SYARAT-SYARAT DAN TERMA BAGI PENGAMBILAN PEMBANTU RUMAH INDONESIA     15 Ogos 2012

Bayaran -bayaran:
1.     Gaji bulanan  minima RM600 sebulan.
2.   Deposit tidak dikembalikan. Pengembalian wang maksima adalah separuh daripada kos yang diterima agen, ditolak kos hangus dan gaji pembantu (pada kadar pembantu sementara).
3.     Majikan digalakkan membuka akaun  bank untuk memasukkan gaji pembantu setelah tamat potongan gaji.
  1. Pemeriksaan kesihatan FOMEMA hendaklah dibuat selewat-lewatnya sebulan selepas pembantu tiba. Bayaran FOMEMA sebanyak RM190 adalah ditanggung oleh majikan.
  2. Bayaran-bayaran yang dibuat adalah bayaran konsultansi dan bayaran untuk urusan-urusan yang diperlukan bagi menguruskan pembantu rumah yang melibatkan kos hangus, bukan bayaran jual beli. Pembayaran kepada agen adalah untuk menguruskan proses dan tidak sama sekali untuk menanggung risiko dan liabiliti.
Jaminan Terhad :
1.     Tiada jaminan mutlak dalam urusan pembantu rumah kerana ia melibatkan kos hangus. Jaminan jika ada adalah terus daripada agen Indonesia(back to back). Jaminan biasanya selama 1 bulan daripada tarikh pembantu diambil bekerja. Pembantu mesti diserahkan balik dalam tempoh tersebut. Visa berkaitan hendaklah masih hidup.
2.     Jaminan untuk kes sakit atau tidak boleh melakukan kerja yang patut; berkaitan dengan pembantu rumah sahaja. TIADA GANTIAN untuk kes-kes dera, cabul, aniaya (fizikal, mental, diskriminasi atau layanan buruk), cerewet yang keterlaluan, dan melanggar kontrak.
3.     Majikan perlu menanggung bayaran submission imigresen, bayaran permit dan stem FOMEMA dan tambang feri atau pesawat, pemprosesan gantian dan lain-lain caj berkaitan urusan permit.
4.     Majikan perlu menjelaskan kesemua gaji pembantu pertama sepanjang berada di rumah majikan. Pembantu pertama dikira sebagai pembantu sementara kerana kontrak baru akan bermula pada tarikh kemasukan pembantu baru dan gaji pembantu gantian akan dipotong lagi 3 atau 4 bulan.
5.     Gaji untuk pembantu sementara dikira mengikut kadar harian ditambah caj urusan atau susut nilai kontrak (RM35 sehari – RM20 gaji dan RM15 caj perkhidmatan/susut nilai kontrak)
6.     Jaminan sah hanya jika semua pembayaran dibuat mengikut yang ditetapkan. Jaminan tidak sah jika majikan gagal membuat apa-apa pembayaran yang diperlukan dalam masa yang ditetapkan..
7.     Jaminan tidak sah jika terdapat cubaan menipu contohnya mengusir pembantu lari, berpakat untuk menggagalkan FOMEMA atau memfitnah.
8.     Jaminan terbatal sekiranya majikan tidak memberikan kerjasama dalam urusan imigresen dan tukar majikan atau membatalkan permit pembantu tanpa kebenaran agen.
9.     Majikan tidak dibenarkan menugaskan pembantu untuk kerja-kerja bukan pembantu seperti berladang, berkebun, kerja pembinaan dan lain-lain kerja berat tanpa kerelaan pembantu dan ganjaran sewajarnya.
10.  Sekali gantian sahaja kecuali kes-kes yang dipertimbangkan. Gantian tertakluk kepada biodata tersedia dan sesuai.
11.  Majikan berhak berurusan terus dengan agen Indonesia sekiranya gantian adalah lambat.
12.  Jika pembantu rumah melarikan diri, laporan perlu dibuat kepada imigresen dan majikan dikenakan denda oleh Imigresen sebanyak RM250 atas apa sebab sekalipun (Peraturan Imigresen).
13.  Majikan perlu menandatangani borang perlepasan majikan, menyediakan salinan kad pengenalan suami isteri dan mengembalikan passport pembantu sebelumnya untuk mendapatkan gantian. Permit lama dan bayaran FOMEMA tidak boleh dituntut balik.
14.  Syarat-syarat gantian tertakluk kepada syarat-syarat, peraturan dan bayaran terkini di Indonesia dan di Malaysia. Majikan hendaklah membayar perbezaan bayaran semasa dan dahulu jika ada.
15.  Majikan hendaklah cubamelatih pembantu dalam masa percubaan 3 bulan sekiranya pambantu mengalami kejutan budaya dan kesukaran penyesuaian dengan majikan.
16.  Majikan hendaklah bersedia untuk menerima alternatif gantian wang separuh kos selepas ditolak kos hangus sekiranya agen merasakan kerumitan dalam gantian pembantu.
17.  Jangkamasa gantian adalah bergantung kepada penghantaran daripada agen Indonesia, atau kebolehan agen mengaturkannya secara dalaman di Malaysia. Gantian atau pulangan wang segera tidak dijamin.
18.  Penyelesaian permasalahan majikan yang dihadapai akibat ketiadaan pembantu hendaklah diselesaikan oleh majikan dan bukan sama sekali tanggungjawab agen.
19.  Agen tidak bertanggungjawab di atas kecurian barangan, penggunaan telefon yang berlebihan, kecederaan anak-anak, kerosakan barangan dan lain-lain hal berkaitan rumah tangga majikan.
20.  Tanggungjawab mengganti adalah daripada agen Indonesiamanakala agen Malaysiahanya bertindak menguruskan penggantian. Agen di Malaysia tidak bertanggungjawab untuk apa-apa penggantian wang kecuali menyalurkan wang yang telah dibayar ganti oleh agen Indonesiaatau sesiapa berkaitan. 
21.  Elakkan kes-kes gantian dan tukar majikan kerana urusannya boleh menjadi sangat rumit dan akan menyusahkan banyak pihak. Terdapat risiko gantian yang lambat dan tiada gantian daripada agen Indonesia.
22.  Selepas tamat tempoh jaminan, pembantu adalah dibawah milik penuh majikan dan majikan harus bertanggung jawab ke atas semua urusan, tanggungjawab dan kos-kos urusan pembantu jika ada.
23.  Majikan bertanggungjawab di atas segala urusan permit, kompaun dan denda daripada jabatan imigresen dan kerajaan.
Tukar Majikan
  1. Tukar majikan boleh dilakukan jika tempoh berkhidmat pembantu masih kurang setahun. Peruntukan 2 bulan untuk urusan tukar majikan. Pembantu bekerja kurang dari 6 bulan dengan majikan lama.
  2. Hendaklah disediakan salinan kad pengenalan majikan lama dan menandatangani borang perlepasan majikan.
  3. Bayaran levi dan FOMEMA tidak boleh dituntut balik.
  4. Pampasan yang diperolehi oleh majikan lama bergantung kepada budi bicara majikan asal, agen dan majikan baru.
  5. Secara kasar pampasan maksima adalah separuh daripada kos baki setelah ditolak kos hangus seperti levi, FOMEMA, submission, potongan gaji dan susut nilai kontrak. Susut nilai kontrak biasanya dikira pada kadar cas pekhidmatan pembantu sementara.
  6. Majikan lama hendaklah bersedia berkerjasama jika dikehendaki hadir ke pejabat imigresen untuk urusan tukar majikan.
                                                                                  
Syarat-syarat untuk majikan:
1.     Kos penghantaran balik selepas kontrak tamat atau ditamatkan ditanggung oleh majikan. Jika pembantu rumah ingin pulang sebelum tamat kontrak, kebenaran adalah atas budi bicara majikan. Agen tidak bertanggungjawab jika pembantu tidak kembali bekerja.
2.     PASSPORT HENDAKLAH DIENDOS(TAMPAL STICKER PERMIT) di Pejabat imigresen selepas lulus FOMEMA dalam tempoh SEBULAN daripada tarikh pembantu tiba. KEGAGALAN BOLEH MENYEBABKAN MAJIKAN DIDENDA dengan kadar harian.
3.     Majikan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap permit pembantu. Sekiranya majikan gagal membuat permit dalam masa yang diperlukan, bayaran minima RM1300 hendaklah dibayar oleh majikan samada untuk tujuan pemutihan, pengurusan visa atau denda.
4.     Sekiranya ingin menghantar balik pembantu ke Indonesia atau selepas tamat kontrak dan pembantu tidak akan kembali, ‘check out memo’ hendaklah dipohon di imigresen. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pembantu masih aktif dengan majikan dan untuk permohonan baru, pembantu dikira lari dan denda sebanyak RM250 perlu dibayar kepada imigresen.
5.     Bukti bank in atau salary voucher adalah bukti pembayaran gaji sekiranya berlaku apa-apa perselisihan berkenaan gaji di antara majikan dan pembantu.
6.     Majikan hendaklah melayan pambantu dengan sewajarnya dan mempastikan makanan dan rehat yang cukup untuk pembantu. Keperluan asas seperti ubat gigi, sabun, tuala wanita dan kos perubatan yang biasa hendaklah disediakan oleh majikan tanpa menolak gaji. Ikuti tips-tips yang dianjurkan.
7.     Pembantu tidak seharusnya bekerja melebihi pukul 10 malam.
8.     Makanan ruji berupa hendaklah disediakan sekurangnya 3 kali sehari iaitu pagi, tengahari dan malam. Majikan hendaklah menyuruh pembantu makan dahulu sekiranya majikan makan pada waktu yang lewat contohnya bersarapan melebihi pukul 10 pagi atau makan tengahari melebihi 3 petang.
9.     Majikan tidak dibenarkan menugaskan pembantu di lebih dari sebuah rumah walaupun secara bergilir, kecuali dengan kesanggupan pembantu dan ganjaran yang sewajarnya.
10.  Majikan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya di atas keselamatan, makan minum, kebajikan dan tingkahlaku pembantu sepanjang dalam pengawasan majikan. Majikan juga bertanggungjawab mendidik dan mengasuh budaya dan perilaku yang baik; juga bertanggungjawab penuh memberikan motivasi kerja.
11.  Setiap pembantu mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Majikan hendaklah bersedia menerima hakikat tersebut, menghadapi kelemahan dan memperbetulkan kelemahan pembantu.
12.  Majikan tidak dibenarkan membuat sebarang tuntutan gantirugi di atas kesusahan dan kerugian dalam proses urusan pembantu rumah kecuali untuk kes-kes yang wajar dan dipersetujui oleh semua pihak.
13.  Majikan tidak dibenarkan memotong gaji pembantu jika terdapat kerugian akibat kesalahan pembantu yang tidak disengajakan, contohnya baju rosak akibat seterika dan sebagainya.
14.  Tanggungjawab majikan diibarat seperti pengetua sekolah. Apapun alasan tentang nakalnya dan malasnya pelajar, perbuatan melanggar peraturan, yang bertanggungjawab masih pengetua.
15.  Kesalahan yang dibuat oleh pembantu tidak boleh dikaitkan sama sekali dengan agen yang menguruskan. Tanggungjawab untuk penyesuaian dan keselesaan dengan majikan adalah tanggungjawab penuh majikan. Agen tidak boleh dipersalahkan sekiranya majikan gagal membuat penyesuaian dengan pembantu atau gagal memberikan motivasi kerja sehingga pembantu enggan meneruskan kerja. Urusan agen terhad kepada urusan logistik.
16.  Majikan dinasihatkan mengambil insuran untuk pembantu rumah bagi meringankan beban sekiranya berlaku kes-kes kemalangan dan kematian. Urusan kematian dan rawatan hospital serta semua  kos berkaitan adalah tanggungjawab penuh majikan.
Syarat-syarat untuk pembantu:
  1. Terdapat potongan gaji untuk kos pembiayaan datang ke Malaysia yang dikeluarkan oleh majikan.
  2. Pulang bercuti sebelum tamat kontrak hanya dengan kebenaran majikan. Jika ingin pulang sebelum tamat kontrak,  kos tambang adalah ditanggung sendiri oleh pembantu rumah. Wang cagaran mungkin diperlukan. Penebusan untuk pembatalan kontrak adalah RM100 sebulan bagi baki kontrak setelah ditolak cuti.
  3. Pembaharuan permit adalah setahun ke setahun.
  4. Tidak digalakkan majikan memegang gaji melebihi 3 bulan untuk mengelakkan kes gaji tertunggak.
Pembaharuan permit:
  1. Pembaharuan boleh dibuat 3 bulan sebelum tarikh tamat. Pemeriksaan FOMEMA diperlukan sebelum pembaharuan levi. Sticker baru akan ditampalkan di passport.
  2. Bayaran pas khas sebanyak RM100.00 akan dikenakan oleh imigresen ke atas kelewatan pembaharuan tidak melebihi 1 bulan. . Pembantu dikira sebagai pendatang haram jika permit gagal diperbaharui. Tindakan undang-undang yang tegas boleh dikenakan terhadap pembantu dan majikan.
  3. Majikan perlu bertanggungjawab memastikan pembantu berada dalam keadaan permit yang sah. Majikan perlu menanggung kos (jika ada) akibat kecuaian dan kesilapan dalam urusan permit.
  4. Pembaharuan permit selepas 1 tahun ialah RM445. Bayaran FOMEMA RM190, kedua-dua kos ditanggung majikan.
PENGURUSAN PEMBANTU RUMAH
No
Langkah-Langkah
Semak/ Tarikh
1
Pembantu masuk ke Malaysia
2
Pembantu melaporkan diri ke Majikan
3
Submit permohonan ke Imigresen
4
Bayar Levi  JP Visa
5
Pendaftaran FOMEMA
6
Hantar pembantu ke Klinik yang dipilih
7
Tunggu keputusan dengan pihak FOMEMA
8
Bayar Levi apabila FOMEMA lulus
9
Bawa passport ke Imigresen untuk ditampalkan permit.
Pembaharuan Permit RM445 Setiap Tahun
Pembaharuan boleh dibuat 3 bulan sebelum tarikh tamat permit
1
Pendaftaran FOMEMA
2
Pemeriksaan kesihatan di klinik yang dipilih
3
Periksa keputusan FOMEMA selepas 3-10 hari
4
Bawa passport ke Imigresen beserta bayaran RM445. Sticker permit akan ditampalkan oleh Imigresen di passport
No
Dokumen Yang Diperlukan (Permohonan Kali Pertama)
Semak
1
Gambar Suami dan Isteri
2
Salinan IC Suami dan Isteri
3
Salinan Sijil Nikah
4
Salinan Surat Beranak Anak (Bawah 15 thn)
5
Salinan Slip Gaji Terakhir 3 bulan Suami dan Isteri
6
Salinan EA Form / BE Form Suami dan Isteri
7
Surat Pengesahan Majikan
8
Surat Pengesahan Sakit Daripada Hospital atau Klinik Pakar. IC pesakit dan surat beranak majikan atau lain-lain bukti pertalian darah (menjaga orang tua/sakit)
Checklist
Semak
Jadual Bayaran
RM
Semak
1
Passport   
Submit Imigresen
2
Perjanjian
Permit + Stem
3
Tips
Urusan Indonesia
4
Borang FOMEMA
Gaji 3 bulan
5
Salinan Passport
Fomema / Sticker
6
Calling Visa
7
Insurance
Urusan Melancung / Fiskal
8
Resit Bayaran
Gaji Melancung
9
Kad Nama
 Pengambilan dari Erpot

Nama Pembantu / Pasport
Agen
Sumatra/Jawa
Potongan Gaji
Tarikh Ambil Pembantu / PP
Tarikh Pulangkan Pembantu / PP
Bilangan Hari Bekerja
Jumlah Refund RM
Kadar Bayaran
Jumlah Caj RM
RM  35  / hari
Caj Perkhidmatan RM100
Caj Lari RM300
Lebih tarikh RM1500
Jumlah Bayaran RM
Bayaran Deposit RM
Baki RM
Maklumat Majikan (Lampirkan salinan k/p suami dan isteri)
Nama Suami:                                                                   k/p:        
Pekerjaan Suami:                                                             Gaji suami:
 
HP:                                   e-mel:
Nama Isteri:                                                                     k/p:
Pekerjaan Isteri :                                                             Gaji Isteri:
HP:                                    e-mel:
Alamat tempat Kerja Suami:
Tel Pejabat:
Alamat Rumah:
Tel Rumah:
Tujuan : Menjaga anak / orang tua                  Bil Anak :            L:          P:                          

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *