Gini ceritanya, sehari sebelum dah bagitau… ada projek dengan geng nak pergi Sellection.Com. hehhe dah kipas habis dah dengan suami.
“B, i ada kerja hujung minggu..you tolong tengok anak tau.. i nak keluar dengan geng. Nak me time… dengan geng”.
“You tengok anak””You tolong tengokkan anak-anak tuisyen dengan Flyhigh Training Centre .. buka zoom.. pantau kelas…bla blaa blaaaa…. pssttt : perangai mem sangat kan…
Mujuq laki sejenis sporting. Mau dak …ehmm susah mak nak panjang kaki.
Hahhaaa, group wassap dah berderu message ni.. Dah set masa dengan Saidila Abdul Rahman , Nina Azerin Abd Mufti dengan wife Ben Ashaari juga. Baru best…ada geng nak pilih-pih .. nak chit chat kan…
Feeling tu best kot.
Rasanya 1 kedai kami tawaf. BANYAK beg dah try kot..rasanya kak Nina dengan kak Dila yang banyak tu.
Un jenis usha,terus grab.. Tapi dalam grab sendiri punya beg kat Branded Handbags by Rafidah ni.. i terus la grab 1 untuk cinta hati i.
Yer laa… dia tak izin tak boleh i panjang kaki.Dia tak izin, susah le i.. 🤣. So win win situation. Maka..i choose red for him..hehehe . Lawakan warna merah, menyerlah sangat. Benar sekali pilihan Ben Ashaari hahhaah tq yer Ben hari tu jadi model beg, i yang tergoda! Hishhh!
Sebab i pilih Sellection.com
Tahu kat luar sana ramai je ps kan. Tapi the most important things yang membuatkan i jatuh cinta dengan Sellection by Rafidah ni sebabnya:
🤍 I memang yakin dan percaya dengan Puan Rafidah sendiri. Beliau sendiri dah 8 tahun buat business ni. Sejenis OCD macam ni, review lat google pun i baca tau. Semua review baik-baik. So apa lagi alasan tak nak percayakan Puan Rafidah dan En Hadi. Since i dah lama follow Puan Rafidah, memang i akan pilih yang terbaik. Kalau you all lihat sendiri kesusahan beliau masa dulu, beli dan angkut beg dari satu tempat ke satu tempat semasa menetap di Montreal Kanada tu, itu dah cukup bukti beliau adalah trusted seller yang memang cuba yang terbaik membantu kita untuk dapatkan beg berkualiti dengan harga terbaik tanpa perlu travel jauh.
nor
Kat atas ni beg yang mula-mula suami dapat sempena kenaikkan pangkat yang lepas. Tahniah B.
Beli beg disini yang penting kita dapat beg tanpa perlu tunggu berbulan-bulan. Yeayy ni paling i suka. Sebab butik setiap minggu bawa masuk beg baru tau. Memang lives di Page Branded Handbags by Rafidah tu, sentiasa meracuni minda dan jiwa i tau.
🤍 Belian kat sini mudah, boleh guna debit card, atau credit atau cash. So beli je 1 terus jadi member vip, boleh dapat 2% cash back setiap pembelian barangan di butik Sellection. 2% tu dalam bentuk points yang boleh ditukar kepada cash yang dijadikan diskaun. Secara tak langsung dapat lagi extra diskaun..bestkan. Ini kali ke-3 beli dapat diskaun extra sebab redeem point. RM50.00 pun siapa nak kasikan?? Sambil tersengih syok membayangkan shopping kat sini.
Itu yang i tergila-gila tu,asyik memborong.hahahaPlus, team S memang peramah. Kami yang selalu layan lives fb ni dah rasa sayang dengan depa tau. Rasa dekatttt sangat. Maknanya masa depa lives tu, seolah-olah jiwa team dgn i terhubung gitu..wah wahh wahh..jiwa sampai dulu.
🤍 Akhirnya ini paling penting. Beg yang di bawakan oleh butik S ni memang original daripada USA. Bestnya beg ini memang team S disana belikan tau. Itu yang beg baru setiap minggu sampai dan beg dari S la paling latest sampai di Malaysia. Yeayy hip hip horay gitu.
Korang doa-doa lepas ni.. i boleh terlepas lagi okay..dah beli jiwa kan.. muah muah muahh. Over gitu🤣 Tq Sellection By Rafidah bawa beg lawa-lawa. Memang sini pilihan tepat nak shopping beg. 🤩🤩🤩
Butik buka hari-hari,p terjah lekaih.Butik kat Wangsamaju. Korang waze atau google / maps je. Sure tak sesat.
Kalau nak beli barang yang ready stok uols boleh beli secara online juga tau. Butik online 24jam sehari, lagi pantas,klik-klik siap. Owh nak beli secara online kat www.sellection.com.
Dan lagi satu, kalau korang minat tapi nak rancang kewangan, korang memang minat beg yang ready stok, mesti nak ada, nak juga lah. Tapi bajet bulan kurang, korang boleh beli secara ansuran. Nak pos boleh nak pick up boleh kat butik. Nah tengok kat https://ansuran.sellection.com/ Bayaran kali pertama dah boleh dapat beg. Boleh terus ootd gitu.
Done meracun. 🤣
cantik2 designnya,memang menggoda aihhhhh….Insya Allah ada rezki nak gak sambar satu….kot ada org nak surprisekan pun cun ni ahhahahahah
haish… hope one day ada rezeki lebih dapat gak beli beg branded kat sini. skrg guna beg beli kat mydin jer. huhu
Sakan betul kita hari tu yer….paling best lepas shopping gi minum2 kopi pulak kan. Tq tau UN sebab cadangkang tempat shopping handbag original yang best ni . Kalau tak sampai ke sudah tak merasa .
seronok cik abang dapat bag tu kan…. husband kak azni ada cuba juga clutch .. nnt lah tunggu besday dia baru beli