Aku seorang yang jarang melepak depan tv, tapi entah macamana dengan drama Nur ini aku boleh terjebak. Sampaikan had tak sabar terus aku cari sinopsis drama nur 1 . Makin nak berakhir makin berdebar. Bila baca sinopsis terus boleh layan semula, sebab akhirnya happy ending juga ..heheh
Sinopsis drama nur 1 :
Mengisahkan Adam (Syafiq Kyle), anak kepada seorang penceramah selebriti terkenal iaitu Datuk Ayah Haji Mukhsin (Datuk Jalaluddin Hassan). Adam merupakan anak lelaki kepada Datuk Ayah dan amat terkenal di media sosial dengan kekacakannya. Setelah Adam kembali dari menyambung pelajarannya di timur tengah dalam jurusan Usuluddin, Adam bakal menggantikan tempat ayahnya dalam bidang dakwah. Demi merealisasikan cita-citanya itu, Adam mendapat bantuan kakaknya, Aisyah (Noorkhiriah) menjadi pengurusnya.
Suami Aisyah iaitu Syed Hamadi (Azhan Rani) pula merupakan seorang munafik. Dia dibawa masuk kedalam keluarga terhormat itu melalui Aisyah yang menipu dan berkata bakal suaminya itu seorang Ustaz. Ternyata, Hamadi membawa banyak masalah kepada keluarga itu. Hamadi juga sering turun ke lorong dan pernah dikantoi tidur bersama perempuan lain apabila Aisyah terjumpa kondom dalam bilik mereka. Namun, melalui pelbagai lagi penipuan, Hamadi diangkat sebagai pengetua Rumah Anak Yatim Darul Mukhsin dimana dia sering menyelewengkan wang sekolah tersebut. Apabila dia ingin mencuri duit tersebut, cek tersebut diletakkan dibawah nama Ustaz Yassin.
Manakala Nur yang tidak berpelajaran formal, apatah pelajaran agama, merupakan seorang anak pelacur, Mona (Laila Nasir). Mona yang juga merupakan anak pelacur sudah biasa dengan gaya hidupnya bukan seperti Nur yang ingin keluar dari hidup sebegitu. Nur seringkali dipaksa melayan lelaki miang yang datang oleh maknya sendiri dan bapa ayam mereka, Marzuki (Elmy Moin). Akibat bosan dengan pekerjaan keji itu, Nur sering memberitahu pelanggannya bahawa dia menghadapi HIV dan lantas mendapatkan wang dari kerja mencuci pinggan dimana dia berkawan baik dengan seorang pondan bernama Jojo (Jijie Zainal). Nur juga sering membaca bacaan ilmu agama yang dikutipnya ditepi jalan dan tempat tempat kerana Hidayah Allah kepada Nur.
Kisahnya bermula dengan mefokuskan tentang isteri Adam yang dipilih oleh keluarganya, Qhadeeja (Riena Diana) yang merupakan seorang doktor. Deja kian hari ke hari membawa makanan dan inginkan perhatian Adam. Keluarga Qhadeeja juga teruja ingin menantukan seorang Ustaz selebriti yang mempunyai rupa dan alim.
Pelbagai program televisyen mengundang Adam sebagai tetamu jemputan. Namun sebelum Adam mengorak langkah ke dunia selebriti, Adam mula mencari pengalaman dengan berdakwah di masjid ayahnya. Ketika sesi dakwah dan ceramah Ustaz Adam, Ustaz Adam sentiasa membuka peluang makmum bertanyakan soalan kepadanya. Walau bagaimanapun, Ustaz Adam sentiasa menerima soalan-soalan yang sedikit “lain daripada yang lain” oleh seseorang yang tidak dikenali.
Pada suatu hari, ketika Ustaz Adam hendak keluar dari masjid, dia bertembung dengan seorang wanita yang sedang menulis sesuatu. Adam mula menyapa lembut wanita itu tetapi wanita itu terus melarikan diri dan meninggalkan sekeping kertas yang mengandungi beberapa soalan yang tidak lengkap.
Akibat ingin tahu soalan itu selebihnya, Adam keluar mencari gadis misteri itu dengan menggunakan yang dilukis adiknya, Mirul (Raja Atiqullah). Dengan kuasa Allah, tergerak hatinya untuk ke lorong pelacuran dimana dia ternampak Nur yang cuba melarikan diri. Namun, Adam gigih dan terus menunggunya hinggalah beberapa hari kemudian Adam terjumpa Nur bersembahyang Subuh dan berdoa di sebuah lorong. Keikhlasan dan ketaqwaan Nur lantas mengambil hati Adam.
Seterusnya, Adam dapat selebihnya soalan itu menjawabnya sebaik mungkin, dia juga menjadi pelindung Nur apabila Adam mengajak Nur ke masjid. Nur sering dikecam apabila ke masjid dan pernah dicampak terompah kaki ke mukanya. Mereka hari ke hari semakin rapat dan terus berkenalan sambil berminum di gerai-gerai, akhirnya cinta berputik. Adam kian melupakan bakal isterinya yang dipilih ibu bapa Qhadeeja. Namun, Deja tabah dan matang serta mampu menerima hakikat.
Apabla Nur masuk ke dalam keluarga terhormat itu, dia dibenci oleh Aisyah kerana nama keluarga mereka tercemar dan banyak rancangan ustaz selebriti dibatalkan akibat status isteri Adam. Sebagai seorang pengurus, hal ini memberi kesan hebat kepadanya. Ibu Adam, Datin Ibu Hajah Musalmah (Fatimah Abu Bakar) juga susah untuk menerima Nur masuk ke dalam keluarga itu. Namun, setelah mendengar kisah yang sebenarnya, hatinya terbuka sedikit sahaja untuk menerima Nur.
Satu hari, Nur sedang memasak Sup Ayam untuk keluarga mereka. Mirul ternampak yang Nur meletakkan sup bunjut kedalam masakan tersebut. Aisyah lantas tersalah fikir bahawa bunjut tersebut merupakan barangan sihir. Adegan ini lantas menjadi tular diseluruh negara berserta gelaran ‘Ecah Sup Bunjut’ yang turut tersebar. Seterusnya, keadaan Hamadi kian mendesak. Wang yang dicurinya mengakibatkan Darul Mukhsin kemarau duit. Oleh itu, Aisyah meminjam dari ibu Qhadeeja, Datin Orkid (Kuna Muzani) yang meletakkan syarat agar Adam masih menjadi menantunya dan ceraikan Nur. Ini membangkitkan lagi kebencian Aisyah kepada Nur sehinggakan dia sanggup menolak Nur dan mengakibatkan kegugurannya. Disebalik itu, Hamadi yang pernah berjumpa Nur sebagai pelacur tekad ingin ‘meratah’nya. Hamadi juga meletakkan sihir perpisahan terhadap Nur dan Adam.
Amyra Rosli sebagai Nur – Seorang wanita muda yang berminat untuk mendalami ilmu agama walaupun dibesarkan oleh ibunya yang merupakan seorang pelacur. Nur seorang wanita yang baik, tabah, dan cekal dalam mengharungi pelbagai ujian yang diberikan. Walaupun ujian yang dihadapinya sungguh berat, dia tidak pernah meninggalkan solatnya. Dia juga berhasrat untuk keluar dari ‘dunia lorong’ dan menjalani kehidupan yang normal sebagai seorang hamba Allah. Nur juga pernah bertemu dengan beberapa lelaki yang dia sangka boleh mengubah hidupnya namun sangkaannya salah. Setelah Nur dikecewakan oleh beberapa lelaki, Nur bertekad untuk berusaha sendiri mengubah nasibnya namun kehidupannya mula berubah apabila Nur bertemu dengan seorang Ustaz muda yang bernama Adam.
Cinta Adam dan Nur kini kian pudar. Adam ke rumah Deja dan mengekspresikan penyesalan tidak mendengar kepada ibu dan kakaknya supaya tidak berkahwin dengan perempuan lorong seperti Nur. Deja sedar bahawa Adam menyayangi Nur dan merasakan sesuatu itu tidak betul. Dia mula bertanya kan kepada ibunya rancangan Datin Orkid dengan Aisyah lantas terbongkar. Deja ke rumah Ayah Haji. Namun, Adam sudahpun melafazkan cerai talak satu kepada Nur pada malam sebelumnya. Aisyah terdatang dan mengaku segalanya bahawa suaminya adalah munafik dan bahawa dialah punca Nur keguguran. Dia ditampar Ayahnya sendiri. Akhir sekali, Nur pergi ke lorong lamanya dimana rumahnya dan ibunya sebenarnya telahpun dijual. Nur juga gigih mencari ibunya dan terjumpanya di kaki lima tempat dia sering sembahyang. Ibunya meninggal dunia disitu dan mengatakan Allah telah memakbulkan doanya. Dua minggu kemudian, Nur membuka sebuah kelas mengaji percuma dilorongnya bersama Ustaz Yassin dimana Adam datang semula dan mereka kembali bahagia.
Sinopsis : Filem Redha
sakit hati tengok drama nur nih… lagi lah dengan perangai si ustaz hamadi dengan nur khairiah tu…
kan, gerammm jer.. rasa nk sepak jer 🙂
dulu2 balik surau terus je buka TV sbb nak tengok drama Nur sambil menikmati moreh.
Drama Nur ni walaupun tengok banyak kali dah tak bosan. Tetap best tengok walaupun banyak kali. Part geram sedih…lucu..semua ada.
betul ..setuju sangat ..ni nur 2 xtau nak tgk dak..kalau start melekat nnt.hahahah