Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu
persediaan belajar dari rumah

Persediaan belajar dari rumah – hadapi PKP dengan tenang

Posted on 05/28/202005/28/2020 by umminani

Bismillahirrahmannirrahim.. semoga kita semua masih dalam keadaan terkawal dan dapat hidup dalam keadaan yang baik dan aman. Malah, mental dan fizikal juga masih waras seperti sediakala, InsyaAllah. Jika hari ini hasil bacaan dapati bahawa pembelajaran dan pengajaran masih tidak dibenarkan dilakukan secara bersemuka. Kalau Universiti tidak dibenarkan sehingga 31 Disember 2020. Mungkin sama juga dengan sessi pembelajaran anak-anak bagi sekolah rendah dan menengah. Maka, perlukan persediaan belajar dari rumah untuk semua yang terlibat.

KPT ingin memaklumkan bahawa semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) hendaklah dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember 2020. Semua aktiviti PdP secara bersemuka adalah tidak dibenarkan.
Petikan daripada : KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KENYATAAN MEDIAPENGENDALIAN AKTIVITI AKADEMIK DI KAMPUS INSTITUSI PENDIDIKANTINGGI SEMASA DAN PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 27 Mei 2020

Maka, bagai menghadapi situasi ini, apakah persediaan yang perlu dibuat, bukan sahaja untuk anak-anak, tetapi untuk mak ayah yang mungkin juga sambung belajar seperti UN.

Related : Sambung belajar diusia tua

Persediaan belajar dari rumah

Bagi memastikan keadaan yang selesa dan sesuai untuk belajar beberapa perkara perlu diambil kita oleh ibu bapa.

1. Pilih Tempat Belajar Yang Sesuai

persediaan belajar dari rumah

Jika sebelum ini, kami setkan semuanya di ruang tamu termasuklah meja komputer UN dan juga peralatan sekolah anak. Tetapi bagi menghadapi situasi Homeschooling ini, UN aturkan tempat belajar yang lebih selesa untuk mereka. Yang penting tidak ada pengaruh televisyen. Dulu mereka kecil, boleh sembunyikan remote, tetapi sejak semua dah besar cara dan kaedah tersebut tidak praktikal. Maka, semuanya kami aturkan di bilik bibik yang lama. Maka, terhasillah bilik belajar merangkap mini perpustakaan kami sekeluarga. Tempat belajar sangat memainkan peranan penting untuk belajar. Macam UN sendiri sangat perlukan suasana yang sunyi untuk sesi pembelajaran mahupun ulangkaji. Keadaan dan suasana yang selesa juga memudahkan dan membantu untuk anak-anak belajar dan fokus.

2. Mengatur Masa

persediaan belajar dari rumah

Dalam memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dirumah lebih berkesan, masa sangat memainkan peranan yang penting. Kalau kebiasaannya, kami buat pada waktu pagi dalam jam 9pagi. Ini selepas anak-anak siap sarapan dan mandi. Keadaan pagi lebih membuatkan mereka dalam keadaan segar dan ‘ready’ untuk menerima ilmu. Tambahan pula waktu ini masih lagi waktu dhuha, belajar sikit tetapi yang masuk ke akal dan fikiran adalah yang terbaik dan membuatkan ingatan tersebut kekal, insyaAllah.

persediaan belajar dari rumah

Waktu pagi adalah waktu yang sesuai untuk minda dan badan belajar . Jika kita lihat ramai orang belajar pada waktu subuh atau sebelum subuh, tetapi ianya hanya praktikal untuk UN bukan untuk anak-anak. Waktu malam selepas isyak juga adalah waktu yang UN paling selesa untuk menyelesaikan sebarang tugasan. Manusia ada 2 jenis, jenis berpagian dan jenis yang petang, ini ada di huraikan dalam konsep psikologi. Un sendiri selesa pada waktu pagi dan juga jika sesuatu kerja itu perlukan otak berfikir dengan cergas, maka Un pilih waktu malam. Petang biasanya terganggu dengan suasana dan ‘mengantuk’. Apapun, adalah sebaiknya untuk kita sebagai mak ayah bijak mengatur masa dan waktu yang bersesuaian untuk memastikan pelajaran anak-anak pada musim PKP adalah tidak terganggu dan mereka masih dapat habiskan silibus sebaiknya. InsyaAllah.

3. Makan – perut yang kenyang juga adalah persediaan untuk memastikan anak-anak belajar dengan baik

persediaan belajar dari rumah  makanan yang berkhasiat

Sebagai ibu, beri anak-anak makan adalah satu kepuasan. Maka, UN sendiri pastikan mereka kenyang dahulu barulah gunakan segala konsep untuk belajar. InsyaAllah keadaan belajar yang dalam 1 jam atau 2 jam itu akan berlangsung dengan baik tanpa ada gangguan.

Semoga kita semua dapat hadapi situasi ini dengan baik. Bukan sahaja ianya norma baru kepada anak-anak tetapi juga kepada ibu dan ayah. Bagi UN sendiri , sangat bersyukur Allah pilih untuk menjadi mahasiswa pada saat ini. Semuanya ketentuan Allah swt yang tidak dapat aku dustakan. Sedangkan jika fikirkan dengan logik akal – siapalah yang akan santuni anak-anak saat dunia menghadapi isu pandemik Covid 19 jika UN dan suami keduanya bekerja.

Allah..sesungguhnya dialah maha perancang, sebaik-baik rancangan kita sebagai manusia, DIA Maha Mengetahui lagi maha hebat. Allahuakbar.

2 thoughts on “Persediaan belajar dari rumah – hadapi PKP dengan tenang”

  1. abam kie says:
    05/29/2020 at 12:31 pm

    belajar online dari rumah ni sesuai utk siswa-siswi di universiti kerana mrka mesti ikutinya sbb segala markah diambil kira utk lulus. jika x buat tugasan x de markah n mungkin akan gagal paper tu. tp kalau murid2 sek ni mrka buat derk je sbb x affect markah periksa pun! Itu yg sy alami dgn budak2 kelas belakang. ada yg on9 tp nak masuk kelas. mrka lebih suka main games je.

    Reply
    1. umminani says:
      05/29/2020 at 4:36 pm

      betul kami yang kat u ni memang struggle. tapi walapun pkp, anak2 saya masih lagi kena follow silibus,UN tak nak mereka rasa heaven sangat. pelajaran mesti diutamakan. hehehe #makgarang

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Siaran Langsung PSM MAKASSAR vs SABAH Live Streaming Score Piala AFC 2023
    Published on 2023-10-04 By Azhafizah MN
  • Murah-murahnya petai kat Sungkai
    Published on 2023-10-04 By Ana Jingga
  • 8 Khasiat Butterhead Lettuce Ramai Tak Tahu
    Published on 2023-10-04 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Mencari Prebiotik ? Aku syorkan Manna dan Tayebat !
    Published on 2023-10-04 By Ben Ashaari
  • Kejohanan Golf Amal RMHC Malaysia Ke-30: RM500,000 untuk Kanak-Kanak Kurang Berkemampuan
    Published on 2023-10-04 By azni
  • KEJOHANAN GOLF AMAL RMHC MALAYSIA KE-30 BERJAYA MENGUTIP DANA RM500,000
    Published on 2023-10-04 By Nadia Johari
  • Kenapa Pilih Fly High Education Centre Untuk Tuisyen Online
    Published on 2023-10-03 By Lya Imtiyaz
  • Prudence Foundation Lancar SAFE STEPS Kids Climate Change
    Published on 2023-10-03 By Bro Framestone
  • Percuma!!! Permainan Memasak Kanak-kanak Dalam Talian
    Published on 2023-10-02 By Mohaz Sue
May 2020
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Apr   Jun »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
May 2020
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Apr   Jun »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme