Tak meriah raya tanpa ketupat palas. Punyalah semangat untuk meraikan raya bersama anak-anak, Un sedaya upaya cuba dapatkan daun palas. Syukur pada 16/5/2020 Sabtu, awal pagi lagi dah ke Pasar Semenyih. Kami dapat beli daun palas 9 ketul/batang RM15.00, jauh beza dengan harga di kampung. Kalau kuantiti sama di kampung RM6.00 sahaja. Kali ini Un just nak share cara nak buka daun palas dan cara simpan daun palas yang dah dibuka supaya boleh digunakan nanti sehari sebelum raya. Kaedah ini boleh digunakan untuk daun palas kekal segar dalam tempoh 1 minggu. (takpernah try lebih seminggu).

Cara buka daun palas :

Ha..ini dia daun palas yang dibeli. Oleh sebab minggu ini masih tak sibuk, jadi selepas beli daun palas, terus la buka dengan bantuan anak-anak.

Cara Buka Daun Palas
Nak buka daun palas mudah je, potong kat bahagian atas supaya daun kemas dan bersih daripada bulu dan habuk daun. Setelah itu, buka perlahan-lahan dan buka sehingga ke dasar/ kaki daun. Kena buka sampai habis, sebab daun ini nanti nak pusing-pusing masa nak balut ketupat.

Gulung daun palas tu sehingga bawah, supaya daun benar-benar terbuka.

Ingat anak-anak tak minat, rupanya mereka sangat excited nak beraya. Dan yang paling penting, mereka sangat rindukan suasana kampung. Pastinya Perlis tempat mereka paling rindui.

Dengan bantuan mereka, kerja yang berat dan penat jadi happening sangat. Owh ya, si baju kuning balik seketika (Off day). So dapatlah lepaskan kerinduan, tu yang tambah semangat nak beraya dan buat kerja.

Si kecil , sibuk berbual…hasilnya tarak. Tapi takpalah bagi kecoh dengan suasana raya. Barulah meriahkan.

Ini hasilnya daun palas yang dah dibuka tadi. Untuk simpan daun palas yang telah dibuka mestilah di susun dalam 5 keping dan barulah buat seakan ketupat.Lepas tu simpan dalam plastik. Ini boleh elakkan daun daripada cepat kering dan tidak boleh digunakan lagi. 🙂 Buka minggu ni, minggu depan buat ketupat. Jimat masa semasa sehari sebelum raya, kalau rajib buat ketupat frozen terus 🙂 , nanti defrost dan rebus semula, pun boleh 🙂 .
Okay, nanti UN sambung cara nak kacau pulut dan buat ketupat palas. Terima kasih kerana sudi membaca 😉 .
baru tahu gitu gayanya nak simpan…ketupat daun palas ni biasa makan kat rumah mertua, dua hari sebelum raya tu baru beli daunnya dan buat terus ketupatnya…esok sehari sebelum raya, isi beras pulutnya…tahun ni, housemate beli juga daun palas..semangat nak buat ketupat…
Kalau simpan dlm plastik.masuk dlm peti ais atau biar kat tmpat gelap sejuk?
Simpan dalam plastik, lepas tu ikat dan letak tempat biasa. Sangkut tepi2 almari je okay.
Nak tanya. Daun tuh letak dalam plastik ja ka? Xperlu letak dalam peti ais?
Tak perlu, letak dalam plastik, lepas tu simpan je kt tempat.biasa. tapi susun 5-5 mcm dalam gambar, setakat seminggu tak ada masalah.
Tak perlu masuk dalam peti sejuk.
if ta bkk buat mcm u daun tu boleyh ka nk smpan lama . contoh btang daun palas tu ada ta cara nk bg lama untuk simpan . atau untuk pos ke luar negara ..
Mak saya cakapkalau daun baru, dalam lipatan asal, atau gulung asal tahan 2 minggu , daun kekal cantik .
Naniiiiii alahai ni memang betul2 rayaaaa ni hahaha . Seronok tgk anak2 kerjasama layan daun ketupat. Hehehe mesti meriah nanti buat sama2 satu family. KakYa biasa mak mertua yg buat. KakYa tak pandai pandai tgk jer hehehe .. Satu lagi memang kurang sikit bab2 seni pusing2 lipat2 ni hahaha .. Jenis tak menyabor kalau bab2 ni . Baru jer MIL ajar kejap lupa dah hahaha ..
sampai hari ini tak pandai-pandai lg nak membalut ketupat palas ni
Wah dah start menganyam dah..sedapnya ketupat palas.
kalau dah buat and frozen berapa lama boleh bertahan ye?