MAIS melalui agenda pemulihan dan bantuan asnaf melalui al riqab sedayanya cuba memberikan bantuan terbaik kepada mereka yang memerlukan., Ianya dilakukan melalui rumah dan peruntukka asnaf riqab. Sumbangan makanan kering juga diberikan kepada rumah-rumah pemulihan al Riqab dalam membantu meringankan beban di dalam bulan Ramadhan serta bulan Syawal.
Jumlah keseluruhan sumbangan yang telah diagihkan terdadulu adalah sebanyak 195 set iaitu RM11,700.00. Sumbangan juga menggunakan peruntukan asnaf riqab yang telah ditetapkan bersama Lembaga Zakat Selangor.
Kategori Masalah Sosial untuk permohonan bantuan MAIS.
Antara masalah sosial yang mana mereka terbelenggu antaranya ialah Hipetatis , kanser, barah, tibi dan tidak lain adalah penyakit HIV. Semua ini adalah kategori mereka yang dibantu oleh MAIS untuk diberikah nasihat dan bantuan bagi mereka mencari jalan kembali ke realiti dan juga ada yang berada dalam keadaan susah akan di bantu dari segi kewangan dan lain-lain bantuan yang diperlukan.
Jika ada rakan-rakan kita, terutama sekitar Selangor, jika ada yang berada dalam belenggu samada penyakit dll,sebenarnya ada bantuan di sediakan oleh MAIS untuk membantu mereka. Ada juga bantuan diberikan. Mungkin kita tak tahu ada pelindungan dan bantuan ini. Ada antara rakan-rakan sekeliling yang mungkin ‘Nyah’ , ada mengandungkan anak luar nikah, masalah dadah, nak keluar daripada agama Islam dll, mereka sebenarnya berada dalam belenggu.
Dalam keadaan yang mana mereka ‘confius’, kita lah yang boleh membantu mereka.Tetapi sebabkan kita bukan pakar, salurkan kepada MAIS, MAIS ada penyelesaiannya. Semoga sedikit perkongsian kita boleh menarik mereka kembali ke dunia sebenar dan juga membaiki ummah secara tidak langsung.
Proses penasihatan aqidah oleh MAIS
Seseorang Islam tidak boleh keluar daripada Agama Islam atau sama menghendaki pemohon untuk menjalani sesi runding cara sehinggalah diputuskan oleh pihak berkuasa dibenarkan meninggalkan Islam. Tidak mudah untuk membenarkan mereka yang ISLAM untuk keluar daripada agama ini. Maka, MAIS mengambil tanggungjawab ini sebagai satu tugas yang berat untuk membantu pembangunan ummah.
Bantuan kepada Mak Nyah untuk kembali ke dunia realiti.
ASNAF AL RIQAB dibantu oleh MAIS. Jika ada antara sahabat atau kenalan yang berada dalam keadaan belenggu / konfius identiti, mereka adalah antara insan yang boleh diperkenalkan dengan MAIS untuk diberikan bantuan. Ramai juga antara asnaf telah mendapat manfaat daripada usaha ini.Alhamdulillah.
Rumah-rumah pemulihan al Riqab adalah Baitul Islah Bukit Beruntung, Rumah Akhlak Insani, Rumah Teduhan Kasih, Rumah Sinar Kasih dan Rumah PROKIM.
Semoga usaha yang dilakukan oleh MAIS ini mendapat sokongan ramai pihak dan ramai lagi yang mendapat manfaat daripadanya.