Assalamualaikum.. kita masih dalam dunia PKP. Masih perlu memastikan semuanya selamat dan bersih. Nak membeli kat luar pun risau kan. Oleh sebab suami dah hadiahkan macam-macam barang termasuk Breadmaker by Rusell Taylors , jadi UN beli pula Russell Taylors Large Pizza Maker 12 inch PM-20. Ini betul-betul large okay. Bukan main-main. Sebiji dah cukup untuk sekali masak, bagi kami sekeluarga.

Harga UN beli – RM79.99 di Lazada. Tapi masa beli tu beli 3 barang, 1 PC 8L dan Rusell Taylors Multifunction Hand Blender Food Processsor HB-6 juga. 2 barang tu sampai cepat, cuma Pizza Maker lewat seminggu. Katanya Pizza Maker dalam stock Lazada. Apapun syukur barang sampai dengan selamat dan syukur sampai dalam keadaan selamat. Risau bab pizza maker ini, dalam group RT ada yang review dapat barang pecah. Syukur sangat, Pizza Maker UN semuanya baik.

Bentuk sangat lawa dan kemas. Rasa takut mula-mula nak guna. Tapi bila dah cuba memang puas hati, pizza masak dengan sekata atas dan bawah.

Ini saiz yang korang boleh agak. Memang besar sangat. Puas hati, harga baru RM79.99, kualiti terbaik.

okay selain buat Pizza, boleh buat macam-macam masakan lain. Un dah try buat pancake dan murtabak maggi resepi Maggi Malaysia. Memang best dan mudah je. Dapur pun tak bersepah dan tak perlu guna minyak yang banyak. Non Stick Pan , Russell Taylors Large Pizza Maker 12 inch PM-20 terbaik.

Russell Taylors Large Pizza Maker 12 inch PM-20 – hasil pizza homemade

Ini antara hasil daripada gabungan BM – Rusell Taylors dan juga Russell Taylors Large Pizza Maker 12 inch PM-20. Memang puas hati. Bagi ibu-ibu yang ada anak macam UN, dan mereka sukakan roti/pizza, 2 alat bantuan ini wajib ada. Jika baca dalam story UN- dalam masa kurang sejam boleh siap sebiji pizza 12′. Dengan gajet ini boleh bantu UN masak dengan “menjadi” dan cepat.
Jadi , bagi yang mencari pizza maker, ini adalah antara yang terbaik. Dah cuba buat pun pelbagai jenis pizza. Tidak melekat dan saiz yang besar mudahkan kerja Ummi di rumah. 🙂 Syukur dapat alat bantuan dan gajet begini. Alhamdulillah.
bestnya ada benda ni…senang nak buat pizza
Ya, un gagahkan diri beli ,melabur rm79+ , tapi jimat lebih dripada tu. Anak2 suka pizza, tak perlu beli lt luar lagi.. keselamatan terjamin, air tangan mak pula tu. Syukur.
Seronok ada gajet baru…makin ligat memasak di dapur kan?
Ya IQ…un jadi gemar pula.memasak. walhal sebelum ni dapur paling malas nak jejak. hikmah PKP.
Bila tgk camni punya besar dan harga pon berpatutan rasa cam nak beli jugak laa UN . Warna dia pon menarik jer . Memnag boleh buat hati melayang2 laaaa nak beli hahahaha..
yer kak lya, bagi nani mmg berbaloi , cuma besar je..
Berbaloi-baloi ni dengan harga. Yaya ada satu tp brand lain. Tak pernah buat pizza. Haha. Masak mende lain dalam tu.
Yaya try la pizza pula.. mesti berulang2 buat nanti tau. Boleh buat topping.sendiri…pelbagaikan rasa dan jenis topping. Jimat kos drp beli.
Makin kerja UN pasni
Hahaha ya..makin banyak kerja..masak pun jadi rutin