Salam ramadhan. Sesungguhnya ramadhan kali ini bukan seperti biasa. Ku kehilangan insan tersayang, ewahh.. bukan hilanglah, cuma bulan puasa ni la pula adalah bulan yang suami kena outstation sebagai frontliners bertugas diluar kawasan. Bermula 1 Mei 2020, bermulalah satu perjuangan baru. Walaupun begitu, aku dapat pelbagai hadiah daripada suami . Bukan rasuah tapi aku tahu memang dia ikhlas.
Pada mulanya, aku sendiri tak boleh terima norma baru ini. Tetapi bagi aku semuanya allah swt dah atur. Dalam pada masa ini, suami kena keluar outstation, dan kelebihannya aku pula masih MCO. Sehinggakan Universiti Malaya (UM), dah keluarkan jadual pembelajaran sehingga Oktober nanti masih menggunakan platform e-learning. Syukur.
Tidak biasa berjauhan
Ya, walaupun aku nampak gah! Ewah, bukan lah gah sangat pun.Hati tisu juga. Aku tak rela kekasih aku pergi. Hari pertama dia nak lapor diri ke lokasi untuk sebulan pergerakan, memang sayu beb! huhuu aku tak dapat terima kenyataan. Walhal cakap kat orang pandai, sabar sebulan jer pun. Tapi hakikatnya aku sedih sangat bila kena pada diri sendiri. Bukan tak biasa berjauhan, pernah la kena tinggal seminggu dua, tapi feel kali ini berbeda. Mungkin sebab cinta kami semakin mekar..hahaha gitu.
Tanggapan Aku Salah – DIA hadiahkan aku lebih daripada diperlukan. Ini hadiah daripada suami …
Aku salah tanggapan. Bagi aku sebulan tu aku akan terbeban dengan pelbagai isu. Ya Allah , nampak tak betapa aku berprasangka buruk. Walhal, Allah dah atur sebaiknya. Dengan kekangan aku belajar dan suami berada di luar kawasan, rupanya ia datang dengan hikmah. Suami dah rancang untuk permudahkan urusan aku dan tak mahu aku terbeban. Sempena pertukaran dan norma baru hidup, Allah lorongkan suami belikan aku gajet-gajet dapur yang memudahkan aku masak dengan cepat dan mudah. Aku dapat 2 pressure cooker , 1 breadmaker dan yang paling awesome aku dapat dryer. Hasil hadiah daripada suami , maka terhasilnya beberapa masakan di #UnMasak dan aku kerap buat pizza dan roti guna BM.
Dryer baju paling aku terkesan, hahaha sebab aku paling malas sidai kain. Melipat okay lagi, tapi kalau nak sidai ambil masa. Pagi sidai, petang kena angkat kan menyusahkan. Sekarang semuanya mudah belaka, syukur. Dan terima kasih juga sebab belanja iron yang dikatakan terbaik. Sehingga hari ini belum cuba lagi. Terima kasih sayang.
Sekarang kerja rumah jadi mudah, aku suka urus rumah. Tambahan semasa MCO ni juga aku berjaya kemaskan baju anak-anak dan baju kami yang lama-lama untuk keluarkan daripada rumah. Mahu clearkan yang mana tak perlu. MCO datang dengan rahmat untuk aku , mungkin bukan untuk orang lain.
Last aku screening dan kemas barang rumah 2014/2015 masa bibik ada. Sebab bibik boleh tolong. Ini 2020, baru aku dapat clearkan mana yang tidak lagi diperlukan. Seronok tengok rumah kemas, dan yang pasti aku tak mahu jadi hoarder. Serabut weh!
Dia kembali dalam pelukan saat aku dambakan dia.
Hahaha heading..cewah, ya syukur sempena Nuzul Quran, si dia kembali seketika dengan kebenaran daripada Komander. Dapat melepaskan kerinduan pada dia. hahaha
Yakin dan percaya bahawa bila allah tetapkan sesuatu, amalkan zikir dan doa. kerja yang payah pasti jadi lebih mudah. Sungguh anak-anak pun mudah je bela tanpa ada abah. Minta pada Allah sesungguhnya dia penjaga sebenar-benar penjaga. Catatan ini adalah diari hidup aku, tak ada niat selain daripada itu. Aku just nak kongsikan betapa ada perasaan sedih dan gembira. Allah beri seimbang dan adil. Cuma kita manusia nak bersyukur atau terus merungut. Sekian.
alhamdulillah 🙂
memang semua idaman para ibu.
aida ada semua gajet tu kecuali the biggest one – dryer.
cik sue pulak sebak dah kenapaaa hehehe seronok kan dapat gajet2 berguna…buat kerja pun happy..
dahla kene tinggal time nak puasa ye kak, walaupun selalu orang kata polis mesti hati kering tapi sedih jugak lah kan…
bestnya dapat hadiah macam-macam kak… rasa sedih tu dia dah bayar awal dah kak…
Alhamdulilah, berkat kesabaran ummi berjauhan sekejap dengan suami, dia hadiahkan brg istimewa tau. Macam-macam dapat, seronoknya lahai ummi. Moga cinta kalian senantiasa mekar mewangi. Syukur!
amboiii kemain banyak gadget tu…. jeles jeles .. hahha… kita besday pun setakat dpt feature wall jer hahahah.. jadilah nak…. ada jugak.
Excited semua nak bukak parcel. Semoga semuanya baik2 sahaja untuk akak dan family.
Wah bestnya dapat hadiah macam ni. hadiah best-best ni. alhamdulillah.