cara membersihkan kipas siling

Ya stress nak cuci kipas, sebab dia punya habuk yang tebal tu kalau masa nak cuci kita sapu dengan penyapu, habuk berterbangan hampir keseluruh kawasan yang ingin dicuci. Itu yang kalau boleh tangguh nak tangguh je cuci kipas, serabut dengan habuk dan air yang meleleh-leleh. Tetapi sejak viral Dusting Mitt Norwex ini terus tergerak hati nak cuba. Pada mulanya tengok rakan homeroom masa kat MRSM dulu, Syuhaini cuci kipas dan dia pun share juga di FB cara cuci kipas siling mudah yang mana suami dia buat. Terus sejak tu terpikat nak cuba yang mana pada mulanya ragu-ragu nak cuba kain Norwex ini.

Cara cuci kipas siling mudah, guna Dusting Mitt Norwex

Barang keperluan asas yang diperlukan:

  1. Tangga/ kerusi tinggi
  2. DUSTING MITT NORWEX

2 barang ni dah boleh bersihkan kipas siling dengan menjimatkan masa dan kawasan kerja pembersihan kekal kemas serta tidak becak.

Cara-caranya ;

Biar sahaja hitam pun, tidak ada masalah.
  1. Gunakan tangga untuk panjat bagai mencapai kelopak kipas siling.
  2. Step 1 ; lap sekali lalu semua kelopak kipas supaya habuk besar melekat pada Dusting Mitt Norwex. Ada juga habuk yang bergumpal jatuh ke lantai tapi jumlahnya amat kurang dibandingkan dengan kaedah biasa, dengan menggunakan penyapu.
  3. Selepas semua kelopak tersebut bersih iaitu tiada lagi habus besar, ketuk-ketuk Dusting Mitt tu dan basahkan dengan sedikit air.
  4. Step seterusnya ulang cuci kelopak kipas siling, kali ini bila ada air (kain lembab tapi air tidak menitis) gosok sehingga hilang kotoran pada kipas. Biasanya kotoran ini adalah yang degil dan susah tanggal.
  5. Hasilnya, bersih, kering dan kipas berkilat. Siap, mudah dengan menggunakan 1 sahaja Dusting Mitt, 3 ke 4 unit kipas boleh di bersihkan tanpa ada halangan. Mudah, jimat masa untuk bersihkan kawasan pembersihan dan jimat kain buruk. Guna sehelai dah memadai. Wajib ada 1 unit, nak extra lagi bagus.
Cara cuci kipas siling mudah
Hasil selepas kipas yang berhabuk dicuci gunakan air dan D.Mitt Norwex. Sungguh membantu kerja-kerja rumah.

Kelebihan Dusting Mitt Norwex

cara membersihkan kipas siling guna dusting mitt norwex
Boleh juga digunakan untuk cuci kipas angin biasa dan pelbagai tempat lain seperti atas peti ais / almari.
  1. Jimat penggunaan kain buruk dirumah
  2. Mudah dicuci dan merangkap habus dengan sangat baik.
  3. Walaupun kotor/hitam legam, rendam sahaja dengan air panas ditambah dengan sabun UPP Norwex, terus D. Mitt bersih seperti sediakala.
  4. Boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan lain seperti : cuci atas peti ais yang kerap kali berhabuk, cuci tv, lap bahagian dapur dan meja belajar serta boleh digunakan untuk lap bahagian susah seperti di kawasan tangga yang sukar dicapai dicelah-celah pagar tangga.
  5. Habuk hilang, kawasan maintain bersih tanpa becak dengan tumpahan air seperti kaedah biasa yang digunakan.
  6. Tidak perlukan baldi untuk isi air, ini membantu untuk kekal dalam emosi baik tanpa risau anak tersepak bekas air/baldi yang diletakkan sekitar kawasan kerja mencuci.

Jimat masa, ruang dan emosi pun terkawal tanpa risau air tumpah dan lain-lain. InsyaALLAH Berpuas hati. Belum cuba belum tahu, dah cuba jatuh cinta.

kain Norwex, dealer yang baik

Akhir kata, bagi suami-suami yang sibuk bekerja dan rumah tangga diurus sepenuhnya oleh isteri, boleh jadikan ini sebagai hadiah suntikan semangat untuk isteri. Yang pasti, mudah kerja-kerja rumah dan mestilah bila kurang masa diambil, isteri happy dan ada lebih masa untuk masak dan melayan anak-anak pun dengan mood yang gembira. Isteri cukup rehat, hormon estrogen meningkat, kesannya pada keluarga juga. Dan boleh beli untuk kegunaan semua isi rumah, bukan isteri jer rajin, anak-anak pun rajin membantu nanti.

Untuk nak tahu lanjut boleh wassap UN : 012-4430338 klik ini ini.

Semoga perkongsian ini asbab rumah bersih daripada habuk dan menambah kerajian untuk melaksanakan tugas-tugas pembersihan. Hidup bersih, kualiti kesihatan meningkat. InsyaAllah

8 thoughts on “Cara cuci kipas siling mudah, jimat masa dan tenaga. Wajib baca!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *