Hari ini aku ada jemputan kenduri kat Cheras Baru, ada shef kahwin. Shef dengan Jiha ini adalah sahabat-sahabat aku dari zaman UiTM. Susah payah kami ketika tu kami lalui sama-sama semasa kami dalam Majlis Perwakilan Pelajar Minggu Mesra Siswa dan Kolej Beringin.
Dua-dua orang ni baik sangat. Dulu depa kalau tak balik raya, raya Haji kat rumah aku je di Kampung. Sekarang walaupun dah berpisah, tapi masih ukhwah antara kami masih baik. Rindu sangat.
Jiha sakit, minor strok..aku doakan dia dan mama diberikan kebaikkan di dunia dan akhirat. Dua-dua mereka sangat baik. Sayang sahabat aku ini selamanya. 🙂
seronoknya dapat jumpa kawan dari zaman U, bagus ukhwan masih lagi terjalin…
dana kawan-kawan masa kat U dulu ramai yang jumpa di media social je, tak ramai yang dapat jumpa secara langsun
seronok bila dapat jumpa semula kawan masa belajar…