Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu

Nasi Lemak Royale Kedah ; fuh lauk-lauk diaa…

Posted on 07/08/202007/08/2020 by umminani

Hujung minggu lepas (4 Jul 2020), kami morning walk and jalan-jalan sekitar kawasan Ayer 8, Putajaya. Best. Dan lepas jogging kami makan di Nasi Lemak Royale Kedah yang tak jauh dari situ, kiranya tak perlu ubah parking pun. Jalan sikit je keseberang jalan.

Nasi Lemak Royale Kedah

Melangkah masuk kat sini, fuh mata dah tertarik dengan pelbagai jenis lauk pauk dia. Amboii warna dia menyerlah..owh aku rindu nak p Penang aih. Hahahaha

Nasi Lemak Royale Kedah harga makanan

P mana-mana nasi kandar, ayam goreng tu dah macam wajib la bagi aku dan anak-anak. Kiranya nak tahu sedap ke tak makanan cuba ayam goreng dan kuah. Psssttt : Personally , aku suka ayam goreng di Restoran Rest 1 lagi. Sini rasa okay, presentation ayam goreng tu tak berapa nampak menarik dan crunchy.

Nasi Lemak Royale Kedah - lauk fresh

Tengoklah kuah-kuah dia , fuh mengancam sangat . Udang tu memang nampak menarik hahahaha hati-hati ambil makana, semak harga ya.

Nasi Lemak Royale Kedah

Kali ini Danial ikut kami. Selera sungguh semua orang makan, waktu ni dah jam 10.00 lebih , memang laparlah tak makan apa dari pagi. Hilang diet , ni baru di Putrajaya , kalau p Penang lagilah kelaut diet.

Nasi Lemak Royale Kedah
https://umminani.com/2020/07/nasi-lemak-royale-kedah/

Nasi dan lauk pauk dia sangat mengancam! Nasi Lemak Royale Kedah akan jadi lokasi aku dengan family lepak lagi lah kalau p Putrajaya. Puas hati…kadang kalau makan kedai biasa , makanan kurang memuaskan hati dan tak sepadan dengan harga.

Nasi Lemak Royale Kedah

Harga Lauk pauk di Nasi Lemak Royale Kedah :

Udang RM13-50 /ekor

Bendi /sayur : RM1.00/perhidangan

Telur Sotong /Telur Ikan : RM6.00 /perhidangan

Telur Masin Separuh : RM1.00

Hati/Daging/Limpa : Rm4.5/perhidangan

Kari ikan/ayam :RM5.00/perhidangan

Nasi Lemak Royale Kedah

Nasi kosong : RM2.00

Ayam goreng : RM4.50

Ayam madu : RM5.00

Kambing 1 ketul : RM6.00

Roti Canai Kosong: RM1.20

Harga minuman :

Air : Milo Ais RM2.80 , Teh Ais : RM1.70 , Teh O Ais : RM1.90

Boleh bayar cash atau QR Pay . Tak ada e-wallet touch n go ya.. UN suka e-wallet Touch n Go SENANG dan biasa guna.

Overall aku suka makan di sini. Cuma hujung minggu ramai orang, selepas bersukan dan riadah bersama family mereka juga singgah makan disini. Ada yang memang jadikan port untuk bertemu rakan dan business partner mungkin. Itu dari permerhatian akulah. Maka, kalau sampai Putrajaya boleh la try makan disini. Tak perlu p Penang kalau dah craving sangat nak rasa seolah-olah masakan asli nasi kandar Penang tau. Jumpa lagi next entry.

5 thoughts on “Nasi Lemak Royale Kedah ; fuh lauk-lauk diaa…”

  1. Siti Norhidanah Mohd Miswan says:
    07/08/2020 at 12:59 pm

    dana pernah makan kat sini 2 tahun lepas, masa tu ada kari telur sotong… memang mantap betul rasanya teringat-ingat sampai sekarang kesedapannya… tapi kan pertama kali masa tu dana baru tahu nasi lemak royal warna kuning hehehehhe

    Reply
  2. Dorsett Pink says:
    07/08/2020 at 5:27 pm

    famous kedai ni.tapi setiap kali saya ke putrajaya tak pernah lagi saya singgah kedai ni. maybe satu hari nanti boleh singgah makan sini

    Reply
  3. Syaz Rahim says:
    07/08/2020 at 7:51 pm

    terus rasa lapar bila tengok makanan ber deret dalam post ni he he

    Reply
  4. Nadia johari says:
    07/09/2020 at 8:12 am

    Sedap sgt tu kak oii.. Banyak pikihan maknan dia

    Reply
  5. Marina says:
    07/14/2020 at 9:32 am

    Tak pernah makan kat sini. Pernah lalu je. Area sini kalau malam jammed kan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Sambal ikan bilis belimbing buluh
    Published on 2023-09-26 By Ana Jingga
  • 9 Kelebihan Celtic Sea Salt (Lebih Baik Daripada Himalayan Salt!)
    Published on 2023-09-26 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Siaran Langsung JDT vs PDRM Live Streaming 27 September 2023 LS22
    Published on 2023-09-26 By Azhafizah MN
  • Bila ada anak dan rumah sentiasa bersepah
    Published on 2023-09-26 By cikguzim
  • Restoran Baharu Kawkki Korean Flaming Chicken Dibuka di IOI Mall Puchong
    Published on 2023-09-25 By Bro Framestone
  • Style with Waist Trainers – The Perfect Solution for Workouts
    Published on 2023-09-25 By Ana Suhana
  • Travelog Thailand 7 : Cerita Sambung Konvoi Kelab Aruzr ke Hatyai
    Published on 2023-09-25 By Marina Bashah
July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Jun   Aug »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Jun   Aug »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme