah nak tarik bila DIA dah beri jika kita…..
Dulu masa “Business meletop, best sangat. Dhuha dan doa tak tinggal, tapi sebab ada hukum hakam Allah yang Allah suruh ikut kami tak iku. Makanya, ada sahaja masalah. Keluarga kucar kacir, ada hal kecil pun nak gaduh. Dan masa tu pakai toyota wish. Best sangat sebulan bayar RM1300.00, Insurans dan roadtax cecah RM2000.00 setahun. Tapi, apa yang jadi ceritanya bila ALLAH nak tarik balik mudah je. Kereta wish tu yang tak ada masalah , tiba-tiba break down. Check dekat workshop, kondisi okay. Bila mulakan perjalanan semula, terus jadi lagi. Ada satu masa , atas jalan raya tiba-tiba kereta berhenti. Tak ke masalah tu? Last workshop nasihat tukar enjin yang cecah RM10,000.00. Terkejut mak!”
Apa kami lakukan lepas satu-satu Allah tunjuk? Teruskan istikarah dan doa. Ya ALLAH itu maha penyayang. Allah tempat meminta segala sesuatu. Kami suami isteri di bukakan jalan untuk let go kereta toyota Wish tu.
Sedih yang amat. Tapi, kami pikir ALLAH sayangkan kami, sebab itu ALLAH nak bagi jalan. Lepas proses jual beli, wish itu tak ada sebarang masalah dengan owner baru. MasyaAllah, besar kuasa ALLAH. Dia yang menghidupkan dan mematikan sesuatu” Kami pula, lepas dah kembali mencari jalan yang benar dan niat betul-betul jaga, alhamdulillah dapat kumpul rezeki lebih dan rezeki makin bertambah. Rezeki kami, walaupun sikt tapi bila berkat semuanya jadi cukup dan berlebihan.
Puncanya adalah sumber dan juga keyakinan kepada Allah swt. Allah bagi apa kita nak, nak jualan maju, jualan meletops..semua ALLAH bagi. Tapi jika kita ingkar suruhannya, tunggu pasti DIA akan tarik balik. Semoga apa jadi pada kami jadi iktibar pada kawan-kawan yang kami sayang.
Doakan tahun ini rezeki kita semua lebih murah dan Allah bagi kerana sayang,bukan nak uji kita lagi dengan masalah. amin. Berkaitan : CARA RAWAT RAMBUT GUGUR .
Allah uji kita disrbabkan Allah sayang pada kita..
Kita dapat sesyatu ujian daripada Allah S.W.T disebabkan Allah tahu, kita mampu menghadapinya..