Bismillah hirrahman nirrahim – Hujung minggu pening mencari lokasi riadah! anak-anak mulalah tanya nak kemana kita..ehm. Dan aktiviti Sabtu minggu ini adalah tidak dirancang. Selepas Subuh terus datang ilham untuk mendaki Bukit Broga tempat hiking di Semenyih di hujung minggu yang damai ini. Ya!Kami berjaya.
Selepas subuh, ada yang tak mandi pun hehehe terus bersiap untuk mendaki. Semangat semua nak mendaki Bukit Broga. Maka, jarak rumah dengan Bukit Broga pun tak jauh mana, dalam 15 minit kami sampai.
Ini (gambar kat bawah) kat check point sebelum naik menggunakan laluan extreme, bawa anak tak sesuai guna laluan ini.
Ramai sangat orang, tapi okay jer, semangat berkobar-kobar nak naik. Anak-anak pun jadi lebih motivasi. Ramai jer bawa anak naik atas, ada yang dukung anak juga tau!
Bukit Broga tempat hiking di Semenyih ; ini ketika menuruni Bukit Broga
Kami daki dalam 45minit jugalah. Dan turun semula kebawah dalam 9.20pagi. Memang masa naik tu rasa sedap sangat. Peluh merecik membasahi baju. ANAK-ANAK? Serius semua boleh buat dengan baik masa naik dan juga turun. Tak ada yang kena berdukung bagai. Aura hutan kot.
Port bergambar – pilih yang tak serabut dengan orang…
Oleh kerana ramai sangat, kami pilih untuk makan biskut dan minum di tepi jalan laluan yang tak extreme. Pemandangan memang lawaaa!
Baca Juga : Gunung Angsi Negeri Sembilan
Sampai ke atas, kami tak guna laluan yang extreme, kami guna laluan family sahaja. Laluan tu tempat kami bergambar. ๐
Bukit Broga tempat hiking di Semenyih – terletak 50 km dari Kuala Lumpur dan 33 km dari Seremban. Untuk ke Bukit Broga dari Kuala Lumpur, boleh gunakan lebuh ray aLEKAS dan turun melalui Tol Semenyih atau melalui jalan lama ke Pekan Semenyih. Waze atau MAPS – Bukit Broga, pasti jumpa!
Jangan risau sesat, ianya jauh kedalam selepas melalui University of Nottingham. Selepas kawasan ini, laluan masuk ke Bukit Broga sudah tidak jauh.
Alamat: Bukit Broga, Semenyih
Bayaran:ย Parking RM1 | Mendaki RM1
BACA JUGA : Birthday Angah ke-7 tahun pada 2020 ; buat Angah tersenyum gembira
Rindunya nak hiking..
HEHEH datang semenyih hello akak tau..jom hiking sama2
Saya suka hiking juga tapi takde kawan nak anak sama.
Seronok riadah bersama keluarga.
jom2..dtg seemmnyih bgtau un tau..
cantiknya… memang ramai yang mendaki broga nih… tapi dana memang tak pernah sampai sini hehehhe
ngidam betul nak naik broga ni tapi belum sampai rezeki.. agitteww– berbaur alasan.. hee~
Its good place to start hiking or nak bawa family . aktiviti sihat . tahniah dah berjaya naik ke puncak . boleh try Denai 3 Puteri pula