selamat hari raya aidilfitri 2020
Umminani

Selamat Hari Raya Aidilfitri – raya dalam suasana PKP

Selamat menyambut hari raya aidilfitri 2020 Un ucapkan pada semua rakan taulan. Walaupun kita tidak dapat balik ke kampung, namun bagi UN raya mesti diraikan bersama keluarga.

Walaupun jauh dari kampung, UN masih teruja menyediakan pelbagai juadah hari raya. Bagi UN anak-anak yang masih kecil perlu diraikan atas usaha mereka untuk berpuasa dan beraya. Maka, sebagai mak mesti buat yang terbaik. At least mereka tahu yang raya mesti diraikan dengan penuh kesyukuran. Alhamdulillah. Ini adalah koleksi gambar hari raya yang UN upload ke Instagram : )

Selamat Hari Raya Aidilfitri – raya dalam suasana PKP 🙂

Dalam meraikan raya, syukur suami masih dapat balik merayakanhari yang penuh kegembiraan ini bersama. Kalau ikutkan masih dalam operasi. Tetapi atas kebenaran bos , raya masih dapat diraikan bersama keluarga. Terima kasih bos dan anak buah yang ‘cover’ kawasan operasi. Syukur atas kerjasama ini.

Cukup lengkap. Alhamdulillah, tidak ada yang lebih gembira melainkan dapat bersama keluarga meraikan hari yang bahagia ini. Malah, anak-anak juga tidak terasa terasing sangat.

Baju raya sempena raya PKP 2020 adalah hasil UN beli di Pasaraya Hari-Hari. Alhamdulillah kos dalam RM200.00 dah melengkapi anak-anak dengan baju raya serba baru. – Baju sekolah pun beli kat Hari-Hari. Recomended 🙂

Thank you anak-anak UN, sentiasa menjadi penyeri dalam hidup Ummi dan abah.

Meraikan dengan keluarga besar

Alhamdulillah UN bersyukur abang dan keluarga serta dan adik dan adik ipar sudi datang kerumah UN meraikan raya bersama. Un ada masakan juadah kegemaran mereka dan ada juga menu seakan air tangan mak. Sungguh Un anak perempuan tunggal dan mewarisi cara masakan mak. Sekurang-kurangnya rindu mereka terhadap masakan mak dapat dilepaskan.

Ini antara menu yang UN masak – Bihun sup utara, ketupat palas, rendang dan kari ayam mak. Ada juga masak nasi daging untuk mereka jamah. Kuah kacang UN order daripada MAMA ROS pengasuh anak-anak selepas ketiadaan bibik dan juga ada nasi impit untuk suami.

Alhamdulillah raya dalam suasana PKP tidak membataskan kami bersama meraikannya. Syukur. Terima kasih kerajaan bagi kami peluang beraya bersama keluarga sempena raya PKP 2020. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 – semoga Covid 19 akan hilang dalam masa terdekat, sama-sama kita doakan. InsyaAllah semuanya akan kembali pulih seperti sediakala. Amin

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge