Review Produk Dan "Event",  Saya dan keluarga

Filem Redha Beri Kesedaran Kepada Masyarakat

Kesibukkan kerja dan anak-anak yang masih kecil bukan satu penghalang untuk kami suami isteri ber “dating” bersama . Tak kala usia perkahwinan memasuki usia 7 tahun, pelbagai rencah telah dilalui. Namun kasih sayang suami isteri masih utuh di lubuk hati. Ini yang diajarkan oleh YDH Datuk Ustaz Kazim dalam buku terbaru beliau  –

SUAMI ISTERI –“Perkahwinan bukanlah destinasi percintaan,sebaliknya merupakan sebuah bahtera yang perlu dikemudikan”

Jadi bagaimana utk mengemudi bahtera dengan sebaiknya? Wajib baca.

Jpeg

Filem Redha  kami pilih untuk ditonton bersama. Memang sesuai jika tengok suami isteri ini. Banyak pengejaran tentang anak Autism. Bukan salah siapa-siapa jika anak dilahirkan Autism tapi itu ketentuan Allah swt. Ibu bapa pelu REDHA kerana tidak terjadi sesuatu kalau bukan dengan izin ALLAH swt.

Bagi ibu bapa yang ada anak Autism, usah kauthir, sebab bukan anda sorang tapi ramai lagi kat luar sana. pengajaran dari filem ini juga menceritakan bagaimana seorang isteri rasa sunyi apabila memendam rasa dan menyelesaikan masalah anak Autism sendirian. Wahai suami kepada isteri yang ada anak Autism atau lain-alin kelainan upaya berilah sokongan bukan sahaja kepada isteri tapi kepada anak. Hargai orang yang kita sayang selagi mereka ada, suami kita, isteri kita dan anak-anak kita. Kawan-kawan juga adalah kekuatan. Terima kasih kepada sahabat-sahabat baik ummi juga. Bila menonton cerita Redha masa mereka kat pulau dengan rakan-rakan zaman universiti , Ummi sendiri rasa rindu. Penyampaian cerita yang baik. Manakala, masyarakat juga HARUS di sedarkan dengan ilmu AUTISM ini. Anak-anak istimewa ini merekaa hebat, cuma kita masyarakat perlu menyokong dan memberikan penghormatan kepada mereka juga. Hargailah setiap kejadian Allah swt.

Jpeg

Jpeg

Habis sahaja memonotn filem Redha , suami cakap apa tau ? “Kita kena hargai kekasih kita, bila dah pergi baru rasa kehilangannya”.. sebak okay(sobbsss..soobbss). Dan ayat last sekali dalam cerita Redha adalah : REDHA SETIAP KETENTUAN ALLAH SWT, DISEBALIK YANG DIUJI PASTI ADA KEBAIKKAN”. Fuh sentap sat, kadang kan kita ni manusia , pastilah diuji kan. Jadi , apapun kembalik kepada pencipta dan ucapkan Syukur.

Kami minum di Secret Recipe sebagai pengakhiran dating kami. Tea Time walaupun hanya secawan kopi dan sepotong kek dah cukup untuk mengucapkan terima kasih dan sayang antara kami. I love u SAYANG.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *