Letih la!!
Penatnya!
Aku lagi yang kena!
Tak ada orang lain ke nak pilih?
Hish apalah nasib aku! Dia senang je aku tengok, kenapa aku je yang susah!

Amalan melimpah rezeki

Waktu solat, dilenggahkan. KADANG TERLEPAS, sebab kejarkan rezeki yang tak tahu di mana. Waima, jika dahulukan Allah swt, rezeki allah swt bagi lepas tu selonggok, tanpa sedar. Ada je tetiba orang order barang, ada sahaja client call nak sign up, ada je orang order di Apps, dll. Rezeki! Malah yang Allah bagi lagi banyak daripada yang kita penat mencari.

Rasa susah, call mak. Ustazah kata, mak ini ibarat suiz, telefon dia gembirakan dia..tetiba pintu rezeki terbuka. Minta mak doakan kita, rezeki kita, rezeki orang lain juga, tapi jangan la lupa, lepas dapat beri, dapat beri…iaitu sedekah dan zakat!

Tak percaya, cuba ubah! jangan tanya kenapa asyik aku je susah! SEBENARNYA aku yang lupa! Lupa siapa yang beri dan pegang rezeki sebenarnya.

Hari ini nampak apa je tak kena, melenting..marah dan sedih…membawa diri sendiri….melayang entah kemana.
Tau dak, itu tanda Allah uji, Allah rindu nak tengok al quran di selak, alunan suara mengaji tu..tapi masih tak sedar. ALPHANYA aku!

Sering kali lupa yang sebenarnya, takkan terjadi sesuatu jika bukan dengan izin Allah swt. Kadang kita alpa, yang mengaturkan setiap pekerjaan, pertemuan dan perpisahan itu Allah swt.

Allah uji sebab sayang. Dan Allah juga uji sebab nak tengok sejauh mana aku ni bersyukur. Lupa bila asyik pikir… keAkuan! Aku , dan Aku! Aku yang cari rezeki…pagi sampai malam..aku yang kehulu ke hilir..tanpa melihat yang sebenarnya, nak datangkan rezeki tu Allah swt. wallahualam!
🙂

5 thoughts on “Rezeki bila Allah yang di dahulukan, sebab DIA yang pegang rezeki kita.”
  1. terima kasih atas ingatan kak, kadang kita cuma tahu mengeluh je, salahkan nasib, salahkan Allah sedang kita tak cermin diri sendiri yang tak reti bersyukur, yang tak pandai berubah…

    petang ni kene call mak ni ajak membawang hehehhe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *