Memiliki anak ramai ini banyak cabarannya. Cuma cara mak ayah nak handle kena bijak dan pandai gunakan kemahiran yang ada. Kalau UN, bab makan, beginilah caranya. Nak bagi adil kan…jadi untuk bagi makan pun kena adil. Entry hari ini kita sembang pasal tips adil kepada anak-anak.
Okay, ini bab makan. Kalau dirumah, makan apapun mestilah pada permulaannya jumlah yang sama. Contohnya, kalau makan apple, mangga, anggur, mata kucing , kek, atau apa sahaja yang bukan nasi atau mee , UN akan bagi jumlah yang sama dalam bekas masing-masing.
Syarat, tiada pertukaran atau nak merasa orang punya tak tentu pasal. 🙂 So, kalau dah habis, stok masih banyak (cth buah mata kucing), setiap orang akan di tambah sama nilai atau jumlahnya. So, kalau secara keseluruhannya seorang dapat 15 biji, itu dia punya. Dia sahaja ada hak untuk tentukan pada siapa dia nak sedekah.
Contoh, si kakak Sarah nak bagi pada Along, tak ada masalah, asalkan itu adalah tindakan dengan rela hati. Ini boleh elakkan pergaduhan dan pertelingkahan . Dan anak-anak tahu yang ummi dengan abah layan mereka dengan adil. Pentingk tau adil dengan anak-anak. Kalau tak nanti mereka pandai mengungkit.
TIPS : Tips bawa anak ke majlis: A N A K , B U K U & W A R N A
Dan kalau bab lain, nak makan, makanlah sebanyak mana yang perlu. Tiada sekatan.
Kesimpulannya: hikmah adil kepada anak-anak
- Tindakan begini akan elakkan anak berprasangka terhadap mak ayah. Tiada pilih kasih pun sebenarnya.
- Orang yang lambat makan, masih makan dengan jumlah yang sama dengan si laju makan..hehehe
- Rezeki sama rata.
- Anak-anak belajar untuk kongsi rezeki dan jaga amanah yang diberikan kepada mereka. Dari sini boleh nilai, anak yang mana pemurah dan sedia berkongsi. Ini adalah suatu yang rigid, tetapi mak ayah dapat tahu nilai dalam diri anak-anak.
Selamat mencuba, jika anda juga ada ramai anak kecil seperti UN. Semoga rumah jadi aman tanpa persengketaan. 🙂
Betul tu budak-budak mudah cemburu.
Budak memang mudah cemburu tu..
ya betul, lepas tu kalau tak kena di hati nnt kecoh rumah..ini cara un prevent hahaha
terima kasih untuk tips kak, walaupun dana tak merasa nk terapkan konsep ini pada aiyan dengan adik beradiknya… tp boleh guna konsep ini untuk aiyan, mama dan papa…
menarik tips tu UN, sekaligus dapat didik anak-anak jadi pemurah…
Ialah bagus sangat tips ni untuk anak-anak yang masih kecil.
Hehehe… faham sangat jenis anak yang laju makan tu Mrs. A pun ada sorang.
Dia selalu alert je dengan makanan kat dalam fridge, yang sorang tu pulak selalu bila nak makan dah takde dek dah terlupa tapi mujurlah dah remaja nanti dia akan cakap sabar yolah takde rezeki katanya.