My Story Cafe Kota Kemuning Shah Alam Saji Ketam Nipah Terbaik
Melangkah masuk ke cafe ini nampak suasana yang amat tenang. Permandangan sekitar amat membuatkan Ummi rasa selesa sekali. Mengetengahkan konsep santai di dalam restoran amat memberikan keselesaan. Susun atur hiasan dalaman restoran My Story Cafe di Kota Kemuning Shah Alam ini amat menarik perhatian Ummi.
Malah disediakan juga ruang untuk kanak-kanak bermain dalam cafe ini. Tapi bukan itu tujuan Utama. Kali ini Ummi ingin berkongsi keenakkan rasa makanan yang disediakan di My Story Cafe ini. Sebelum itu nak tanya, siapa penggemar udang, ketam dan kerang? Yer anda penggemar semua ini, samalah kita. Ummi memang suka sangat dengan seafood.
Tu yang bila nak datang ke sini , Ummi kosongkan perut! Opsss, alamak pecah rahsia. Mestilah, kan nak rasa shell out kat sini, jadi kena la makan dalam keadaan perut kosong dan dalam keadaan yang sikit lapar.
Teruja ke nak tahu apa rahsia keenakkan makanan di cafe ini ? Lagi satu yang paling menarik, adalah My Story Cafe Kota Kemuning Shah Alam Saji Ketam Nipah Terbaik.




Selain menyediakan makanan berkonsepkan shell out, ada dessert disediakan bagi pembuka selera. Ummi paling terkesan dengan durian Crepe yang sedap. Rasa durian crepe ini memang buatkan Ummi tak dapat tidur semalaman. Rasa durian didalam amat menyentuh kalbu peminat durian. Wajib untuk dirasa jika masuk ke My Story Cafe ini.
Bagi penggemar seafood disini adalah syurga makanan. Pelbagai masakan di sediakan bagi memenuhi citarasa penggemar seafood. Ada lala dan juga ketam serta udang .
Ayam yang di masak dengan di salut tepung dengan sedikit rasa pedas menarik perhatian. Ianya adalah satu makanan pengganti bagi mereka yang tidak sukakan seafood. Mr Suami amat suka dengan hidangan yang disediakan. Sehingga ajak Ummi datang lagi pada masa akan datang.
Katanya ” Apabila kita makan disini, kita tak perlu risau dengan kualiti rasa. Chef disini masak dengan baik dan pasti kenangan kita makan di gerai tepi jalan yang mana ketam dan udang berbau tidak berulang di sini”.
KOMEN UMMI
Oh ya, bukan sahaja pakej makanan seafood yang disediakan disini. Ada juga menu lain seperti nasi goreng, laksa Johor dan steak. Semua yang dalam gambar Ummi dah rasa. Semua masakan disini menambat hati. Ummi sendiri rasa nak ulang lagi kesini. Tak pernah Ummi makan makanan seafood yang sedap di mana-mana cafe di Selangor selain disini. Nampak gayanya My Story Cafe dah berjaya pikat hati Ummi. Kalau ada yang berminat nak tahu lebih lanjut boleh tengok kat facebook My Story Cafe.
Ummi doakan business ini lebih maju di masa depan.InsyaAllah dengan berkat doa dan sokongan kita semua cafe seumpama ini pasti dapat bertahan lebih lama. Malah, konsep cafe seperti ini mampu pergi lebih jauh. Doakan My Story Cafe (disini banyak gambar berkenaan cafe) berjaya mengorak langkah dengan pembukaan branch di area Bangi dan Kajang. Mudah untuk Ummi dapatkan service masakan dan hidangan konsep Shell Out ini pada masa akan datang.
Nota : Jika suka share entry ini ke facebook anda . Alhamdulillah.

Nampak menarik makanan dia nie…kena pergi nie nanti
Sure kena pergi..dekat jer kan, semoga selamat sampai dan menikmati makanan disana.
Yup SS pun pasti akan berkunjung semula ke sini..
Aduhh… Sedapnya menu tu semua… Boleh masukkan dlm list ni…
Abg lan. mesti masuk list lah! Terbaik ini.
Wah syoknye seafood.. Br je kwn pi mkn sini celebrates husband die punya birthday.. Skarang dh byk juga restaurant yg wat style shell out gni
Yer ke, memang best la… ketam dengan udang rasa nya woouww.. mama nak belanja i ? my pleasure : ) heheh ayat manis ni
Dah lama tak makan ketam nipah.. biasa makan ketam nipah ni dkt Kuala Gula.. sekali dengan ketam lembut.. sekali tengok gambar ketam-ketam nipah ni nampak sedap sangat lah pulak.. tiba2 perut rasa lapar..
haahhaa, dah lapar nnt kena p cuba yer
Bab makan ni saya tak boleh ketinggalan…memang nk kena cuba ni…jom…
Jom..saya kena ulang lagi lah.
Masa saya tengok video ummi haritu, wah, sodap baituh, hahhaha,