Nak pilih spek memang agar sukar. Ni pun tak rancang nak beli pun, tapi masa nak ke Kedah 18/4/2021 untuk kerja luar, unplan lah tersinggah ke Berjaya Times Square dengan husband. Ikutkan nak gerak awal ke Kedah, memandangkan ada rakan-rakan sekerja lain ada kelewatan, kami tukar masa perjalanan ke 12tghari.
So sebelum kedai-kedai di Berjaya Times Square buka kami berdua dah sampai kesini.
Beli spek hitam – macamana nak pilih?
Banyak sungguh yang telah dicuba, pelbagai jenama. Ingat nak cari macam husband punya , spek hitam Oakley hadiah birthday dia masa 2020 tu, tapi dah try tak sama saiz muka kami. Jadi try la yang lain.
Reward jugalah diri setelah lama tak tukar spek hitam
Kegunaan spek ini penting, sebab nak pakai secara harian. Masa naik motor, nak drive kereta pun diperlukan. Mata jadi selesa dan sejuk je semasa memandu. Kita yang drive kereta pun tak cepat letih. Memang wajib pakai lah kalau memandu, tambahan lagi jika nak bercuti-cuti tepi pandai, memang kena ada.
Dalam pelbagai spek yang dicuba akhirnya ada jugalah yang berkenan di hati. UN pilih yang ini. Jenama HOGAN, tak kisahlah apapun jenama, asalkan ‘rasa’ sesuai untuk digunakan harian dan tak terlalu black / tak terlalu funky.
Untuk HOGAN ini UN dapat RM693.00. Kedai ini memang jadi pilihan UN, di ground floor – Bolton Optical Retail. Memang paling murah, sebab masa survey nak beli OAKLEY hari tu, compare dengan kedai di IOI City Mall, beza dekat RM150-200 juga untuk design yang suami suka. So, kalau nak repeat membeli in future kami akan beli di kedai yang sama.
Sekian, catatan untuk kenangan dan achievement 2021 untuk diri sendiri setelah penat bekerja. Sesekali apa salahnya reward dan manjakan diri sendiri kan… 🙂 Semoga korang pun dapat apa yang dihajati. InsyaAllah.
Sepadan tu kak. Cantik! Lama tak membeli spek hitam. Ada satu je. Plus, sekarang jarang keluar jadi memang lambat lagi nak membeli baru. hehehe